Tuesday, August 09, 2011

hikayat2

::::: sambungan_

Maka tersebutlah pula kisahnya pada hari isnin. Kelas hamba, terlalulah padatnya pada hari isnin. Maka bangunlah hamba pada pagi itu, sarapan dan terus memakai uniform dan memutuskan untuk membimbit kasut rogines yang berat untuk mengelakkan kaki hamba dari melecet, dan hanya akan menukar kasut sejurus tiba di dapur latihan. Maka bermulalah kelasnya.hamba lihat, ada banyak daging, ada ayam , ada kaki dan rusuk biri- biri. Daging lembu juga ada. Arakian, bermula la kelas yang penuh haru biru dengan kepenatannya. Pada hari itu, hamba diminta untuk menyipakan sos lyonaise yang terpaksa hamba gelintar ke kelas sebelah untuk mencari resipinya. Seusai tugasan individu pertama, maka kami dikehendaki berperang dengan semua daging2 yang ada. 










Mula2 belajar cara mengikat ayam seolah-olah mahu menculik ayam yang seekor itu,, diikatnya kaki, ke kepak dan ke lehernya. Maka di masukkan ke dalam oven. Sejurusnya, diikat pula daging lembu, di belit dan belit, lalu di masukkan ke dalam oven juga, setelah perencah di tambah padanya. Maka kami diajar pula cara untuk memotong ayam tanpa tulangnya, untuk menghasilkan chicken chop. Maka terpegunlah kami semua. Terakhirnya, kami dikehendaki berperang dengan rusuk biri2. Ngeri sekali cara untuk menyediakan makanan yang satu ini. Kalau di beri pilihan, tidak sanggup hamba membuatnya! Teramatlah letih dan lenguh tengkuk hamba mengendalikan rusuk biri- biri tersebut. Maka seusai memotong dan menghiris daging2 tersebut, kami mula memasaknya. Arakian, usailah tugas kami, setelah di beri penerangan, setelah  ditunjukkan cara untuk menghidang, maka kami pun pulanglah. Perlahan sahaja jalannya kerana teramat letih. Serasa kaki kami seperti mahu tercabut! Kelas yang biasanya tamat jam 2 hari itu tamatnya hampir ke pukul 4. Terpaksa pula kami turun untuk aktiviti kokurikulum jam 5. Maka teramatlah letihnya. Pada malam itu pula, peperiksaan subjek mandarin berlangsung. Ujian membaca namanya. Maka dengan kaki yang teramat letihnya, hamba hayun juga ke kelas pada tika itu. Biasanya hamba hanya mengambil masa 15minit untuk berjalan. Tapi pada malam itu, hampir setengah jam hamba berjalan kerana terlalu penat..  sesampainya di sana, hamba lihat rakan-rakan hamba semuanya di luar, tidak ada yang berani masuk untuk menjadi insan  pertama mengambil ujian. Hatta, hamba jugalah yang disuruh masuk dahulu. Maka masuklah hamba dan menjalani ujian itu. Alhamdulillah, mudah sahaja. Dan hamba hilang 0.9 markah sahaja dalam ujian itu. Cikgu hamba berkata, “ tahniah, tuan hamba dapat a+ untuk ujian malam ini “ *tipu la cg cina bules cakap melayu klasik, bwahahaha* maka keluarlah hamba dengan perasaan riang gembira.. masih belum mahu pulang, hamba lepak2 di luar sementara menunggu rakan-rakan hamba usai ujian mereka. Selepas hamba rasa penat, hamba memutuskan untuk pulang sahaja. Maka begitulah kisahnya dua hari terpenat dalam hidup hamba minggu ini~

Haha.. amacam?? Oke x pengetahuan prosa klasik aku?? Ngeee~
Okela, mintak diri dulu ^^

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...