bismillahirrahmanirrahim..
apa ertinya hari nuzul quran kepada kita agaknya ye??
cuti?? haiyak! hmm... nuzul quran itu bermaksud penurunan wahyu pertama alquran dalam sejarah islam.. kalau kita imbas kembali sejarah yang berlaku beribu-ribu tahun dulu, pada tarikh 17 ramadhan inilah yang masanya Nabi Muhammad SAW berkhalwat daripada hiruk pikuk Mekah Mukarramah, di gua Hira' seorang diri.. dan pada tarikh inilah baginda SAW didatangi Jibrail AS yang menyuruh baginda untuk membaca.. IQRA'. kalimah itu diulang 3x, disertai dengan Jibrail memeluk kuat tubuh baginda, sehingga sesak nafasnya.. namun baginda SAW tidak boleh melakukannya.. lalu jibrail AS mengajar baginda ayat awal daripada surah al'alaq.. ketakutan nabi kita masa itu, pertama kali baginda menerima wahyu Allah, yang beratnya di ceritakan dalam kisah lain, di mana nabi SAW sedang menaiki unta pada masa baginda menerima wahyu.. terpelosok kaki unta ke dalam pasir-pasir halus kerana menanggung beratnya wahyu tersebut..
berat nabi kita menerima wahyu, takkanlah kita nak pandang wahyu yang juga mukjizat terbesar ini dengan sebelah mata? takkan kita nak biarkan naskhah alquran di rumah2, di bilik2 kita dihinggap debu yang ringan.. takkan kita nak abaikan segala suruhan dan larangan serta segala syariat yang terkandung di dalamnya?
jadi, semoga sempena mengingati hari turunnya alquran kepada Nabi Muhammad SAW di zaman dulu kala, ayuhlah kita sama2 meningkatkan pembacaan alquran seperti yang disarankan, betul tajwidnya, bagus dan tafkhim suaranya, elok lagunya dan tartil bacanya..
peringatan untuk diri sendiri dan semua,, cubalah sedaya upaya untuk menjadikan alquran akhlak kita =)
ma'assalamah!
No comments:
Post a Comment