duhai hati.. sabarlah...

Urgh! Rasa sakit itu datang lagi.. dan sekali lagi, entah dari mana datangnya kekuatan, ku suarakan kiasannya sakit dalam hati ini.. hah.. biarlah.. sama ada kiasan itu dimengertikan atau tidak..
“awak oke?”
Sapa teman sebilikku.. mana tidaknya, tak terangkat kepalaku menghadap alQuran hampir sejam.
“insyaallah” sebuah senyuman terukir..
Bukankah dengan mengingati Allah akan menenangkan hati?? Hah.. ya.. sedikit ketenangan menyelinap ke dalam hati.. bagus juga sakit hati begini,, tak terasa 3juzuk yang ditadarus.. lucu benar dunia ini.. haha…
Telefon juga ku capai.. mencari tempat mengadu sesama  manusia pula.. Alhamdulillah.. masih ada yang sudi mendengar dan memahami… terima kasih sahabat…
Seusai solat asar aku qiamkan, ketenangan inginku gamit lagi.. langkah di atur ke pesisiran pantai.. pelik sahaja tingkahnya orang-orang lain. Mana tidaknya, aku seorang diri.. bersimpuh duduknya di atas pasir putih..

I hear a flowers kind a crying loud the breeze’s  sound is sad.. oh no~~ tell  me why did we become so cold and empty inside.. lost the way long time ago.. did we really turn that blind.. we don’t see that we keep hurting each other,  no! all we do is just fight.. now we share the same bright sun, the same round moon, why don’t we share the same love, tell me why not? Live is shorter than most have thought.. hold my hand.. there are many ways to do it right.. hold my hands, turn around and see what we left behind.. hold my hands my friend, we can share the good spirits of me and you.. for another chance, AND LETS PRAY FOR A BEAUTIFUL WORLD, A BEAUTIFUL WORLD I SHARE WITH YOU..

Alahai Maher Zain! Masa ni jugak la dia nak nyanyi lagu ni kat aku.. huhu~ tak sanggup eh nak dengo lagu ni masa ni,, NEXT..

Haaa..aaaa.. syair merdu, syahdu beralun dalam nafas rindu.. bagai dingin bayu bertiup lembut dalam nafas kalbu…. sungguh jernih embun pagi disinari sang mentari, ada sinar bak pelangi menetap di langit tinggi  lambang cinta yang bersemi dalam hati  sanubari  pada Dia yang terpuji ya ilahi ya raja’i
tiada baris kata merungkai makna dalam rasa…. tiada yang serupa bahasa syurga kalam jiwa….

Ah.. pekena lagu HH ayair qalbi.. hmm.. kan.. lebih baik rindu kat Dia.. tak de la sakit hati.. hehe..
Uih.. baiklah. Agak kebosanan seorang diri.. apalah diratap dengan tangis keharuan, leraikan hiba, pujuklah hatimu… kan?? Diturut rasa tak kemana, duka lara melemahkan jiwa.. simpan je lah semua tu  dalam hati wahai diri.. Allah hanya berbangga dengan muslim yang kuat!
Hah.. gigi air ku sentuh.. wah~~ ape tu?? Nampak something jelly-like,, aku angkat,, walaupun jelly tapi, padat isinya! And one more, bigger than the first one! Ah! Adush! Gatal la pulak rasanya! Yang ni baru jelas .. obor2 rupanya!



Cantik~~ rapat lagi ke gigi air.. aku renung.. subhanallah~ banyaknya obor-obor yang dilambung-lambung ombak! Lawa~ ingatkan boleh tengok dalam cerita spongebob je.. tersenyum sendiri lagi.. hmm.. duduk lagi di depan ombak.. tenung sahaja ombak yang ganas menghempas pantai.. aku keluarkan cengkerang-cengkerang dalam poket seluarku.. ah. Ni hasilnya  =)



Tersentak.. muka jam pula kali ini ku renung.. hmm.. hampur maghrib.. balik la… hai hati,, ada masa kita datang lagi =)


Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_