Monday, October 24, 2011

anNeesyA part2

previous episode


tangannya lantas menggapai sebatang pen.. biasalah.. menulis lagi..


1030pm


HAH... ada juga yang melontarkan soalan itu padaku.. rasanya, takperlu aku menjawab.. tapi, aku mengerti dirinya juga memerlukan satu keyakinan yang perlu utk aku iya kan.. tak.. takpernah hati aku menyimpan walau sekelumit dendam atau benci.. walau seteruk manapun hati terasa dilukai, tapi, aku tetap tidak pasti si dia yang melukakan hatiku ini sedar atau tidak dalam tindakannya.. ya.. kadang2 aku sendiri buntu.. aku sendiri tidak tahu.. cuma, apa yang aku tahu, aku bukan seorang pendendam.. dan aku juga bukanlah seorang hipokrit yang mampu menjadi talam dua muka tanpa ada rasa bersalah. tidak.. aku tidak mampu berlakon.. walau hakikatnya aku cuba menyembunyikan perasaan berkecamuk dalam diri dan banyaknya yang aku berjaya, namun aku tetap yakin, masih ada mereka yang mampu menilik air mukaku yang kadang2 berubah mendadak sekali.. aku yakin.. dan aku juga tidak mampu menanngung derita seorang diri.. kadang2, apa yang aku lafazkan bererti sebaliknya.. tapi yakinlah.. aku tidak pernah berbohong andai aku kata aku sayangkan seorang sahabat aku. tidak pernah walau sekali.. bagi aku, sayang itu terlalu "fragile" untuk dipersendakan.. kalau sekali pernah hadir dalam diri aku, selamanya aku akn menjaganya.. apath lagi sayang kepada seorang sahabat.. takpernah sekali akanku lupa. walau sayang dibalas benci atau seumpamanya pula, takkan aku menaruh dendam.. bagiku, sayang dan dendam mana mungkin bersatu..

kamu diari... terima kasih menumpangkan dadamu untuk aku mencalit sesuatu dan terima kasih wahai dakwat, kerana sudi menangis bersamaku lagi.. dan kaum penaku, terima kasih juga kerana sudi dipeluk erat jari jemariku, merungkai keresahan dalam diri...

anneesya..

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...