tersentak lagi hatinya.. hah.. ape la ada pada si dia.. ya.. sahabat.. cuma sahabat.. tapi bukan sahabat biasa.. sahabat terdekat dia pernah punya.. tapi itu bagi dia.. si dia entah bagaimana.. dia sendiri tidak tahu..
tapi dia tahu, dia harus bangkit.. hidup ni satu sahaja matlamatnya. iaitu syurga... bukan kasih manusia, tapi rahmat allah yang mampu membawa semua kita ke matlamat utama. dia akur.. rela.. rela pintu jiwanya diketuk bertalu talu oleh sang nafsu, namun, biarlah ketukan itu kosong. tidak berbalas walaupun dengan satu inci bukaan jiwanya..
biarlah..
malam ini, malam 10 zulhijjah.. sedang para tetamu allah menghadapi kedamaian dan kesyahduan wukuf di arafah, mengapa dia harus sedih, mengenangkan.. MANUSIA? hoh.. rugi.. sungguh rugi.. dan tekadnya kali ini..
' ya.. aku harus berkorban... aku tidak punya banyak wang untuk melihat darah lembu, apatah lagi unta hasil korbanku sendiri, apatah lagi untuk menjadi tetamu Allah di tanah haram..
tapi aku tahu.. aku yakin.
aku mampu berkorban untuk rasa jiwaku ini. aku tahu..
ya allah..
kuatkan aku.. kuatkan aku untuk berkorban..
berkorban di jalanmu... '
hatinya menangis lagi..... memohon agar dihadirkan kekuatan bersamasama dugaan ini..
No comments:
Post a Comment