Monday, December 26, 2011

bunga tali.. analoginya~

tidak ada lagi yg perlu dileraikan pada sebuah kekusutan.
kerana tali itu sudah putus.. 
putusnya, bukan kerana dileraikan.. 
putusnya kerana dikerat.. 
ya..
 tinggal aku sahaja yang mengambil tali yang telah dipotong itu dan membawa pulang dgn rasa sedih.. bakinya? 
biarlah dibiarkan terikat di ditu.. 
kalau sampai satu hari nanti, ia masih kukuh,
 mungkin.. 
si pengerat tali bakal datang kepadaku dan meminta tali yg masih ku simpan..
 tapi aku rasa,
 kemungkinannya lebih kepada tali itu bakal terlerai juga dgn sendiri 
kerana hilang sudah kekukuhannya. 
biarlah yang sedikit itu hapus.. 
biarlah yang sedikit itu pupus.. 
hanya aku yang mengangggap tali itu berharga..
 hanya tali untuk mencucuk hidung lembu. 
ya.. 
siapa juga yg inginkan?
hanya ada nilainya kepada seorang pengembala lembu
seperti diriku..
tidak bagi dirnya, seorang bangsawan, orang terkemuka...
kerana,
hanya si pengembala yang sedar..
 tali itulah yang menjaga lembu daripada lari selama ini.. 
tali itu.. 

ya. 

di situ aku pandang nilai harganya. 
tapi sayang, cuma aku..
kerana cuma aku si pengembala itu..

orang kata.. bunga bukan sekuntum..

aku,, 
ingin sekali mencari pengganti bunga itu, 
dulu.. 
tapi waktu cemburu.. 
dan sekarang bila dah layu, aku sedar.. 
kalau cari bunga lain sekalipun, 
bunga itu juga bakal layu.. 
plastik? 
xsecantik yang asli..

jadi biarlah..
 biarlah aku terus simpan tali itu sampai ia reput sendiri..
dan..
bunga itu juga..
jauh aku kelana, 
namun sepanjang perjalanan tak pula ketemu tong sampahnya..
di mana harus ku bunag sisa bunga dan tali ini?
tak..
tidak pula ingin membuang sampah merata-rata..
biarlah tangan aku sahaja yang kotor.. 
jangan seantero alam ini pula aku nodai..
tidak.
biarlah aku yang simpan segalanya :)

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...