bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum wbt :)
tersebut satu kisah, suatu hari hassan albasri berjumpa dgn seorang pemuda daripasa bani al-shikhir lantas berkata padanya
" nasihatilah kami wahai pemuda"
" aku belum layak untuk memberi nasihat wahai abu sa'id " balas pemuda itu pula..
hassan albasri pernah berkata
" siapakah yang benar2 layak untuk memberi nasihat? syaitan sgt suka kepada kata2 ini. dan ia berharap agar manusia mengambilnya sehingga tidak ada lagi yang mengajak kepada kebaikan dan melarang keburukan "
ramai antara kita yang fikir, dakwah itu hanyalah dengan berceramah, berpidato, berkhutbah.. tak.. since maksud dakwah itu adalah menyeru ke arah kebenaran, so, ape2 perkara yang kita buat yang menyuruh ke arah kebenaran dan kebaikan, tulah yang dikatakan sebagai dakwah..
dan ramai juga yang fikir bahawa dirinya tidak layak untuk berdakwah.
oke. lets see.. hakikatnya hidup manusia ni xde sorang pon yang sempurna.
jadi, kalau nak tunggu orang yang sempurna sahaja yang berdakwah, alamatnya... urm.. xde la kan.. sedangkan nabi SAW bersabda,
sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat..-riwayat albukhori-
dan hakikat dakwah ini bukannya dari segi lisan sahaja.. ia boleh terjadi dari sudut perbuatan,, penulisan dan macam2 lagi lah.. jangan sempitkan fikiran anda.. lakukanlah apa2 sahaja untuk menambah nilai iman anda..
ya. mungkin kita seorang yang serba kekurangan, mungkin kita juga insan yang sering leka,, dan terus kita merasa tidak layak untuk menyampaikan. tidak. anda salah kerana jika kita mengingati orang lain, secara tidak langsung kita juga sedang berkomunikasi dengan diri kita.. satu kata yang kita lafazkan kepada orang lain, diri kita dulu yang mendengarnya.
jadi, buangkan segala keraguan dan kegusaran dalam diri anda, ayuh, mulakan langkah kita sekarang :)
No comments:
Post a Comment