hadui. mula mengharungi harihari yang sangat
mempenatkan memenatkan!
oke. ekoran daripada
lamaran dari sir yang kate srh masuk competition hari tu la kan.. aduu yai!
fes kitorang punya training, iaitu jatuh kepada tanggal 9dec. masuk kitchen, pukul 9.30 betul aku sampai. bajet2 takpayah nak pakai boot kitchen bagai la, sebab aku tanya sir, kena pakai fullset baju kitchen tak dia kate pakai seluar je.. so, aku dengan penuh keBETULannye mmg pakai seluar je la.. baju n tudung hitam dan berselipar getah. nasib bek bawak apron, cuma aku tak bawak apron aku yang putih
semerbak melepak tu, aku bawak apron kaler biru, full apron, bukan half apron. so, masuk2 kitchen, blurr1- tak tahu nak buat apa walopon sor dah kasi resipi srh buat sup * 4jenis soup iaitu broth, cream soup, hearty broth and consomme * tapi sebab aku bajet2 semau tu sir akan ajar, so keje aku berkelip je lah dalam kitchen.bila sir pggl masuk ofis dia, masuk, sir bagi xplanation. bla3, macammana cara yang betul nak hasilkan sup yang terbaekk dari
ladang kitchen so, masuk la buat mise-en-place *cara bacanya ialah mizon plas- iaitu persediaan segala jenis barang yang akan kita guna utk masak nanti* buat2, tetap blurr.. tapi stock yang ambik masa berjam2 dah sedia atas stove la.. punye la lembab aku buat keje. dah ke byk kali kena tegur, bersepah la.. lambat la.. bukan macam tu nak potong cauliflower, buat macam ni la baru cepat.. alah, u potong je direct dalam bowl, baru tak bersepah. ni, letak bawah. organise u punye stesen *stesen ni bukan stesen bas, tapi working table ye * bla3,, nak masak sup, tapi kari ikan yang masak dulu *menu utk lunch kitorang* sir balik solat jumaat, dah siap? hah? siap ape? kalo aku jadik sir, dah lama aku siku aku sendiri. hahah. dan terang2 dia bagi resipi srh buat sup, boleh lagi aku tanya buat ape? tup2, patut siap 4jenis sup hari tu, satu je yang aku siapkan dgn tidak jayanya. dat is cream soup. aku guna cauliflower. dah sir kate ni ialah thick soup, maka sekali lagi aku dgn penuh keBETULlan nya, lupa langsung dgn tekstur soup yg thick bukanlah sampai kepada thick-nya nak buat sos.. habes! hancur sup aku!!! bila sir makan, ni bukan rasa cauliflower, ni rasa tepung! pekat sup ko ni. ni bukan sup ni sos. dah la berketulketul.. hah. kan? kalolah aku tak tambah roux *cara baca ialah ruu- iaitu campuran tepung atau mana2 ejen utk buat masakan kita pekat* banyak2 mesti sup aku dah jadi T.T tapi hakikatnya, sesal dahulu pendapatan la kan.. ko sukat tak?? tak! ya allah. dah yang tadi kite dok cakap 45% bagai itu ini ko tak sukat? penimbang tu situ je la.. patut la.. aku tgk kejap2 dia tambah. aku dah pelik dah mula2 tu.. *ni la jadinya bila yang mengajarnya dua orang tapi yang dilatihnya 3org, semua benda pon nampak !
No comments:
Post a Comment