dua nikmat :)

bismillahirrahmanirrahim..

nabi muhammad s.a.w pernah bersabda mafhumnya, 

dua nikmat yang sering manusia lupa ialah nikmat masa lapang dan juga kesihatan.

ya. memang.. bila ada masa free je, kite suka je kan buang masa. masa ni pulak, satu kuantiti fizik yang abstrak, tidak boleh diputar, dicepat atau dilambatkan, tak boleh dikembalikan atau diberhentikan, tapi sentiasa boleh dibuang. masa yang lalu, sorry ye, takleh nak ambik balik dah..
 let bygone be bygone, jalanilah hidup seharian kita sebaik mungkin. 
masa yang ada manfaatkan lah dengan geniusnya! 

ramai yang merungut, katanya tak cukup masa.. 
readers...
tuhan tu maha adil, maha mengetahui. 
DIA tahulah, dia kasi kita 24jam tu, tulah jumlah yang cukup dan yang terbaik. 
kita pulak asyik nak mengomen masa tak cukup, siapa kita untuk mempersoalkan ketentuan tuhan kita? 
masa panjang atau pendek, semua bergantung kepada diri kita, 
bagaimana kita nak menguruskan masa. masa kita, kitalah yang uruskan.. 
diri kita, kitalah yang tahu mana yang patut kita dahulukan, mana yang patut kita tolak ke tepi, mana yang patut kita cepat-cepatkan, mana yang patut kita bagi tumpuan lebih.. 
pilihla jalan hidup anda. 
allah bentangkan jalan, dia berikan panduan, terpulang kepada kita untuk tentukan mana jalan yang akan kita ambil. masa. terpulang untuk kita untuk dibuang atau dimanfaatkan setiap saat. 

ingat, nasi kalau dah jadik bubur dah tak boleh nak balik jadik nasik dah. ko masak sampai air kering pun takdenye bubur jadik nasik balik  tapi boleh jadi nasi himpit kot. 

jadi, uruskanlah masa anda ye ^^

*kalau cabaran orang lain tak mampu kita nak sahut, takkanlah cabaran diri sendiri pun takleh nak sahut? malu beb :)

wa ilalliqa' :)

assalamualaikum wbt :)

Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_