_alam :::

bintang di langit hanya mampu direnung.. 
pelangi tak mampu kita sentuh.. 
hanya mampu menikmati bahang mentari,,  
pandang pada sinarnya pun tidak,, 
mungkin ya, 
namun hanya pada biasannya cahaya pada si bulan.. 

saban waktu, udara disedut..
ada tika, bayu berhembus..
nyaman.. tenang~
terbuai dalam keasyikan....
namun,,
tidak pula pernah kita lihat wujudnya ia,

dunia..
di situ, alam mengajar..
tidak semestinya, yang kita genggam itu milik kita..
tidak semestinya yang jauh itu, takdapat kita merasa..

kadangkala dalam hidupnya manusia,
ada yang takperlu kita miliki,
namun kesannya cukup utk melengkapi..
seperti cahaya mentari,,

adakalanya,
takperlu utk kita lihat wujudnya,
cukup, rasa hadirnya dia.
ya.. seperti udara..

segalanya sempurna,
kita cuma perlu menerima.
ya,, 
menerima dan bersyukur,, itu sahaja :)




Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_