Sunday, March 11, 2012

_istikharah

bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt~


sebut saje istikharah, semua dah pakat menjelingjeling.. hey, xpuas hati ape derr?? ramai yang salah faham dan ramai yang suka menyempitkan ruang pemikiran dengan menganggap istikharah hanyalah untuk meminta petunjuk tentang perkahwinan. arakian, lagi menyedihkan apabila ada juga segelintir manusia yang menganggap bahawa orang2 yang melakukan istikharah ini merupakan golongan-golongan yang kolot ataupun tak laku. hahah. yakinlah wahai umat manusia, sesungguhnya tidak harus bagi kalian menyempitkan ruang pemikiran kreatif dan kritis anda sebegitu rupa. buruk sekali nampaknya ye. apa kata kalian cuba buka dan lihat betapa luasnya alam semesta *angkat  sebelah kening berulang kali*


istikharah ni sebenarnya terlalu luas skopnya. ya, apaapa sahaja yang terkandung dalam ajaran islan itu sebenarbenarnya luas untuk diaplikasikan. istikarah ni boleh diamalkan pada bilabila keadaan apabila anda buntu dan memerlukan petunjuk dan panduan dari Allah. petunjuk dan panduan apa? apa2 sahaja.. bahkan kalau anda rasarasa nak test buat istikharah nak tahu ape yang keluar dalam final ataupun test anda pon boleh.. hehe.. ya, i'm not kidding dude~


bila berlakunya kecelaruan, bila berlakunya satu keadaan yang tidak pasti, maka, istikharahlah.. apa jua keadaan anda. apa jua kecelaruan yang anda tak pasti.. apa jua ketidakyakinan untuk anda memeutuskan sesuatu keputusan.. and dats y ramai orang yang buat istikharah sebelum perkahwinan,, sbb taknak at the end of the day, bercerai berai.. 


bagaimana pula pelaksanaannya? 


sekali lagi ramai yang terikat dgn sistem pelaksanaan istikharah ini.. ye, caranya ialah dgn menyempurnakan solat sunat 2 rakaat dgn niat istikharah.. * sebelum solat sila bersuci dan ambil wudhu'
tapi ramai pula yang terikat dgn menyangkakan bahawa istikharah ni hanya boleh dilakukan tengah malam, iaitu sewaktu masa qiamullail. * isu qiamulail ni pun lagi satu kesalahfahaman umat manusia sekarang*
tidak. tidak sama sekali..


halnya begini, pada waktu mana pun anda rasa nak buat istikharah pun, xpe, silakan... 


cuma halnya,, begini, utk kita mendapatkan petunjuk, satu, kita perlu khusyuk semasa menunaikan solat. satu halnya lagi, biasanya Allah akan bagi petunjuk melalui mimpi. tapi ingat, petunjuk BUKAN HANYA DALAM BENTUK MIMPI. oke, hal ni kita akan bncang jap ag. 


masa kita solat, tumpuan kita mestilah hanya terhadap masalah yg kita hadapi. kita betul2 harapkan Allah akan bagi kita petunjuk.. so, sebab itulah kita DISARANKAN untuk menunaika istikharah dalam waktu qiam, sebab sejurus bangun drpd tidur kan fikiran kita kosong.. so,, xperlu nak kosongkan pemikiran.. dan satu lagi, dalam waktu qiam yang sebaiknya di sepertiga malam juga memudahkan kita utk tidur balik, dan mendapat petunjuk melalui mimpi. so, dats it..


so, maknanya, lepas wat istikharah, kita terus tidur. jangan fikir bnda2 len, jangan buat aktiviti2 len *kecuali menyimpan balik sejadah serta telekung anda :D


oke, bagaimana pula anda akan mendapat petunjuk?


satu melalui mimpi. itu yang paling common la.. tapi, ada juga certain2 orang, *macam aku laa * dia susah utk dapat petunjuk melalui mimpi,, tetapi melalui cara2 lain.. 
satu, apabila kita mendapat terlalu banyak halangan terhadap benda tu, atau mungkin sebaliknya Allah memudahkan urusan membuat sesuatu perkara tersebut. 
nah. itu halnya, apabila kita buat istikharah, bila kita xdapa mimpi, 
so, kita cuba untuk dgr kata hati,, n tengok, adakah urusan kita dipermudah atau di susahkan.. 
kalau mudah, maknanya betul la tu, n kalo susah, maknanya tidak la tu.. 


ingat, dengar kata hati, ikut gerak hati..


ada orang, sekali istikharah terus dapat petunjuk, ada orang, perlu buat berkali-kali baru dapat petunjuk.. terpulang la.. semuanya urusan Allah..


satu saranan dari cikgu aku dulu, katanya, amalkanlah buat istikharah everyday,takperlu tunggu malam,, tapi buat pada waktu kita nak perform solat dhuha.. insyaAllah, allah akan tuntun setiap langkah kita setiap detik, setiap waktu... yes. betul.. bila kita biasa dgn buat solat istikharah, dah macam tak takut nak ambik satu2 keputusan, sebab rasa macam Allah menuntun di sepanjang perjalanan.. 


nak rasa ketenangan itu? cuba la buat.. saranan aku pula, sebelum stat buat istikharah, buat dulu solat sunat taubat.. then, solat hajat.. barulah perform istikharah. 
atas reason, kita banyak dosa, nak buat permintaan petunjuk dgn Allah, minta maaf dulu dgn Allah kan.. solat hajat pula bagi aku, untuk tunjuk kat Allah, betapa sunggh2 kita nak mintak petunjuk,
then, lastly kita btl2 fokus utk istikharah... peringatan ye,, ni bukanla cara wajib, ni hanyalah SARANAN atas kebiasaan aku :)


so, dats it!
semoga sama2 menjadi amalan kita , insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...