Amir menghampiri Haji Mad. salam di beri...
wa'alaikumussalam.. Mir. nih, saya ada nak merisik kamu ni Mir..
aihh, merisik ape pulak ni ? berdebar pulak rasanya..
saya nak risik kamu jadi imam di masjid ni.. nak ke tidak?
tanpa berkias, Haji Mad menyatakan hasratnya
buntang mata Amir mendengarnya. tak mampu berkata apa-apa.
hah, takpayah nak terkejut sangat la Mir.. saya tahu, kamu tu takde benda kurangnya nak jadi imam.. mengaji pun kat timur tengah sana nu hah,, alquran 30juz dalam kepala kamu je..
haji nak pegi mana?
tak de pegi mana-mana nya. takut sehari dua ni saya dipanggil tuhan mana tahu.. kat kampung ni, budak-budak sebaya kamu bukannya ramai sangat.. ada pun,, yang dah kerja, yang sibuk dengan pelajaran lagi,, takde kat kampung.. ke kamu ape rancangnye lepas ni?
perancangan saya memang nak kerja cepat-cepat.. tapi, baru je hantar permohonan Haji.. entah diterima entah tidak. tapi, dengan jawatan yang saya pohon tu, boleh je nak bagi komitmen dgn masjid ni.. lagipun, saya dulu mengaji bab-bab ini juga,, kalau dapat kerja pun, insyaALLAH, masih boleh bagi komitmen kat masjid ni..
begitu.. maknanya kamu setuju la ni?
ikutkan hati saya, masyaALLAH,, rasa suka sangat bila Haji dah tawarkan begitu.. cuma saya ni, ilmu di dada takde la sedalam Haji,, yang dah lama jadik imam.. rasanya, nak refresh balik ilmu saya dulu dengan Haji..
takde masalah, insyaALLAH... kita buat cepat dan mantap. esok,, saya umumkan kat jemaah, yang kita bakal dapat imam baru.. Pak Mail kamu pun dh tahu pasal ni..
cepatnya Haji, esok??
ye la, buat persediaan kamu juga,, saje nak bagitau jemaah.. mana tahu ada juga antara kita yang arif tentang solat jemaah ni juga.. kita ni jadi imam, kena tahu juga adab-adab jadi makmum.. mungkin ada hal yang saya dah lupa.. dan mungkin benda tu akan disampaikan oleh makmum kepada kamu Asyraf..
ohh, saya takde masalah.. takut sikit je Haji..
buat ape nak takut,, kita buat benda baik.. tapi saya faham,, kamu takut tak mampu galas amanah dengan baik?
Asyraf mengangguk kecil..
Asyraf,, ALLAH tu maha pengampun.. Dia suka orang yang gemar menuntut ilmu.. biasalah, kita masa belajar, mul-mula ni akan buat salah.. sedangkan yang dah lama pun ada waktu ketikanya buat salah. tapi ALLAH tu maha penyayang.. setiap kesalahan yang kita buat dgn tidak sengaja, Dia ampunkan.. kita ni manusia biasa Asyraf.. bukan tahap kesempurnaan yang ALLAH ukur,, tapi tahap usaha kita untuk cuba jadi sempurna tu yang jadi nilainya..
panjang lebar ulasan Haji Mad membuatkan Asyraf hilang kata melainkan bersetuju dan mengangguk kecil..
dah,, balik rumah jangan lupa bagitau ibu ayah kamu ye.
insyaAllah Haji, kalau begitu saya mintak diri dulu la ye.. salamullah 'alaika..
wa'alaika aidhan,,
jawab Haji Mad sambil melemparkan pandangan melihat susuk tubuh Asyraf yang mula melangkah pulang.
*********************************
senyum simpul saja di wajahnya. taksabar rasanya mahu dikhabarkan berita gembira kepada anaknya.
Assalamualaikum!
sapanya riang melihat Daniel melangkah keluar sambil dipimpin oleh guru tadikanya.
wa'alaikumusaalam Papa~
jawab anaknya dalam pelat seraya menghampiri papanya yang sudah melutut dihadapannya lantas dicapai tangan kasar itu lalu dikucupnya.
macammana belajar hari ni?
tanyanya sambil mengendong anak kecil itu masuk ke dalam kereta
seronok papa.. ckgu ajar nama-nama binatang hari ni
ucapnya senang.
ohh,, tapi kan,, papa ada berita lagi seronok nak bagitau Daniel..
ape pa??
nanti, Daniel akan dapat mama baru.. Daniel pun akan dapat adik baru..
aik? macam mana??
tanyanya sambil memandang papanya yang sedang tenang memandu itu.
sebab, ayah nak kahwin.. Daniel suka??
kahwin? kahwin tu macam mana? maksudnya, kahwin tu, orang akan dapat mama baru, lepas tu ada adik baru? baby ke papa??
tanyanya teruja..
ya sayang.. hari ni nak makan apa? nak papa masak ke nak beli makanan kat mana?
kesian papa mesti penat.. kita makan kat luar je la boleh??
orang nak burger je. boleh papa?
boleh sayang..
*******************************
No comments:
Post a Comment