along, free tak? dengan muka seposen Amy menghampiri abangnya.
dikerling sekilas jam di tangan.
setengah jam, boleh. ade ape?
alah along,, setengah jam je? along ade keje ape?
ish budak ni,, nak pegi masjid la.. kan jap lagi masuk Asar.. angah ni..
ooh,, a'aahh.. lupa.. lepas along balik masjid boleh?
angah nak mintak tolong ape sebenarnya ni?
tasmi', hehe.. boleh long?
ohh, nak tasmi' rupanya.. boleh... nak stat dulu then pause kejap then sambung balik pun boleh,,
alah along, takde feel la macam tu,
hahah. oke-oke, muncung macam itik. tak lawa tau.
lepas ni ye along !
ujar Amy..
Amir hanya mengangguk sambil tersenyum. bangga, adiknya juga bakal bergelar hafizah!
********************
Asyraf mempercepatkan langkah, hai,, cepat juga orang tua ni berjalan ! agak-agak sudah agak dekat,
Pak Mail !
kuat saja panggilnya. hebat juga pendengaran Pak Mail ni, gumamnya dalam hati apabila dilihat Pak Mail mula berhenti.
Assalamualaikum, Pak Mail..
ucapnya seraya berjabat tangan.
Waalaikumussalam.. hah, ni ade ape, ada masalah kat kawasan rumah ke? hah, jangan malu-malu, bagitau aku ni hah, nanti kita settlekan..
Alahai Pak Mail,, jangan risau,, kampung ni aman damai je,, takde kes pape pun.. takde masalah..
jawabnya sambil menguntum senyum. anak-anak yang seronok bermain basikal di jalan tanah merah di depan sekali sekala dikerling juga. seronoknya jadi kanak-kanak.. monolog sendiri sambil senyum.
ni ape hal pulak, cakap sorang-sorang, jelasnye tidak, dah tu senyum-senyum pula. kenapa? pingin anak lagi?
laju sahaja Pak Mail menangkap isi hatinya.
eh, ke situ pula Pak Mail ni.. zaujah takde macam mana nak ade anak lagi..
cover malu, tak sedar,, mukanya yang putih sudih kemerah-merahan..
Asyraf.. Asyraf.. aku ni, sekilas ikan di air, tahu dah jantan ke betinanya. yang kau dari tadi dok berdolak dalik dgn aku ni, ade ape sebenarnya?
ohh, maaf Pak Mail, lupa pulak jadinya.. hehe.. saya sebenarnya, ada hajat.. tapi macam tak sesuai pula nak bincang kat sini.. ape kata saya belanja Pak Mail kat warung depan sana?
tak payah nak belanja-belanja,, aku ni pun nak balik rumah, kau ikut je aku balik rumah, minum air makan kuih orang rumah aku buat lagi sedap. free pulak, sambil-sambil boleh aku tumpang berkat tetamu dari kamu.
hahah.. aihh, saya tak kisah Pak Mail,,
silalah...
beriringan keduanya berjalan menuju ke rumah Pak Mail.
********************
ape hajatnya? besar sangat ke Asyraf oi?
Pak Mail memula bicara..
malu pulak rasanya Pak Mail..
apa yang nak dimalukannya.. macam tak biasa dengan aku je kau ni, ish.
begini,, Pak Mail pun sedia maklum,, saya ni dah banyak tahun membujang.. anak sorang kat rumah tu pun makin hari makin besar.. kesian pulak tengok, besarnya takde ibu.. saya ni pun Pak Mail,, bukannya ada banyak masa nak layan kerenah budak tu.. anak baru nak membesar, sepatutnya ada yang sudi meluang masa didik dan asuh, saya ni bukan tak sudi nak mendiidik, tapi kerja bertimbun kat pejabat tu sape nak buat...
jadi maksdnya kau nak kahwin lagi la ni? bagus sangat la tu Asyraf.. tapi, calon yang berkenan di hati dah ade ke belum?
laju sahaja Pak Mail memotong..
ada tu ada lah Pak Mail, tapi empunya badan tu tak tahulah hendak ke tidak dengan saya.. maklumlah, saya ni duda anak satu.. rupa pun takde..
alahai Asyraf, kalau kau kate muka macam kau pun takde rupa, entah berapa orang je atas dunia ni ade rupa.. yang teringin tu, anak dara mana? jadi maksudnya kau nak mintak tolong aku tolong risikkan ke ape?
begitulah hajatnya Pak Mail,, saya ni, sebatang kara je, berdua dgn anak sorang kat rumah tu.. rasanya lebih manis la kalo Pak Mail selaku ketua kampung yang tolong risikkan.. lagipun, rumahnya dekat saje, sebelah rumah Pak Mail je ni,,
ujarnya sambil tersipu-sipu.
engkau ni Asyraf, malu mengalahkan orang pompuan.. sebelah rumah aku ni sorang je yang bukan hak orang, maksud kau si Milah tu?
Asyraf hanya tersenyum sahaja, sambil mengangguk kecil..
mmm! Mah,, Mah!
ye bang,, ade ape?
muncul pula isterinya dari dapur sambil mengambil tempat di sebelah suaminya,
ni hah.. si Asyraf ni, berkenan dengan si Milah tu,,
awak tolong la risik-risik dia,, macam mana?
terlopong mulut Mak Mah mendengar apa yang di katakan oleh suaminya.
Asyraf pula sudah tidak mampu mengangkat muka lagi, malu agaknya.
dah tu kenapa sampai melopong begitu sekali,, buruk tahu?
seperti baru tersedar, Mak Mah mula menjawab ,
bukan ape bang,, saya ni baru je dua tiga hari lepas dok bercakap-cakap dengan Milah tu,, katanya, nak juga berteman.. kesian juga saya pun tengokkan dia, jaga anak kecil sorang-sorang,, nak fikir cari duit lagi.. nak lupa kesedihan suami dah meninggal lagi.. kena jugakla si Asyraf ni bertanya begitu,,
laaa, kenapa takde bercerita dengan saya?
hal perempuan bang.. ujarnya sambil menepuk mesra paha suaminya.
urmm,,, kalo begitu,, Pak Mail dgn Mak Mah cuba- cubalah tanyakan ye?
boleh Asyraf... dah tu kalau setuju macam mana pula?
saya ingat nak cepat-cepatkan majlisnya la..
tu pun kalau pihak perempuan tak keberatan.. tunang, sejam lepas tu terus kahwin..
amboi, tak sabar nampak?
Asyraf tergelak kecil,,,
bukan apa Pak Mail, tak salah mempercepatkan benda baik kan? lagipun, berumah tangga ni kan sunnah nabi, dia rasa keseorangan,, saya pun begitu.. jadi,, apa salahnya cepat-cepat..
betul juga apa kamu kata..
balas Pak Mail sambil mengangguk-angguk..
************************************
EPISOD 3
EPISOD 3
No comments:
Post a Comment