c&p

bismillahirrahmanirrahim
*amboi aktif update blog >> cuti kamm~ *

a few things yang saya nak share, sedikit sebanyak, direct quote *tuan empunya harap jgn claim, haha*




tentang satu hal yang dah lama saya sendiri tak berani dan tak sedia utk kupas : KEPIMPINAN. 



  • Keterbukaan kesemua Pemimpin Mahasiswa untuk “Agree to Disagree” atau dengan maksud “Bersetuju untuk tidak bersetuju” 
  • Kita sebagai Pemimpin Mahasiswa hendaklah menegakkan konsep persamaan dan tidak memaksa dalam konsep perbezaaan.
  • Perlaksanaan tradisi yang silap perlu diperbetulkan mengikut situasi semasa pada hari ini. Manakala kita sebagai Pemimpin Mahasiswa perlu menolak cara tadbir urus yang tempang untuk kelancaran organisasi dalam jangka waktu yang panjang.
  • Ramai Mahasiswa yang mendakwa mereka mempunyai hak sedangkan tanpa mereka sedari mereka juga ada tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan. Saya ada hak, kamu juga ada hak. dan saya ada tanggungjawab, kamu juga ada tanggugjawab. “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! .Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”
  • Kritikan yang diterima merupakan cerminan kepada tindak tanduk kita yang telah selama ini. Kepimpinan perlulah memahami kehendak semasa agar mereka tidak ketinggalan.
  • Akhlak dan Adab Mahasiswa sebagai Pemimpin Universiti.
  • - Bukan dinilai cerdiknya mahasiswa pada “pointer” semata-mata tetapi ia ada pada cara tutur kata dan tingkah laku kita.
  • **MEKEM 2 bukan berakhir disini, ia akan bermula selepas kalian keluar daripada Dewan Aspirasi ini. Kenapa ? Kerana anda akan melaksanakan apa yang telah dipersetujui disini.
  • ini bukan medan untuk menghentam atau mencari siapa salah siapa Benar. Tetapi ia merupakan satu medan untuk mencari solusi yang terbaik atau menetapkan Standard Of Prosedure sesuatu keputusan yang ingin kita laksanakan atau sepakati. Perlu kita sedari bahawa proses ini bukan ingin melihat kepada hasil yang segera kerana kita sedia maklum bahawa “Rome Is Not Built In One Day”.
  • kelemahan kepimpinan : Bukan untuk menafikan atau “baling batu sembunyi tangan” atau tidak bertanggugjawab di atas perkara yang sudah berlaku. Tetapi apa salahnya jika kita memilih untuk mendidik dengan “Menghargai” tetapi lebih cenderung untuk memilih untuk mendidik dengan “Mengherdik”.
  •  “Dalam Islam ilmu itu ialah Nur (Cahaya), Manakala dalam aplikasi Fizik Cahaya itu merupakan sejenis tenaga, Oleh itu, kurangnya Ilmu maka kuranglah tenaga untuk memimpin ”
oke, disebut-sebut sbg pemimpin mahasiswa. dan saya tahu adik2 di sekolah juga pasti membacanya. jgn risau, pemimpin pelajar di mana-mana sahaja pun sama saja.. dasar dan asas pembentukan yang sama. mana yang sesuai, aplikasikan dan mana yang tak kena, pandai2 la adjust2 mana yang patut. 

satu point yang saya tandakan ** tertakluk kepada keadaan la. jika ini penggulungan utk MEKEM (mesyuarat kepimpinan mahasiswa), maka MEKEM lah. dan jika program2 pembinaan diri atau yang sewaktu dgnnya yang lain, konsepnya sama sahaja..

sudah habis pembacaan, selamat menilai dan koreksi diri. dan mana-mana pandangan tambahan saya amat alukan.
terima kasih daun keladi kepada empunya idea sebenar sdra TYPD MPP sesi 2012-2013, sdra aiman haziq johari.


gudluck, young leaders ^^  !

Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_