Wednesday, September 25, 2013

mimpi

rasanya dia sudah melupakan...tapi, gayanya macam tidak seratus peratus..

cerita semalam.
tutup buku. mata sudah gayanya perlu ditongkat dengan jari. hayun langkah ke tandas. gosok gigi. cuci muka. kunci pintu. selimut ditarik. tasbih di tangan satu persatu diratib. serasanya hanyut di ulit lena.

tiba-tiba terdengar seperti ada yang masuk ke dalam bilik. siapa? abaikan saja. selang beberapa ketika, terasa seperti mahu bangun. gosok-gosok mata, tidak percaya. kelihatannya seperti ada sesuatu di atas meja. satu plastik. ada baju di dalamnya. dia bergerak, hampir ke meja. terperasan, di papanputih di meja belajarnya seperti ada tertulis sesuatu. dia kenal tulisan itu. tapi mustahil. sudah lama dia tidak melihat tulisan itu. tambah-tambah lagi jika tulisan itu memang bertujuan untuk berkounikasi dengannya.
dalam mamai dia membaca. lebih kurang begini :

'dah lama tunggu jawapan orang. kali ni orang bagi jawapan. maaf lambat. gambar-gambar lama, mana yang nak post tu boleh la post semula'

dia terkedu. betul. betulla itu tulisannya. Jaja.. hatinya berbisik sayu. berbelah bahagi. sambil tangannya menyentuh bungkusan itu. satu. dua. baju dikeluarkan. di tengahnya ada satu kotak biskut Lexus, dan satunya ada sekeping surat. dia jangka, di dalam surat itulah ada keputusan dan jawapan yang selama ini dia tunggu.

di renung. dia genggam.. cuba merasa. namun hatinya berbelah bahagi. tawar. dalam masa yang sama rasa sakit. amat.

tiba-tiba matanya tertancap pada pintu bliknya. ya, dia tertanya-tanya. mana mungkin orang itu yang menghantar sendiri. setahunya dia berada jauh. jauh di perantauan. tiba-tiba hatinya terdetik. mungkin Nana yang menghantarnya. entah mengapa hatinya berkata begitu. lantas langkah gopoh di atur ke pintu. dia buka. pandang kiri dan kanan. namun tidak pula kelihatan kelibat Nana. kepala di tunduk sedikit. kesal. pada masa itu matanya tertancap pada tasbih yang ditangannya sebelum dia tidur tadi.
kenapa di situ?
dia pegang. tarik. tidak berjaya. melekat.

tiba-tiba dia tersedar.

di raup mukanya seraya bibir melafaz istighfar. panjang. ternyata itu cuma mimpi.. kesal. kalau saja sempat dia baca surat itu. walau dia tahu itu cuma mimpi. mimpi yang mugkin tidak membawa apa-apa makna.

ya Allah, aku cuba melupakannya.. kenapa setelah aku hampir berjaya dia hadir lagi dalam mimpiku? atau mungkin aku rindukan dia? atau mungkin selama ini aku cuma berpura melupakan saja...

ya Allah apa petanda?

cerita hari ini
terhambur ketawanya. orang sekeliling sudah pandang-pandang mereka. tiba-tiba dia ternampak juniornya haii Kak Dee, sihat?
salam. dia tersenyum. lantas berborak. panjang juga. satu persatu cerita keluar. biasalah. perempuan. ditinggalkannya kawan-kawan di meja sana. tidak mengapa, yang ini jarang jumpa.
Akak tak wish pun birthday kite?
err, bila birthday awak?
tengok tuu, birthday kite mana dia ingat, dia ingat birthday Jaja je..
diam. tertusuk hatinya. dia cuma tersenyum. Shasha taktau.
err, birthday Jaja bila?
gelak lagi..
saje. dia pura-pura lupa. padahal dalam hatinya Tuhan saja yang tahu. sakit. tidak tahu sakit apa. rindu. atau mungkin terluka. entah..
ok la kak, kita jumpa lagi.. byee..
salam.
kalo ada pape bagitau tauu..
dia hanya mendengar jeritan 'ok' dari jauh dengan senyuman yang dilemparkan Shasha.
kawan-kawan dihampiri. hati berbelah bahagi. ditatap telefonnya. lama.
diam.
wey korang aku rasa nak balik laa.
bila semua sudah menyusun langkah. pulang. on laptop.
laman sosial fesbuk. enter. scroll. err. matanya tertancap pada satu gambar. dia masih seperti dulu. masih tidak berubah. tapi kenapa hari ini keluar pula ceritanya di news feed? biasanya tidak ada.

dia jadi bingung.
ya Allah, lupakan. lupakan aku tentang hal ini..

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...