paksa

#bismillah

aku pernah terbaca, baru-baru ni je, kat fesbuk, katanya lebih kurang begini  :

u can close your eyes to the things you refuse to see, but you cant close your heart for the things you refuse to feel

lantak la. quote nye betul ke idok tak pe la rasanya yang penting makna tu sampai. sebab blaja BEL (Basic English Language) masa part 3 madam kata kalo tiru sebijik-sebijik ayat dia salah. dikira plagiat. :3 (alasan nak tutup diri dah nyanyuk) so sebab tu la aku tukar ayat siket.. kira pharaprasing laaa.

okay back to the topic.

betul. sama ada kita atau dia. atau mereka. kita tak boleh paksa hati kita untuk rasa apa yang hati kita nak rasa. same goes, kita tak boleh paksa hati orang untuk rasa apa yang kita nak mereka rasa.
kalau suka, dah nak buat macam mana.
kalau benci ke menyampah ke sementelah lagi la kan..

so, point nya di sini ialah, hormatilah perasaan orang lain.

kalau orang tak suka sesuatu perkara atau cara, biarlah. hak dia.
cuma jika perkara yang dia benci tu satu perkara yang wajib dia suka,,
nah yang itu takpe kalo nak paksa. contoh la member tak suka solat. nah, itu wajar laa dipaksa.
di suruh.

tapi masih, ada batasan, ada hikmahnya yang perlu di titik beratkan..
tapi kalau kita dah suka kat orang pastu orang tak suka kat kite, taknak kawan dengan kita, menyampah dengan kite, yang tu mana bole paksa.
aiyoo.. parah laa kalo nak paksa kan.

dan kita, situasinya sama, kalau dah ada orang suka kat kite mana bole kita paksa suruh dia benci kat kite.

hati dia. dia bukan mintak pun kan. cuma di pihak kita, ada la beberapa perkara yang perlu kita jaga.
supaya dia tidak merasa kita memberikan dia harapan.

kecuali kalau kita memang nak beri dia harapan.

eh. termasuk tajuk lain pulak.

pendek kata, dalam hidup bermasyarakat ni, hormat menghormati dan saling memahami memang sangat penting. jap. boring kan guna ayat yang sameeeee jee..
dah biasa dah dengar ayat macam gitu.
konfem eh? are you sure?

ye lah. dah kalau takde angin masakan pokok bergoyang. kalau dah betul tu memang la orang akan ulang-ulang. ye, benda yang sama perlu di ulang sebab sekali cakap takmo dengar, taknak praktis.
degil.
semua degil.

pastu bila di ulang-ulang kata boring..

typical kan?

*kenyit mata ;)

Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_