dimensi_

kata pujangga, hidup ini ibarat roda, terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah.

kata pepatah arab :
yadul 'ulya khair minal yadul sufla
(tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang di bawah)

kata lagu nasyid hijjaz :
hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah
suram malam tak berbintang itulah lukisan alam..

kata aku :
bila kita di bawah, masa itu kita menerima.menerima pemberian dari segenap penjuru. terima dan terima sampai kadang-kdang rasa juga malu. malu kerana asyik menerima tapi tidak mampu untuk memberi sebagaimana kita menerima.

namun kadang-kadang kita tidak sedar, dalam kita menerima, dalam keterbatasan kita sebenarnya kita mampu memberi.

kerana pemberian selalunya tidak berkaitan dengan materi, atau duit. persembahkan budi yang baik, tutur kata yang sopan. hormat. itu juga memberi. kata pepatah melayu, orang berbudi kita berbahasa. kata pepatah inggeris : give and take.

simple.

tidak mengapa miskin harta asal jangan miskin budi bahasa. tidak mengapa tidak punya apa-apa asal lidah tahu dijaga. tidak mengapa kalau dicaci merata asal maruah terpelihara.

berbalik kepada cerita roda tadi, mungkin di fasa ini kita di fasa menerima. jadi, terimalah. seadanya. tanamkan azam dalam diri. jika sekarang kita tahu peritnya kita yang perlu menerima dan meminta saja, biarlah usaha tinggi sikit, lebih sikit daripada orang lain. supaya kelak di masa hadapan, kita pula jadi orang yang memberi dan tika itu, kita akan lebih ikhlas memberi, kerana kita sudah tahu jerihnya menerima.

:)

siiru 'ala baarakatillah (berjalanlah di atas keberkatan Allah), inshaallah

Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_