bismillahirrahmanirrahim..
'dipanggil' untuk membaca satu tulisan oleh seorang teman yang menyentuh perihal Pilihan Raya Kampus membuat saya turut terpanggil untuk memberi respon berkenaan kepimpinan. ialah, nak memilih apa lagi kalau bukan memilih pemimpin. hakikatnya, di mana pun kita, sama ada di sekolah rendah, menengah, alam universiti mahupun jika kita menjadi pemimpin dunia, asasnya sama saja. keperluan dan kemahirannya juga sama, cuma suasana dan cabaran saja yang berbeza. biasalah, makin dewasa, makin besar cabarannya. begitul juga dengan konsep beragama, semakin tinggi keimanan makin kuat lah cabaran yang perlu dihadapi.
baiklah.
kebanyakan orang menyebut perihal perbezaan pemimpin dan ketua. benar. lebih senang untuk menjadi seorang ketua berbanding menjadi seorang pemimpin. ketua, senang. arah-arah sahaja. untuk menjadi pemimpin ini yang menjadi cabaran. prosesnya mungkin panjang, malahan tidak pernah ada istilah habis belajar bagi mereka, atau kita-kta yang bercita-cita menjadi pemimpin.
apa nilai yang membezakan ketua dan pemimpin?
jawapannya dari pemerhatian saya ialah KERELAAN pengikut kita untuk mengikut arahan dan menjalankan tanggungjawab yang kita pinta mereka untuk laksanakan. nah.
bagaimana untuk menjadikan mereka rela?
jawapannya, mulakan dengan memimpin diri sendiri. tunjukkan contoh yang bagus. saya percaya anda pernah mendengar perkataan role model. benar, manusia itu tidak ada yang sempurna. tapi percayalah kita mampu untuk bergerak ke arah kesempurnaan itu. cuba. saya bawakan contoh, seperti di UiTM, pelajar perlu memakai pakaian yang mematuhi sahsiah rupa diri. bagaimana agaknya seorang pelajar biasa akan merasa rela untuk mematuhi peraturan universiti supaya berpakaian sekian-sekian andai katanya barisan pemimpin pelajar tidak mampu untuk mematuhinya?
benar. mungkin ada yang taat dan wala', ikut sahaja. tapi terimalah hakikat bahawa generasi zaman ini kebanyakannya suka memberontak. kalau tidak dimulakan oleh barisan kepimpinan, pasti kebanyakan mereka tidak akan melakukan perkara yang sama..
percayalah kata saya, kalau kita berada di jalan yang betul, dengan peribadi dan akhlak yang baik, maka kepercayaan, kerelaan dan segala macam 'ke' yang lain daripada subordinate kita secara percuma saja kita akan dapat.
cerita tentang kepercayaan.
amat dan terlalu penting dalam sesebuah organisasi. apabila hilangnya kepercayaan orang di bawah kita terhadap kita sebagai ketuanya maka hancurlah sebuah kepimpinan. bukan senang menambat hati dan meraih kepercayaan orang, namun percayalah juga betapa senangnya untuk satu kepercayaan itu hilang.
kepercayaan yang bagaimana? kepercayaan subordinate tentang kemampuan kita untuk memimpin mereka. kepercayaan mereka bahawa kita mampu melaksanakan apa yang kita kata (walk your talk). kepercayaan bahawa kita mampu melaksanakan apa sahaja. kepercayaan terhadap kemampuan organisasi.
kerana apa kepercayaan itu penting?
apabila mereka percaya kita mampu untuk memimpin, maka mereka rela dimpimpin. secara tidak langsung mereka akan lebih terbuka untuk menegur kesalahan atau bertukar pendapat. seterusnya, mereka akan percaya bahawa kita mampu melaksanakan apa yang kita kata. ini akan membawa kepada kerja yang berkualiti. bayangkan, jika kita yakin akan sesuatu pastinya kita akan membuat satu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. dan hasilnya pasti setimpal dengan usaha kita. apa dia? kejayaan. maka apabila adanyan kejayaan maka mereka akan mula yakin dan percaya terhadap kemampuan organisasi. dan proses ini akan berulang sendiri, ongoing.
dan apabila mereka telah seronok bekerja, tidak perlu di suruh, mereka akan buat sendiri. sekali lagi, percayalah. dan jika sebaliknya, jika diri kita pun orang tidak yakin dapat memimpin, bagaimana? jawabnya, anda putarkan saja fakta dari saya tadi. senang.
namun apa yang menyedihkan, daripada membiar kepercayaan itu terus subur, ramai yang memilih untuk tikam belakang. nah. ini satu topik lain yang telah saya kupas sebelum entry ini : klik sini.
seperkara lagi yang selalu menjadi perkaitan dengan pemimpin ialah akademik. tidak semua yang pandai itu mampu memimpin dan tidak semua pemimpin itu pandai. pandai di sini membawa maksud mendapat gred yang baik dalam peperiksaan. seringkali disalahkan sebuah kepimpinan yang membawa bersama banyak tanggungjawab dan seterusnya menjadi alasan bahawa mereka kesuntukan masa.
sebenarnya kepimpinan dan tanggungjawab itu tidak bersalah. yang salah itu kita. kerana kita kurang mahir mengurus. mengurus apa? mengurus emosi dan juga masa. dua elemen yang sangat penting.
cerita satu kisah benar, kepada yang tidak berminat boleh terus kepada perenggan kesimpulan :P
bukan mahu buka pekung di dada cuma berharap kisah ini mampu menjadi pengajaran. saya belajar daripada kesilapan saya. baik UPSR mahupun PMR keduanya saya berjaya mendapat semua A. rezeki juga, antara rakan-rakan sekolah yang lain saya lah antara yang menonjol dalam bidang kepimpinan. disebabkan itu, naik sahaja tingkatan empat, apa-apa jua porgram kepimpinan yang memerlukan wakil maka saya lah yang akan dihantar. lalu menyebabkan enam bulan pertama tingkatan empat, boleh kira dengan sempoa (nak kata kira dengan jari menipu pulak) berapa kali saja saya berada di dalam kelas. kalau tengok majalah sekolah, boleh dikatakan muka sayalah yang ada di setiap helai majalah, kelab itu kelab ini. macam-macam.
disebabkan itu, saya mula rasa down dan takdapat cath-up pelajaran. rasa terdesak, rasa terhimpit. bayangkan status pelajar straight A tiba-tiba gagal dalam peperiksaan matematik tambahan dan kimia. agak 'culture shock' saya ketika itu. silapnya saya tidak tahu bagaimana mengurus emosi saya. lain-lain, soal kepimpinan masih bagus *saya kira* cuma masalah pelajaran saaya mula putus asa dan tolak ke tepi.
dalam hati saya, aku tolong Tuhan, Tuhan tolong aku. ternyata teori saya salah ketika itu. Tuhan itu tidak akan ubah nasib kita kalau kita tidak ubah sendiri. saya hanya bertaklid ketika itu. saya mengharap bantuanNya tapi tidak ada pun sedikit usaha daripada diri saya, jadi jawab sendiri lah.
dan perkara ini berlarutan sehingga ke tingkatan lima. slilibus tingkatan empat pun tidak terjaga inikan nak masuk tingkatan lima. saya mula tidak selesa dengan pelajaran maka bagi saya biarlah yang saya kejar tidak dapat, asalkan jangan yang saya kendong berciciran. maka, saya tinggalkan pelajaran, pandang sebelah mata saja. cukup saja addmath dan kimia itu lulus. xde harapan. lebih baik saya fokus pada badan-badan yang saya pegang. itu hematnya, katanya la pada ketika itu, and last sekali, terima result spm. nah, agak sendiri lah berapa result saya. cuma alhamdulillah lulus spm dan alhamdulillah terima tawaran ke matrikulasi dan juga diploma. dan here i am, memutuskan untuk mengambil diploma. kenapa tidak matrik? kerana konsep saya, berpijaklah di bumi nyata.
bukan sekejap, lama masa yang saya ambil untuk pulih daripada trauma kegagalan. sehinggakan saya malas nak ambil tahu apa-apa tentang kepimpinan di universiti. saya sudah penat. saya kata, saya sudah insaf. lebih baik saya tumpukan pada pelajaran. buat apa terjun ke lubang yang sama dua kali. mulut senang kata, tapi naluri itu sukar dipadamkan. tidak melihat rasa nak lihat. kita sorok pun orang nampak. bagaimana? sukar. akhirnya saya terjebak juga dalam perihal kepimpinan ini di alam universiti, memang secara tidak sengaja.. namun, alang-alang sudah terjebak, takkan mahu diamkan saja? saya duduk kembali dan membuat perbandingan. saya belajar. dan bagi saya ini masanya untuk membuktikan bahawa yang salah itu kita bukan kerja-kerja berkaitan kepimpinan. dan alhamdulillah, setakat ini saya mencapai target (tolak saje cerita apa yang akan berlaku selepas ini-doakan yang baik saja)
dan satu kesimpulan dari saya : semakin sibuk kita, semakin kita tahu bagaimana menghargai dan memanfaatkan masa. benar. dan kesekian kalinya, percayalah kata saya. jika kita mahir menguruskan emosi dan masa kita nescaya kita mampu melakukan apa sahaja.
yang terakhir saya kira, dalam hal ini, lapangkanlah dada. kerana kita akn bertemu dengan pelbagai karenah manusia. ada yang kerja bersungguh-sungguh, ada yang tak reti tapi sanggup belajar, ada yang suka cakap belakang, ada seperti pahat dengan penukul. macam-macam. cuma yang perlu kita ingat, kekurangan dalam diri masing-masing itulah yang menjadikan kita saling memerlukan untuk saling melengkapi. berlapang dadalah, kerana dalam hal ukhuwah juga, berlapang dada merupakan taraf paling rendah.
dan bagaimana gamaknya mungkin kita dapat mewujudkan satu organisasi jika ukhwah tidak disemai?
akhir sekali nasihat saya,
sebelum anda terjebak dalam bidang seperti ini, ingat, sesungguhnya amanah itu satu penyesalan (innal amanah annadamah) . bila kita dipegang umpamanya satu kaki di syurga satu kaki lagi sudah di neraka. amanah itu satu perkara yang paling berat. jalankanlah dia dengan hati yang rela dan ikhlas, dan yang penting jangan malu bertanya. timbalah ilmu kerana syarat untuk memimpin ialah dipimpin.
semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment