Monday, October 21, 2013

:::: tikam belakang

assalamualaikum wbt..

dalam jangka masa terdekat ni, banyak kali saya dengar tentang kisah tikam belakang. ada la beberapa kawan yang mengalami kisah begini. dan mereka berkongsi kasih kisah mereka.

well said, sebenarnya tiada apa yang perlu dihairankan dalam kes ni. walaupun saya kurang faham kenapa manusia mesti ada sifat cemburu dan sifat mahu menjatuhkan. dan perkara yang paling sadis ialah apabila saling menjatuhkan sesama sendiri.

cerita kisah saya, tikam belakang setakat ni alhamdulillah.. cubaan selama ni setakat ni berjaya dipatahkan. pernah juga kena tapi nasib baik la dengan ilmu taekwondo yang saya ada, maka tak heran sangat la.. dia datang nak tikam tu kite dah rasa-rasa je macam ada orang kat belakang.. kita pusing kasi je balik back kick siket. pastu bersedia. pastu kasi siket lagi side kick dan slapping kick, double crescent kick siket, punch tiga kali, pipi kiri dan kanan, satu di perut. jatuhkan pihak lawan. lock movement. settle. haha.

acewah cakap besar.oke la..

 alhamdulillah setakat ni bagi kes saya, saya tidak pernah kena yang parah pun lagi.
kalau kena gayanya meletup gunung berapi kite taktau. hah. katanya.

baiklah kembali kepada topik perbincangan.
biasanya situasi ni terbahagi kepada beberapa kategori. sama ada yang sama taraf menikam belakang rakannya, atau yang lebih tinggi menikam belakang orang yang lebih rendah pangkatnya atau juga, yang mana kau kira jarang-jarang dan 'rare' la berlaku ialah yang bawah tikam belakang yang atas.

dan pastinya tikam belakang ni satu je motifnye : dendam atau tidak puas hati atau yang sewaktu dengannya.

tidak puas hati yang di pendam. itulah yang membawa kepada perkara berlarutan. apa salahnya jika ada perkara yang kita tidak puas hati kita suarakan terus? mungkin ada beberapa salah faham dalam pemahaman dan anggapan kita.. kerana manusia berbeza. dalam berkomunikasi secara tidak verbal (direct translation pon boleh) macam-macam perkara boleh menjadi haru-biru kalau kita gagal memahaminya. maka dengan itu, lebih eloklah jika kita bertanya untuk memastikan yang kita tidak salah faham. tanyakan sebab mengapa dan kenapa dia berkelakuan atau mengambil tindakan sebegitu. simple. dan jujur adalah elemen yang paling penting dalam hal ini.

pelik. kenapa mesti ada perasaan hasad dengki? mengapa mesti ada tidak puas hati.

mungkin sebab satu hakikat yang susah untuk diterima oleh kita semua bahawa setiap orang ada lebih dan kurangnya masing-masing. tapi sayang, biasanya kita selalu nampak kurang kita dan selalu nampak lebihnya orang lain. selalunya rezeki atau pun kelebihan mahupun kesenangan di pihak kita tidak nampak, tapi kesenangan dan kelebihan orang lain yang kita selalu nampak dan dengkikan -walaupun kadang-kadang pada hakikatnya kelebihan atau rezeki atau kesenangan kita lebih jauh banyak berbanding orang yang kita dengkikan. tidak bersyukur. mungkin itu ialah frasa yang paling tepat.

hidup bermasyarakat. hidup perlukan muafakat. jika tiada kesefahaman, jika alih-alih asyik nak cemburu, dengki sahaja punahlah muafakat kita.. bagaimana mahu hidup dalam sebuah masyarakat yang harmoni.
dan kebanyakannya lupa, bahawa hidup kita tidak boleh seperti kera sumbang. adalah harta sebanyak mana pun, atau sehebat manapun kita, hakikatnya kita masih perlukan orang lain untuk hidup.

saya analogikan..
benar. seorang yang kaya mampu makan sepinggan nasi dengan pelbagai lauk pauk yang sangat sedap. ada ayam golek. butter prawn, sotong paprik. hidangan penuh meja. jus tembikai.
namun, cuba kita lihat ke belakang. sekaya mana pun dia, tanpa petani dari mana lagi beras boleh di cari? tanpa penternak ayam bagaimana mahu makan ayam golek? tanpa nelayan bagaimana pula dia boleh merasa seafood?
tak usah cerita pasal orang gaji atau apa, yang penting hakikatnya hidup kita penuh dengan kebergantungan.
dan, walaupun mati kubur sendiri, agaknya boleh atau tidak mayat kita yang sudah mati mandi sendiri, solatkan diri sendiri dan uruskan jenazahnya sendiri?

senang.

jadi, mengapa lagi perlu kita semai dan manjakan sikap cemburu dan hasad dengki?
dan mengapa pula sampai kita sanggup menikam belakang teman sendiri?
kuat sangatkah kita? hebat sangatkah kita?
tidak berguna sangatkah teman kita itu?

apa juga jawapan anda, buatlah semahunya.
bicara tentang balasan, kalau tidak di dunia di akhirat itu pasti,

dan akhir sekali, percayakah kita karma itu ada?

renung-renungkan..

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...