#bismillahirrahmanirrahim
pernah satu masa saya dengki dan iri hati dengan mereka yang bekerja ikut 'office hour' . macam di tempat saya - Terengganu dan Kelantan- konfem, jumaat sabtu cuti. Pukul 8pagi masuk konfem pukul 5petang balik. Kadang-kadang saja lah balik lambat. tapi apakan daya di bidang saya sekarang ini bekerja tidaknya office hour, tapi bekerja shift.
sebut sajalah shift ada pukul 6pagi dah kena masuk, ada tu kena masuk pukul 11malam sampai 7pagi esoknya. tak kurang juga masuk jam 8malam habes kerja pukul 3 atau 4 pagi. kalau yang bekerja office hour biasanya mengadap komputer, baca-baca, kira-kira.. tapi yang ini kalau katakanlah shift 8jam, 8jam itulah berdiri. 8jam itulah ikut pandai la masa mana nak curi untuk solat, nak lepaskan lelah sekejap. nak makan. macam mana nak maintain senyuman. kalau kena maki, tahan sajalah.
cuba fikir jauh sedikit.
sekarang status single. ada keluarga, ibu ayah. cuti setakat sehari memang tak la nak balik kampung. nak dapat cuti dua hari jarang sekali, dapat cuti tiga hari memang sangat bertuah la. fikir jauh lagi sikit. okay, sekarang ni boleh la tahan lagi. tapi nanti bila sudah berumah tangga macam mana? kalau kena semingu direct kerja overnight? takke siang tido malam bkerja, lain lumrahnya dari orang lain. heh.
susah juga.
yup, ada pros and cons.
kalau kira benda boleh settle. timbang tara, dua-dua ada pros and cons. memanglah.
satu prinsip yang aku suka pegang, sepanjang pemerhatian, yang banyak kali diulang.
kalau nak kerja gaji besar takde life. yang ada cuma life masa bekerja itu lah. kalau kerja tension tension la kehidupan. kalau enjoy, enjoy la kehidupan.
industri foodservice memang sangtat memenatkan. kita penat tapi masih perlu memberikan layanan yang sempurna kepada orang lain.
*garu kepala*
entah lah..
susah lah nak fikir. haha. kadang-kadang maki juga manusia yang tak paham bahasa ni. hee.
so, untuk aturkan hidup di masa hadapan, buat gadis-gadis cantik dan ayu di luar sana, yang ada hasrat untuk berjaya dan berkerjaya namun tidak mengabaikan keluarga, fikir dan rancanglah masa depan anda.
------------------
No comments:
Post a Comment