dalam hidup aku, bukan senang aku nak jatuh sayang kat sesiapa pun
tapi yang parahnya bila aku jatuh sayang maka susah nak ambik balik sayang itu dari 'tempat jatuhnya'
itu yang betul-betul susah.
kebiasaannya ia akan diakhiri dengan satu kekesalan atau kekecewaan, baru lah aku akan memaksa diri untuk mengutip kembali sayang itu.
bercinta?
tidak pernah mengakui satu rasa cinta
bahkan aku tidak pernah merasai rasa cinta kepada kaum berlainan sehinggalah usia menginjak 20tahun
hah. lucu. okay lah sebelum membuka cerita tentang cinta ni rasanya mahu cerita tentang sayang yang lain.
sayang kan seorang teman.
betul. soal hati dan perasaan bukan senang nak dipupuk.
aku ada beberapa teman yang kelihatannya sayang sungguh pada aku, tapi sesayang mana pun dia kepada aku, aku tidak boleh memaksa diri untuk sayang mereka sepertimana mereka sayang aku.
berkawan, berkawanlah. soal sayang dan selesa bersama itu soal lain.
tapi yang pasti, setiap yang sayangkan aku, aku hargai perasaan mereka.
cuma satu harapan aku, sebagaimana aku tidak pernah memaksa mereka sayang sampai begitu sekali pada aku, jangan lah mereka memaksa aku untuk sayang kembali mereka sepertimana mereka sayangkan aku.
bukan tidak mahu, tapi fahamlah, soal hati perasaan tidak boleh dipaksa.
bukan tidak ada sayang, mungkin cuma tidak banyak.
baik lah. soal cinta.
biasalah, cinta itu fitrah. benar, aku tidak pernah bercinta dengan sesiapa, atau berkasih sayang dengan berlainan jantina. cuma tidak dinafikan, perasaan itu bagaimana juga pasti akan hadir.
lumrah dan fitrah. selama usia mengenali lelaki, di usia belasan tahun ya, aku pun jarang berjumpa mereka yang hebat-hebat biasanya jiran sebelah rumah tu biasa-biasa saja, hah, ataupun yang sudah lanjut usianya. cis. takkan la nak terpaut hati :P . tapi menginjak saja ke alam universiti barulah aku benar berhadapan dengan golongan ini. dan ada seseorang yang benar telah menarik hati aku.
ia. sekejap saja hati terpaut. tahu-tahu sudah jatuh sayang. tapi itu yang sakitya bila perasaan yang dipendam sukar untuk diterjemah. takut. dan rasanya tidak perlu diberitahu. bak kata najwa latif : biar aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu . atau mungkin juga individu tersebut, saya gelar saja Mr. Z (bukan nama sebenar, cuma mencipta kelainan, biasa orang guna A, B izinkan saya guna Z, hehh.. ) tahu. entahlah, tidak ada kepastian sebab tak pernah tanya. gile ape nak tanya :P . pada saya, biar saja masa yang menentukan. hidup masih panjang. kalau benar kisah ini ada sesuatu dan bakal berakhir dengan sebuah kesempurnaan, ia akan terjadi walau berjuta menghalang. cewah.
bukan tidak mahu usaha. orang kata, nanti dikebas orang. cuma pada hemat saya, saya cuma mengenalinya dari luaran sahaja. hati budi boleh dibaca, namun, dalam hal ini seeloknya jangan lah tergopoh gapah. if it is meant to be, then it is meant to be. kan? masa sekarang saya ambil untuk selami hati budinya, secara lebih telus. dari jauh, tidak lah telus mana. biarlah, asalkan at least ada figure sedikit.
saya akui, dahulu agak kuat perasaan saya pada dia. namun sekarang disebabkan beberapa perkara telah membuatkan saya rasa sedikit berjauh hati. atau dengan kata lain, merajuk dengannya. aduhai, main perasaan sorang-sorang parah juga. haha. tidak apa, proses menilai memang begini.
tunggu saja akhirnya. nanti kita tengok macam mana endingnya. are we meant to be or dia cuma salah satu karakter yang bakal mematangkan saya saja.
we'll see how ;)
No comments:
Post a Comment