assalamualaikum peeps. tawakkal. satu perkara yang sudah lama di cari gali. terserempak dengan satu post yang begitu menarik pada
“Burung-burung keluar pagi balik petang mencari rezeki. Tawakkal mereka kepada Allah begitu tinggi. Tiada pernah ku dengar burung menyimpan ulat hari ini untuk dimakan minggu hadapan. Percaya bahawa rezeki telah Allah tetapkan untuknya setiap hari. Kenapa aku tidak setawakkal itu?”
yeah. ini kiasan. bukan. bukan kiasan tapi ini satu perbandingan. jangan dilihat dengan mata kasar. lihat dengan mata hati. oke. nampak tak? tak? cuba lihat lagi, baca bismillah. eheh :3
hilang atau belum jumpa nilai tawakkal, itu persoalan yang perlu kita jawab sendiri.. P&C masing-masing la tu. pendek kata, kalau benar paras tawakkal kita di aras yang tinggi, tidak akan ada kegusaran. tidak ada keluh kesah. tidak ada patah semangat. tidak tidak dan tidak kepada perkara negatif yang menjatuh dan menggusarkan diri.
persoalan pertama dan utama : kenapa masih ada keluh kesah itu
jawapan nya : kerana tawakkal masih belum cukup.
pause.
tawakkal tu apa?
menyerahkan urusan kepada Allah setelah berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH
serah itu maknanya apa jua perkara yang berlaku selepas itu kita terima dan redha, takde ungkit mengungkit.
okai.
flashback. throwback. backhand. eh.
haa, buat lah apa yang patut.
No comments:
Post a Comment