we go for short.
apabila di tunjuk peta dunia, dan di tanda di atas peta tersebut lokasi di mana terdapat cawangan McD. jawapannya di seluruh dunia. dan di cerita, di buat kajian, setiap satu saat, purata 75 biji burger di jual di seluruh dunia.
*ambik nafass sambil lap peluh*
sambung lagi.
Store Manager bercerita tentang pengalaman beliau bekerja. katanya di bandingkan di fast food lain, gaji yang beliau dapat itu tidak berkemungkinan untuk di dapat (macam pelik je ayat ni) di tempat lain dengan jawatan seumpama itu, tapi gaji staff yang lebih tinggi baruu dapat gaji tu.
paham dak ayat belit-belit aku?
maksudnya, kalau di McD gaji Store Manager tu RM5k (tipu je ni, sebab berapa gaji ialah rahsia restoren) dengan kerjanya hanya urus satu store(cawangan) sahaja, tapi di tempat lain gaji amount yang sama jawatannya lagi tinggi, yang mana ber-store-store kena jaga.
alah, tengok crew biasa lah. gaji boleh cecah RM1k.
padahal, ade tu PMR je kelulusan.
ok. ada yang salah faham. bukan niat nak menjatuhkan standard, tapi vision di sini sangat jelas. McD tak perlukan mereka yang berkualifikasi tinggi untuk jadi Manager ke, bahkan jawatan yang lebih tinggi dari itu. tapi McD guna konsep : siapa yang rajin dan mahu bekerja maka mereka dapat, even PMR pun xlulus. McD guna konsep : siapa yang berusaha dia dapat. man jadda wa jada. and everybody deserve a second chance, every person can choose their own way.
satu lagi, McD juga ada kebajikan-kebajikan kepada masyarakat. contoh, kalau anda g beli McD kalau perasan ada tabung kecik, sumbangan kepada mereka yang memerlukan. itu tak tipu oke.
mereka tawarkan biasiswa. dan kepada crew2, macam-macam benefits mereka bagi.
worth la kalau ada setengah store yang kerja macam nak mati tu kan. pukul 3,4 pagi masih beratur panjang customer. haihh. xreti tido betul. tapi xpe, bagi store yang xputus manusia kunjung tiba tu, sales naik tinggi, allowances pun tinggi la-bagi yang berkelayakan untuk terima allowances.
satu fakta : perniagaan McDonalds hanya bermula dengan McDonald bersaudara beli mesin Shake. menu tika itu, shake, fries dan cheese burger. dan siapa tahu, sekarang McD melata di Malaysia bahkan di dunia. di Malaysia je dah ada 300++ McD, both franchisee dan juga Golden Arches. banyak tu branch tu.
baiklah. baru nak msuk point sebenar.
ewah,ada yang betulkan pingang tu :D
baiklah, begini. kita lihat saranan agama Islam, Nabi kata, perniagaan tu 9/10 daripada rezeki.
siapa buat?
orang bukan Islam pemilik McD ni. kalau ada franchisee yang open McD pun, still ada share beberapa percent yang dia kena bayar kepada McD.
2. jaga pekerja. satu kata-kata yang aku selalu dengar : take care of your workers, they will take care of your business. yeah, tengok, bagaimana McD menjaga pekerjanya.
3. uniform. dah sah orang lain tuan orang lain kuli, bila lagi orang kita yang nak buat satu perniagaan yang mampu bantu gadis-gadis dan wanita Muslim menutup aurat dengan sempurna?
4. bantu sesama saudara. they can do. hasil jualan mereka bagi orang biasiswa. bagi orang yang perlukan pembedahan/sakit kronik utk sembuh. eloknya jika ada golongan kita yang mampu tiru.
itu dulu. taknak bincang banyak-banyak lagi.
dan bila ada kempen, boikot McD sebab sumbang kepada Israel/ sewaku dengannya.komen aku : memang la dia menyumbang dah tu geng dia.
tapi sedarkah kita dia juga menyumbang kepada berapa ramai Islam yang bekerja sebagai crew McD, gaji makan pakainya daripada sumber rezeki itu? berapa ramai yang dapat biasiswa McD? berapa insan yang sudah jalani kehidupan biasa dengan aktiviti welfare McD?
jangan salah faham, ni bukan nak back up musuh agama, tapi cuba fikir.
mungkin kita perlu bergerak lagi agresif selain buat boikot. kalau boikot, McD di Malaysia je yang tak jalan- kalau jadi la kan.
lebih baik lah kita berusaha provide something, penuhi fardhu kifayah, untuk bantu umat Islam.
mencegah mudarat itu ada banyak jenis. antaranya :
1. hilangkan terus mudarat.
2. memilih satu alternatif yang mudaratnya lebih kecil untuk menghilangkan mudarat yang lebih besar.
betul, kebaikan sebesar zarah pun Tuhan pandang. tapi takkan selama-lamanya kita nak menyumbang yang sebesar zarah. lupakah kita yang kita diseru supaya menjadi yang lebih baik dari semalam?
jadi apa kata kita mulakan usaha. jangan menuding jari ke arah orang lain. cuba tanya diri kita, kenapa kesalahan itu berlaku.
shall we?
No comments:
Post a Comment