Tuesday, April 29, 2014

::kemahuan yang tidak dipenuhi

bismillahirrahmanirrahim..

bila kita di satu situasi, di mana, bila keinginan atau harapan kita sering kali tidak dapat dipenuhi.
sedangkan bila yang lain meminta senang sahaja permintaan individu tersebut tertunai.

ada dua respon terhadap situasi seumpama ini, adakah kita akan berhenti meminta, dan berusaha dengan cara sendiri
atau anda mungkin akan bertindak lebih ganas, iaitu dengan memaksa pihak yang terbabit supaya memberikannya juga kepada anda walau dengan apa jua cara sekalipun.

yeah, cara kedua nampak lebih agresif dan taknak kalah. mungkin akan disalah tafsir sebagai memberontak. dan cara pertama pula ada beberapa situasi yang nampaknya macam makan dalam (bagi mereka yang memandang negatif terhadap anda) dan kelihatan baik dan soleh (bagi mereka yang bersangka baik dengan anda). maka persetankan apa pandangan orang terhadap anda, mari baca isi seterusnya. ewah. paksaan! 

ehem. untuk memberi respon ni bergantung la kepada, kepada siapa kita tengah meminta. dan bagaimana pula keadaannya peribadi si pemberi tersebut. lihat juga apa kepentingan semasa kita. kenapa kita perlu meminta pada tika dan masa itu.

baiklah, saya bagi contoh la kan. kita mintak duit 20sen daripada ibu kita. ibu tak bagi sebab kita nak beli cakelat. adik kita mintak duit RM5 daripada ibu kita, ya, ibu yang sama, amaun yang jauh lebih banyak, tapi ibu bagi kepada adik, kenapa? sebab adik nak beli buku latihan. di masa ini reaksi yang seharusnya ialah kita berhenti meminta dan usaha sendiri. 
tapi di satu situasi lain, iaitu, kita minta 20sen untuk beli cakelat dan adik kita pun minta 20sen untuk beli cakelat. ibu bagi kepada adik, tetapi tidak bagi kepada kita. 
okay, baiklah saya tertinggal satu step tadi iaitu : mungkin kita perlu cermin diri sendiri. kenapa ibu tidak bagi? adakah kerana kita obese dan ibu tidak mahu kita bertambah gemuk. atau mungkin ibu sayangkan kita dan kurang sayangkan adik. aik? ye lah.. doktor gigi kan kate makan cakelat rosak gigi.. so,, ibu kita taknak la gigi kita rosak, tapi gigi adik kita tu biarlah. oh ye. mungkin dalam satu situasi lain, ibu kita cuma ada sehengget masa tu (duit kecik), nak beli lauk 80sen, pastu baki 20sen je. adik kita kalau xkasi dia akan nanges kuat2 sebab xberapa cerdik lagi, tapi kita ibu xbagi sebab ibu tahu kita bijak.

okay, lepas cermin diri sendiri tu maka sendiri tahulah apa reaksi yang patut dilakukan kan? sama ada nak mintak jugak, or just, mengalah. 

and as for me, lebih baik berhenti meminta dan usaha lah sendiri. atleast di kemudian hari, kita xberhutang budi yang banyak kepada orang lain. orang hutang dengan kita takpe, jangan kita yang hutang orang lain. jangan kita yang menyusahkan. jangan. jangan ajar diri makan terlalu banyak budi. selagi ada usaha, maka usahalah sendiri. ternyata nanti kita akan tersenyum bangga sebab semua usaha sendiri.
ok. tipu.
bukan semua. dalam berusaha tu mestilah ada jugak meminta tolong daripada orang lain kan.. yang tu ok la siket daripada semua bnda nak kena suap. semua benda nak kena mintak, tak retireti nak usaha sendiri. kan.

bukan nak berlagak bagus, bukan juga nak menyombong atau jauh sekali makan dalam (walau hakikatnya kadang-kadang rasa sakit hati dan TERmakan dalam juga) tapi sedaya upaya cuba semat dalam hati : biarlah kalau orang tidak mahu memberi, tidak adalah kita terlalu banyak menerima, apakata kita cuba usaha sendiri. hari ini mungkin sakit, sakit hati esok lusa pasti senyum sendiri. 

orang bersyukur selalu memberi, orang kufur simpan sendiri-Habib Ali Zainal

tak salah jika kita tidak menjadi yang menerima pun, sebab yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. semoga dengan usaha kita pada hari ini akan menjadikan kita seorang yang bisa memberi di kemudian hari.

mana plaster? nak tampal luka dalam hati ni. 

salamullah 'alaikum, siiru 'ala barakatillah.

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...