Friday, May 30, 2014

UiTM (TERENGGANU) Resort Campus ::

bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum wbt. 

yeah. hari ini nak bercerita tentang my beloved resort campus : UiTM (Terengganu) la memandangkan aku enjoy gile menjalani kehidupan sebagai siswi diploma yang berjaya (ye ke? ) di sini. hehe. memandangkan aku ni takde la sumbangan nak diberikan kepada kampus, maka semoga ini berjaya menyumbang mempopularkan kampus aku. ewah. macam la belog aku ni popular sgt. :P takpe la. kita perasan sikit yea. 

taknak la cerita benda sejarah-sejarah. yang tu korang gugel la. nak cerita benda fun-fun yang korang takle gugel je. tapi sebelum itu, nah,, aku sajikan korang dengan gambar-gambar yang bakal membuka selera korang utk baca post ni, (gambar dari fon cikai aku je, abaikan kualitinya) taknak caption sbb malas nak suruh korang throwback/cari sendiri mane lokasi gambar ni. 










































OVERALL KAWASAN KAMPUS :

besar dan luas. bagi aku yang sedikit jakun ni sebab masa sekolah dulu kawasan sekolah aku tak besar, takde padang besar dan di tengah-tengah bandar, maka aku agak culture chock sikit la bila sampai di kampus aku ni. depan laut, tengah ada sungai ke tasik ke entah la pastu belakangnya bukit. suasana yang saaaaaaaaaaaangat damai dan tenang dan jauh dari hiruk pikuk kota. ewah. sebelah kampus ni ada taman rekreasi. kitorang panggil iCity sbb dia ada bendalah macam lampu-lampu bentuk rusa gitu lah. seronok jugak joging situ. tapi siswa siswi sini yang rajin berjoging tu kadang2 joging je dalam area kampus. sebab nya dah mmg macam resort dah dalam kampus. kera bergayutan, khinzir menari-nari ballet, tupai melompat-lompat, burung berterbangan dengan riang, memerang buat renang berirama, reriang dengan riangnya masuk ke bilik-bilik dan berterbangan dan macam-macam spesies lagi la. eco-friendly and selamat didiami. haiwan-haiwan tu (yang paling menakutkan ialah khinzir dan kera) actually x seram sangat. korang jangan memain, sebab dorang tu lagi lama menuntut ilmu di kampus ni, so semua tu macam educated la. bukan haiwan hutan sembarangan! gituu. dorang keluar pun mane nak kacau kita. sopan je semuanya. yang nakal sikit geng Mr. Ra (baca : kera) la. tapi no worries, selagi anda xsepah makanan merata-rata dorang xkan ganggu. hehe. kebersihan amalan mulia. thee.

KOLEJ KEDIAMAN :
pelajar semester 1, wajib akan dapat kolej, di mana kolejnya nama Redang, kawasan tasik. di belakang kawasan bukit. Redang ada 5 blok. di mana situasi latest yang aku tahu redang 2 merupakan redang siswa manakala redang 1, 3-5 merupakan redang siswi. kalau ada lambakan pelajar maka pelajar baru ni akan ditempatkan di kolej tenggol. yang mana tenggol ni pula ada dua blok, tenggol A(siswi) dan tenggol B (siswa).  kolej last sekali di kawasan tasik ialah gemia. haa yang ni saaangat di belakang kampus dan suasananya mmg xde orang nak ganggu la. gemia ada 3 blok. biasa di huni oleh pelajar MDAB, geng PALAPES, dan juga degree. seterusnya kolej di kawasan pantai. kolej kapas satu blok sahaja (dikenali sebagai kolej utk pelajar sakit siswi sahaja) kemudian kolej Duyung dan perhentian (masing-masing dua blok, A dan B, satu block siswa dan satu block siswi). 


SIAPA YANG AKAN MENETAP DI KOLEJ?
satu kesulitan di pihak pengurusan bila student ramai namun apakan daya, kita takde kawasan yang luas utk menampung, letak semua pelajar di kolej. so, hanya pelajar tertentu sahaja yang akan dapat tempat di kolej. konsep di sini, pelajar yang memberi sumbangan kepada kampus sahaja yang akan mendapat tempat di kolej. bagaimana? sama ada mereka menyertai kelab persatuan yang aktif, atau menjadi wakil universiti sebagai atlet, kebudayaan atau menyertai mana-mana acara yang mengangkat nama universiti, atau aktif dalam apa-apa kegiatan universiti. pengurusan kolej turut menyediakan kolej bagi pelajar yang sakit, di kolej kapas. hanya siswi yang sakit sahaja di situ, jika ada kekosongan baru la di buka kepada siswi lain. manakala siswa yang sakit pula berada di kolej perhentian. sepanjang diploma, aku lihat dan sangat memahami trauma pihak pengurusan kolej setiap kali sem baru bermula. ye la, kalau ikut hati dorang semua student nak letak dalam kolej, tapi tak muat, so terpaksa lah pilih dan membuat beberapa kelayakan utk student2 tertentu sahaja mendapat kemudahan kolej yang semua orang tahu UITM punya kolej utk diploma ialah FREE OF CHARGE! konsepnya sama sajalah denagn pelajar degree. lebih kurang, sama tapi tidak serupa. 


degree ni dia ada bayaran, RM200++ gitu untuk satu sem. walaupun jumlah pelajar degree tidak seramai pelajar diploma still, tak semua boleh sumbat masuk kolej sbb sistem akademik yang akan clash, di mana akan ada masa, degree dan diploma keduanya ada kelas dan berada di kampus. so, still xmuat. kiranya, cerita senang degree ni sunyi la kolej masa diploma bercuti sem. dan kolej akan sangat penuh masa diploma masuk balik sem. so, saranan aku kepada mereka yang nak stay jimat dan duduk di kolej, senang mengakses ke mna sahaja kawasan kampus, sumbang la sesuatu kpd universiti. hehe. pilih la kelab persatuan yang aktif dan bergiat aktiflah. ha, gtu. 

DI MANA MEREKA YANG TIDAK DAPAT KOLEJ?
jangan risau, kita di sini ada unit pengurusan kolej dan unit pengurusan non-residence. pelajar yang tak dapat kolej, walau tak dok dalam still dalam pengawasan dan penjagaan pihak pentadbiran lah. semua yang duk luar kena daftar di pejabat Non Residence (NR) supaya pihak pengurusan boleh hantar geng peronda utk pastikan keselamatan pelajar masih terjaga walaupun tidak berada dalam kawasan kampus. selain itu, bagi yang mendaftar juga akan memudahkan mereka untuk guna perkhidmatan bas uitm, yang mana akan lalu di kawasan2 yang ada student menyewa. baik kan uitm? cuma sewa rumah tu hang bayo la sendiri. hehe.

PENGANGKUTAN.
kenderaan sendiri (moto dan kete)  hanya boleh di bawa oleh individu2 tertentu, yang mempunyai jawatan tertentu. sebabnya, dungun ni kan resort campus, green campus, so kenderaan yang menggunakan minyak petrol dan mencemarkan alam ni mestilah dihadkan penggunaannya. student kite sini naik beskal atau jalan kaki jee. aman damai kampus. tapi dibenarkan lah bagi pelajar yang non-residence utk bawa kenderaan. tapi still, sesiapa yang membawa kenderaan masih perlu mendapatkan sticker kampus dan menghadiri beberapa taklimat sebelum dibenarkan membawa kenderaan, utk memastikan takde laa yang buat macam2 kan. bagi yang takde kenderaan sendiri, kalo nak ke bandar ke, makan McD ke Kepci ke anda boleh ler naik kenderaan under uitm, kami panggil van kunyit. alaaa bas sekolah yang warna kuning tu. haha. best woo, macam naik roller coaster. biasa ke bandar dia akan charge RM2 la. kalau kita nak ke mane2 pun, bagitau je pakcik bawak van, dorang akan bawak dan jangan risau, harga akan di-charge ikut jaraknye. walaupun begitu, still di bawah pemantauan pengurusan. van kunyit ni gak biasanya geng NR akan ada no.fon pakcik2 tertentu in case dorang lewat dan tak sempat naik bas uitm yang disediakan. penting ada no fon pakcik2 ni, kot2 la kita turun bas ke nak balik kampus tgh malam kan, so, call je la pakcik mintak tolong datang ambil. so, settle hal pengangkutan.

PENTADBIRAN
memang pentadbiran di pejabat mana-mana pun, naik pengurusan tertinggi (masa aku masih di bawah Rektor dan timbalan2 rektor), pejabat Hal Ehwal Akademik (HEA), Hal Ehwal Pelajar (HEP), Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), unit pengurusan kolej (UPK), Unit NR, Polis Bantuan, semua la, semua nya baik-baik, bertanggungjawab dan kerja dorang mmg sangat tiptop lah. puji and double thumbs up!

SUASANA KAMPUS 
sangat meriah. silence hour pukul 11. tapi, kebiasaannya student sini sangat aktif. kebudayaan dengan kebudayaan, brassband dgn brassband, dikir barat, debat, persatuan kelab dengan mesyuarat masing2, biasanya pukul 1,2 pagi tu student masih lagi aktif. silence hour cuma di kawasan kolej sahaja lah. tempat2 yang 'diiktiraf', seperti bilik gerakan/mesyuarat masing2 semua boleh di akses 24hrs. student gak kadang2 kul 1,2 pagi tu masih main futsal lagi. takpe, pentadbiran xpernah halang selagi kawasan kolej jangan bising dan students hanya berada di kawasan yang dibenarkan akses 24jam sahaja. meriah dan nothing to be afraid of. pegawai kolej 24 hours, polis bantuan dan yang paling bagus Timbalan Rektor HEP masa aku di sana pun suka sgt round kampus walau dah pukul 2,3 pagi. nampak tak betapa kami terjaga dengan rapi? fun.. suasana kampus yang saaangat seronok. nah, sedikit keseronokan yang aku lalui :







enjoy tak? tak? haha. takpe faham. hanya hati budi pelajar fakulti hotel je akan faham betapa enjoynya aku dalam gambar-gambar ni. muaha.

SAMBUTAN ACARA/PERAYAAN
memang akan ada. dan biasanya kampus selalu meriah dengan pelbagai program wajiib universiti serta program wajib kelab dan persatuan. biasanya masing2 akan cuba sompete utk buat event yang berguna dan bagus utk input pelajar dan kepimpinan kelab mereka.

KAWASAN SEKITAR 
macam iols cakap tadi, depan pantai, hujung tasik, tengah sungai/tasik, belakang bukit, sebelahnya taman rekrasi. bila2 masa anda nak release tensio. (tapi xde la sampai tgh malam kan), just feel free to go there. best. kedai makan pun banyak tepi pantai. serius best dan kalau dah tension melampau tu, pilih je nak g mane. dalam kampus pun ada satu tempat nama kem gemia (dekat area kolej gemia). situ budak2 sekolah suka sgt camping. situ pun lawa dan tenang. 

WARGA UiTM (TERENGGANU)
pihak pengurusan, lecturer, staff, students semua ramah2, susah la nak dengar atau jumpa student yang bergaduh besar gile sesame masing2. semuanya hidup dalam keadaan aman dan harmoni. berkawan baik kot dengan semua, bukan setakat dgn manusia, keranya, memerangnya, hantu-hantunya haa gitu. haha. melampau gak aku ni punya perbandingan :P

so, itu la sahaja yang aku nak cerita. semua best2 kan? yang tak best nya tak cerita sebab bagi aku tak pernah pulak ada pengalaman tak best sepanjang belajar kat sana. tak tipu dan takde orang rasuah aku suruh tulis entry ni. hehe. serius best! 
so, kepada yang bakal belajar di sana, selamat menikmati suasana indah resort campus. kepada alumni yang sudah grad dan tinggal kampus, bila ada masa mari lah kita pulang ke kampus kita! 

akhir kata, macam biasa abaikan typo jika ada dan sebuah quote yang famous dalam kalangan kami : MOHON MEROYAN ! ( cc : Tuan TR HEP, En. Azahari)

7 comments:

  1. dlm byk2 gambar,gambar yg bawah skali tu buat rasa teruja,sedih,rindu n semua lah..rindu nk serving..

    ReplyDelete
  2. Rindu nyaaaa ..uitm dungun dihati ♥

    ReplyDelete
  3. saya dapat degree pengurusan perkhidmatan makanan kat uitm dungn. :) bertambah excited bila baca blog awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii.. congratulations! nanti kalo jumpa kite kat kampus tegur-tegur la ya ;)

      see youu~

      Delete
  4. Satu bilik ade bpe katil? Tlong jwab ye :)

    ReplyDelete

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...