Sunday, December 28, 2014

::Pulanglah Bangsaku

Manusia lupa Tuhan Maha Kuasa. Berjaya atau tidak, senang atau susah, segala sesuatu yang berlaku semuanya atas keizinanNya. Bencana alam, musibah negara atau apa sahaja. Apa yang berlaku, semua sesuatu yang tidak kena ada sahaja orang yang ingin disalahkan. Dituduh. Dan dipertanggungjawabkan.
Sedangkan hidup ummah itu bersama. Seharusnya bersatu. Bukan menuding jari tapi bangkit bersatu dan bekerjasama. Muhasabah diri. Itu yang seharusnya. Bukannya mencari salah siapa. Bukannya mencipta teori dan menyebar fitnah durjana. Malangnya bagi satu peradaban dunia, apabila terjadi sahaja bencana atau apa sahaja musibah terhadap Negara, bukannya mahu saling menenangkan, tapi suka mereka cerita, menyebar fitnah supaya keadaan kelihatan teruk. Sensitiviti keluarga dan saudara tidak di ambil kira. Atas kepentingan apa satu fitnah dan cerita buruk direka?
Menangguk di air keruh. Bukannya mahu memberi sokongan kepada Negara, namun masa musibah dan bencana, rata-rata mengambil peluang untuk menjatuhkan Negara sendiri, tanpa mengira kesannya perbuatan mereka. Sungguh, pentingkan diri sendiri!
Mereka rasa merekalah yang pakar dalam semua perkara. Bercakap tiada dasar. Tiada bukti. Main ikut-ikut sahaja. Tanpa sedar mereka mempamerkan kebodohan sendiri. Semuanya demi kepentingan sendiri, dan yang lagi menyedihkan mereka pun tidak tahu bahawa mereka berjuang atas dasar apa. Tidak ada pendirian. Mudah terpengaruh. Mudah percaya. Di mana nilai ilmu sehingga manusia sanggup menerima bulat-bulat sesuatu perkara tanpa menyiasatnya terlebih dahulu?
Oh. Zaman fitnah berleluasa. Mungkin ada yang cuba mencari. Tapi dunia bergelumang dengan pembohongan demi pembohongan. Korupsi. Entah mana maklumat yang boleh dipercaya dan mana yang tidak. Dan rata-ratanya tidak. Hanya akal dan budi sahaja yang tinggal untuk membezakan mana fakta dan mana auta. Tapi sayang seribu kali sayang, manusia sudah tidak punya akal yang waras untuk membezakan semua itu. Aduh, generasiku..
Kesatuan dan semangat persaudaraan pudar. Cakna akan saudara sebangsa, seagama semakin sirna. “Di kampung-kampung masih ada semangat persaudaraan dan cakna”. Aku yang menulis orang kampung. Yang ada semangat di kampong sekarang ialah semangat mengumpat, mengata dan menyebar cerita. Hasad dengki. Bertanya khabar konon ambil berat tapi sebaliknya. Kalau ceritanya sebesar lalat, yang sampai di akhirnya sebesar garuda. Tidak. Tidak. Sudah tidak ada semangat kekitaan itu.  Nilai murni itu nyata memang semakin sirna.
Bukanlah aku mahu menjadi terlalu negatif. Melihat segala sesuatu dengan persepsi buruk. Tidak. Tapi terimalah kenyataan bangsaku, bangsaku kamu semakin teruk. Bangsaku semakin rosak. Ya. Masih ada segelintir yang masih berada di jalan yang betul. Ada. Tapi golongan minoriti ini hilang kudratnya diserang amukan membabi-buta golongan yang sudah tertutup mata hatinya. Seolah berputus asa dan menyangka tidak ada lagi gunanya mereka berbuat apa.
Duhai bangsaku, bukalah mata! Kita masih punya peluang. Sebuah peluang yang menanti untuk direbut.
Sayu melihat dunia sekarang. Dunia terlalu kejam atau aku yang terlalu naif menafsir dunia? Kerana menyangka benda yang baik-baik sahaja maka akukah seorang yang terkejut melihat betapa kejam wajah sebenar isinya dunia?
Mencari kekuatan dan kemurnian hidup yang hilang. Kita hilang arah. Kita hilang tujuan. Lupakah kita tujuan utama kita diturunkan ke dunia? Lupakah kita destinasi akhir kita ialah akhirat. Akhirat yang seharusnya kita kejar. Yang kita fokus padanya. Bukan dunia. Bukan. Bukan dunia.
Sampai bila generasiku mahu begini? Ayuh bangsaku, tiada jalan selamat. Tiada jalan benar yang lain melainkan pulang ke pangkuan TuhanMu.


Pulanglah bangsa dan generasiku. Pulanglah pada TuhanMu yang satu. 

Thursday, December 25, 2014

::positive kaching kachinggggg

beberapa hari lepas aku ter-meletakkan diri aku dalam keadaan dan pemikiran negatif. taktau lah setan apa yang merasuk, ke masalah hormon tak stabil tengah period ke (perlu ke bagitau semua aku tgh period?), aku pun tak pasti apa masalahnya sampai rasa negatif gile. serius.

musim study week kan, dua hari tak sentuh buku dengan tahap takde pape dalam kepala was the very bad thing ever. dengan stress, lagi lah tak boleh belajar. hati dok asyik fikir negatif like :
what if I fail?
what if GPA rendah sem ni?
what if aku tersalah tengok jadual?
what if, aku tak boleh jawab soalan nanti?

semua what if what if.

habes tension. habes hilang fokus, habes satu benda tak jadi apa. 

baca satu ayat pun tak lepas. biasa aku nak termenung melihat ke luar jendela, bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa.. ehh, aish ter-menyanyi pulak. 

biasanya sempat la habes satu perenggan kalau nak berangan pun. tapi kali ni memang,,,,,,, ish, teruk lah. kan. 

because of what? sebab aku dah set benda2 negatif dalam kepala hotak ni haaa. 

and what did I do? the day after that instead of terperap dalam bilik sebab malas nak redah hujan ribut, aku keluar jugak. once get outside of le room tu barulah otak ni rasa positif sikit. 

one by one kemelut dalam otak ni cuba diselesaikan and its work within few hours! PM for best price

and then aku start untuk menjadi positif balik and here I am, akhirnya habes jugak target misi dan visi setakat mana nak study within time..

kes ni sama la dengan topik hangat semasa sekarang ni yakni : banjir. 

yang dok spread rumors tu satu hal. yang asyik nak tambah perasa dalam cerita tu satu hal. yang dok melalak lalak kat fesbuk satu hal. kamon lah. ni kerjaan Tuhan. nak marah ke? nak sedih ke? Tuhan bagi ujian dia nak dengar kau merintih dengan dia, bukan dekat fesbuk (okay aku pun pernah buat). 

But please just stop the unnecesessary thing yang akan buat orang risau. update tu bagus, tapi xperlu la dalam nada yang merisaukan sangat. okay lepas ni aku kena banned sebab tak sensitip dengan perasaan mangsa banjir. 

kamon la, umi aku kat kampung tu pun mangsa banjir. teruk jugak keadaannya. cuma x pindah lagi sebab rumah kami satu side tinggi satu side rendah. yang side rendah tu memang dah naik air. air makin naik ni, kalau keluar rumah sah kena berpelampung bagi yang tak gheti berenang tu. tapi bila call takde la mak aku nak menanges-nanges risau. umi aku chill je. aku pun penipu lah kalau kata tak ghisau, dah tu aku nak buat ape? on fon 24 jam dengan mak aku? call dia sokmo-sokmo supaya dapat menyerabutkan lagi kepala dia? no, it is better to raise ur hand up, put ur heart down and ask Allah to help and protect them. definitely thats what we should do. 

"umi tahu umi xpandai berenang, jadi banjir ni umi dok dlm rumah je, x g mane2"
she said when I say something like : take care.
thats my mum. stay cool walau rumah nak "tenggelam". tak pernah nak menambah risau orang lain.
because she knows, kalau rumah tenggelam, ade la orang datang bagi bantuan. she knows kalo rosak barang letrik ke perabot nanti ade la anak dia belikan baru. and she have faith that esok lusa surutlah air nye. kalo x surut kita pindah rumah baru. keh.
and again ladies and gents, tak perlu nak merisaukan orang lain. spread the positive vibes.

**sedutan status fesbuk aku*

so dude, lets just put your positive vibes. turn off the negative one. u will see that every single thing is wonderful and not torturing you at all. enjoy every seconds of the problems and u'll see the sun shining in your everyday life. 

pui. berlagak hebat sastera english. chow. errr..... chau. cau. 

umph 
entahlah macam mana ejanya. 

korang faham kan ape aku nak cakap?

okay case close. cakap tataaa je la senang. 

Wednesday, December 17, 2014

::: terlepas pandang

bismillahirrahmanirrahim..

kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang untuk bersyukur.

sebagai contoh, tulisan tangan atau pun "handrwriting" kita. cikgu tadika ke, cikgu universiti (baca : pensyarah) kita boleh pesan, jawab exam, final exam tu tulisan bagi besar sikit, tulisan kasi lawa sikit, bagi kemas,  bagi cun dan sebagainya. tapi kalau dah tulisan kita macam tu, tambah pulak nak kejar masa, belum campur faktor sejuk terketar-ketar dalam dewan, faktor last mint baru teringat "point" dan sebagainya tu, tulisan memang hancur. Its a gift kepada mereka yang tulisan cantik secara semulajadinya.

jadi, kepada yang bertulisan cantik, sudahkah anda bersyukur?

lagi satu, rupa paras kita. kalau yang memang dilahirkan putih gebu kulit xde masalah tu memang elok la. macam saya ni. pastu kalau yang memang kulit sensitif, kulit gelap dah habes bertong-tong vitamin C telan tak putih-putih juge tu?

the point is, terlalu banyak benda yang kita terlepas pandang untuk bersyukur. 

kadang-kadang kita terlalu tidak berpuas hati dengan apa yang kita dapat.

apa yang kita tak ada,tak salah kita usaha nak dapatkan. sebagai contoh, tak salah nak cuba cantikkan tulisan. bagus la kan. sekurang-kurangnya takde la pemeriksa kertas tu pening kepala nak baca tulisan dan jawapan kita kan. usaha dan usaha.

tapi, yang salahnya, kalau kita seolah-olah lupa dan tak reti nak bersyukur. tak dapat satu benda, terus lupa nikmat-nikmat lain dalam tangan kita.

kiasan hidup ibarat roda. kalau kita berjaya atau senang, itu bukan pengakhiran. kalau kita gagal atau susah, itu juga bukan pengakhiran.

teruskanlah usaha.
jangan mendabik dada
jangan dok koya sangat.

dah la akak dah takde modal. kbye.

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...