Bismillahirrahmanirrahim.
Sang bijak pandai akan berkata, kena jaga pemakanan. Makan buah-buahan yang segar. Jangan lupa ambil sayuran. Makan protein secukupnya. Makanan organik lagi baik daripada makanan yang menggunakan bahan kimia. Ambil supplement untuk menjamin kesihatan. Datang lah ke klinik untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara berkala, dan sebagainya.
Tapi pada hakikatnya, buah-buahan, harganya mahal. Sayuran, pun sama. Protein, ayam, ikan, daging. Pun mahal. Makanan organik, nah, 3kali ganda mahal daripada tanaman biasa. Supplement, beratus ringgit. Nak pergi klinik, pun memerlukan kos.
Baiklah, anda boleh kata, buah, makan aje lah buah-buahan kampung, yang boleh tanam sendiri. Ya. Bagi mereka yang ada tanah, atau berumah di atas tanah, bagaimana mereka yang tinggal di flat biasa? Di mana mahu berkebun?
Itu satu keadaan.
Satu keadaan lagi, seperti contoh sebagai seorang pelajar. Pelajar di saran makan benda yang baik untuk otak. Kismis, pantang ada kena bacaan AlQuran, jual mahal, kekacang-sebagai contoh Pistachio, pun mahal. Katakanlah situasi rakan saya hari ini, mesin ATM rosak dan beliau cuma ada RM2 di dalam beg duitnya. Kalau nak beli roti sandwich, Gardenia yang kecil dah harganya RM2.40. Tak cukup. Kalau beli maggi, dah boleh dua. Makan di kedai makan, semakin hari semakin mahal. Kdang-kadang, kualiti dan rasa makanan jauh lebih murah makan di McDonalds daripada makan di warung tepi jalan.
Ini keadaan kedua.
Kepada yang tersalah faham, post ini bukan untuk tujuan mengecam mana-mana pihak.
Yang mahu saya ketengahkan ialah, untuk mendapat kehidupan yang berkualiti, semuanya memerlukan kos yang bukan sedikit. Dan kadang kala saya terfikir, apa yang saya boleh lakukan untuk cuba menangani masalah sebegini.
Saya tahu, kalau saya katakan semua orang perlu bekerja keras, perlu belajar dengan baik untuk kerja dapat gaji yang banyak, persoalannya, sekeras mana lagi kita perlu bekerja. Dan persoalan seterusnya, jika semua universiti mampu melahirkan graduan yang baik, di mana peluang pekerjaan atau mencari rezeki menjadi sama taraf? Jawatan yang baik bukan nya ada cukup untuk semua orang. Semua orang pun perlu berebut untuk mendapatkan yang terbaik.
Jadi, bagaimana?
No comments:
Post a Comment