bismillahirrahmanirrahim..
sekali lagi, dunia yang tidak adil selalu menilai dari satu pihak sahaja. rata-rata hari ini kita dengar, rungutan dan sungutan daripada para ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka derhaka. tapi persoalannya ialah, benarkah anak itu dahulu yang derhaka ataupun ibu bapa dahulu yang derhaka kepada anaknya?
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak". (Riwayat Muslim).
maka ramailah antara kita yang terlepas pandang, selain dari mengharapkan seorang anak untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada kita- ibu bapa- kelak, hendaklah ibu bapa itu terlebih dahulu menjalankan hak kepada anaknya, sebelum dia wujud dari dalam kandungan, semasa di dalam kandungan dan setelah dia dilahirkan.
tugas pertama sang bapa ialah mencari ibu yang baik kepada anaknya. maka secara tidak langsung, sang ibu pula pada masa yang sama hendaklah berusaha menjadi yang baik, maka, tugas sebagai ibu bapa bermula awal daripada semua jangka. di umpamakan, sang bapa merupakan petani dan sang ibu pula umpama ladangnya, maka hendaklah si petani mencari ladang yang baik bagi "bercucuk tanam"
kemudian, hendaklah anak tersebut dijaga dengan sebaik mungkin semasa di dalam kandungan dan apabila dilahirkan, tugas ibu bapa ialah untuk memberikan nama yang baik kepada anaknya tersebut. setelah itu, anak tersebut mestilah dididik dengan didikan agama yang sempurna dan diajarkan alquran kepada nya. hal ini disebut di dalam satu hadis, mafhumnya :
Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa. Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”? Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran. Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu. Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.
nah. perhatikanlah wahai ibu bapa. adakah anak kita dibesarkan dengan dipenuhi hak-hak mereka yang sepatutnya, diberikan kasih sayang dan didikan sepatutnya.
seorang anak yang dilahirkan itu fitrahnya ialah seperti kain putih yang bersih, maka ibu bapalah yang mencorakkan anak tersebut. maka dengan itu, ibu bapa terlebih dahulu hendaklah bersedia sebelum menjadi ibu bapa, bahkan lebih baik jika sebelum bernikah, keduanya menyedari perihal tanggungjawab selepas menjalani alam rumah tangga dan menjadi ibu bapa dalam membentuk ummah.
muhasabah diri.
adakah kita sebagai bakal ibu bapa, atau yang sudah menjadi ibu bapa sudah memberikan hak mereka, anak-anak atau bakal anak-anak kita sebelum kita bertanya adakah mereka memberikan hak kepada kita sebagai ibu bapa.
wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment