sampai bila

ada satu masa, 
jiwanya benar-benar inginkan fitrahnya dipenuhi
fitrah mahu mendapatkan segala keperluan dalam hidup
mahu hidup selesa dan tenang
mahu disayangi dan dicintai
juga mahu menyayangi dan mencintai
mahu dihargai.

dan pada waktu itu,
dia hampir peroleh kesemuanya sekali
semua yang dia mahu
namun semua itu tidak lama,
tidak benar lama menjadi miliknya

tiba-tiba dia ditinggalkan tanpa sebab yang nyata
tiba-tiba pula berbagai halangan ada di depan mata
tiba-tiba juga segala yang dia rancangkan tidak menjadi
seluruh dunia seolah-olah menentangnya

sakit
terlampau sakit

rasanya seperti dihempas kuat jatuh ke bumi
jatuh terduduk
tidak tahu bila lagi mahu bangkit kembali..
hatinya retak
jiwanya hancur
harapannya pudar

di sebalik gelak tawa dan lawak hambarnya
hatinya benar terluka
ya...
dia mungkin mampu menipu mereka disekelilingnya
tapi dia tidak mampu lagi menipu dirinya sendiri


dia rasa kehilangan

kehilangan semangatnya
kehilangan keyakinannya
kehilangan cintanya
kehilangan segala kemanisan dalam hidupnya

dia cuma mahu mendengar kembali kata-kata keramat
kata-kata semangat
kata-kata penuh kecintaan
kata-kata sayang,
kata-kata rindu

dia cuma mahukan kepastian
tidak ada daya bertarik tali
sungguh,
dia tidak berdaya

dan persoalannya
sampai bila?
sampai bila harus bertahan
dan 
dia juga tidak pasti, 
selama mana lagi dia mampu bertahan

dan hakikatnya,
dia tidak mampu lagi bertahan 
tidak mampu menongkah arus kehidupan sendiri
tidak mampu membuat keputusan sendiri
sungguh,
dia tidak mampu..

kerana 
semangatnya masih hilang
hatinya masih belum pulih
jiwanya masih terlalu sakit
cintanya belum pulang..


sampai bila?

Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

UiTM (TERENGGANU) Resort Campus ::