Sunday, October 09, 2011

bila....

special.msg.4.uE ::::


bila hati aku rindu kat kamu, ape yang perlu aku buat? perlukah aku memandu airmata dengan kelajuan 500kn sejam menuruni lekuklekuk pipi?? perlukah aku meneroka kecomelan dan keindahan alam fantasi setiap malam sebelum tidur? perlu ke aku melayanglayangkan diri dan fikiran menerombos dinding-dinding kenangan silam?? atau perlukan aku parkingkan mata aku lamalama atas site gambargambar kita bersama?? perlu ke aku terkilan bila kamu dah tak macam dulu?? susah sangat ke aku nak faham kamu yang sedang sibuk sekarang?? kenapa aku tak boleh jadik profesional? kenapa aku takboleh berhenti kat junction " SAYA FAHAM SITUASI ORANG LAIN ".. dan kenapa mesti aku terluka dengan semua sikap dan layanan kamu, sedangkan kau tahu bukan niat kamu begitu..


PERLU KE? 

tak. tak perlu kot. aku tahu! AKU TAHU. 
sepatutnya, aku takpernah lupa doakan kamu seusai wirid selepas solatku.. sepatutnya aku tak pernah lupa nak sertakan nama kamu dalam setiap sesi solat hajatku.. seharusnya aku tahu nak didik hati aku supaya lapang terhadapmu, sepatutnya aku ikhlaskan segalanya.. dan seharusnya aku yakin bahawa Allah itu maha mendengar setiap patah doaku lagi pula dia maha berkuasa untuk mengabulkan setiap untai permintaanku.. 

YA. itu sepatutnya aku.. bukan perlunya aku pinta supaya namamu terhapus dalam kotak ingatanku.. tapi seharusnya aku terus doakan ukhuwwah kita mekar ke akhirnya... seharusnya aku doakan kekuatan untuk aku jalani harihari penuh kerinduan kepadamu, bukannya aku mohon tumbuh rasa benci terhadapmu. HAH. apelah adanya pada benci.. jahilnya aku..

maaf ku hulur kepadamu..
sungguh aku,  dalam kejahilan terbelenggu...


No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...