abah _ 3

dan.. melangkahlah aku ke tingkatan 4 pula.. ye.. macam biasalah.. anak2 abah, mana ada peluang nak tukar2 sekolah.. lagipun,, aku? memang takde niat la nak tukar sekolah kan. theee.. dah jatuh sayang kat naim. and, masih banyak benda yang aku tak nyempat2 lagi nak laksanakan kat bumi naim ni. so, need to take this precious time,, gunakan peluang yang ada,, beri yang terbaik utk almameter ini. YA.

sejak aku naik f4, aku taktau nape,, bz sgt. tak sempat nak study.. naim, guna cara pos nak hantar result.. confirm2 sampai tu, surat kat tangan abah.. sebab, aku yang tulis alamat kat sampul surat, nama sape? nama abahla.. dan memang, surat ape pun abah tak bagi orang bukak kalo nama dia dan adik2?? memang dah tak bukak la kalo nama pun surat abah.. kalo bukak pon, ummi la.. ada satu hari, aku takut sangat.. result aku memang turun giler.. siap pakej ade dua subjek yang fail lagi.. nasib bek je result printed, bukan tulis tgn, so, xdela nampak pen merah kan... dah ke masa tu cuti sekolah, selama ni, aku balik2 asrama, aku just tgk, result aku sampulnya dah terkoyak, atas mesin jahit dalam bilik umi *bilik abah sekali la kan* tapi, kali ni, takot.. sebab kalo result sampai, aku ada.. ape abah kate??

dan, nasibnye punye baik, surat sampai kat tangan aku.. heh heh he. abah balik, lupa pulak aku letak kat atas meja result aku. abah tengok, nama dia, tapi dah terbukak. ALAMAK!! mati aku.. dah.. dah tak tahu nak kontrol dah.. abah pon bukak.. satu tgn pegang result, satu tgn pakai spek.. aduhh... aku tengok je, hujung mata. TAKUT! abah tengok sekali lalu je.. rasa macam nak pejam mata je.. siyesly takut.. tapi, abah lipat balik, buat muka cool, masuk bilik. ya allah.. tak.. abah tak marah.. abah langsung tak kate ape.. dan, abahla.. memang abahla ayah yang takpernah nak marah pun anak dia.. sekali dia tengok je, kami dah stop buat benda2 yang entah pape.. belum tegur lagi.. cukupla dgn pandangan menusuk kalbu dari atas cermin matanya yang dia sangkut kat atas hidung yang tak berapa mancung tu.. tu dah cukup.. cukup utk buat kami berhenti.. tambah dua geleng di kepala, satu ke kiri, satu ke kanan, kalo yang berdiri, dah terduduk.. kalo yang duduk, tertunduk kaku.. kalo tambah satu pakej lagi, abah kate, JANGAN. walaupun xde kenaikan pada nada atau pitchingnya, tapi cukupla buat tubir mata dah penuh macam empangan masa musim banjir besar.. tunggu masa nak limpah je..
tapi dalam hal ni, aku tahu. abah tak kate ape. umi pon, cuma tanya sepatah.. bakpo ni? dats my parents. and dats also my family.. selalu taruh kepercayaan pada anak2 mereka, uruskan hidup sendiri.. takpernah nak tentukan apa2 dalam hidup kitorang.. cumanya, kalau nampak tersasar sikit, umi mula bukak mulut, berleter potpetpotpet.. tapi abah?? cukupla dgn pandangan sekilas,, tahula kami abah tak suka..

dan, aku? tak tahu nak buat apa.. nak tolak ape2, harapan cikgu cukup tinggi.. kawan2, sementelah lagi.. tapi, macammana dgn abah dgn umi?? aku pun tak sanggup nak kecewakan mereka. sepuluh kali tak sanggup.. tapi,benda nak jadi. jadi jugak.. down jadi.. rasa macam dah tak guna.. siyesly tak guna. dalam mind aku, aku dh fail semua benda.. memang aku fail tahap paling kritikal masa tu.. leadership, lama tak bergilap.. sama je dgn keadaan piala kemengan aku peringkat negeri, tebalnya debu kat piala tokoh kepimpinan tu, samala juga berdebunya hati aku nak bangkit masa tu.sebabnya apa? sebab aku fail peringkat kebangsaan, aku rasa bnda tu cukup kuat. amat kuat menghempas diri aku.. tambah lagi, dgn ada satu peristiwa, yang hanya aku sorang yang simpan sampai hari ni, yang memang buat aku rasa depress gila. tapi, aku takpernah nak bagitau sapa2, sampai detik ni, sebab perkara tu terjadi, kesinambungan daripada study aku yang fail.. ya.. dats my fault.. dan, sejak dari akhir tahun f4 la, habes semangat aku nak belajar..

naek f5.. aku cuba improve diri.. cuba dan cuba.. tapi aku masih takleh lupa.. study aku jatuh, aku tertekan dgn cara bodhnya sampai takleh nak naik2 kan sampai la ke saat akhir.. aku cuba, tapi rasa takut mengecewakan abah dgn umi buat aku cuma study separuh hati.. ya allah.. tertekan! kecewa dgn diri sendiri, parah rupanya. HAH HA.. and at that time, cuba utk mencari seseorang yang aku agak2 boleh tenangkan diri. seseorang yang takpernah aku expect semuanya akan jadi lebih dari apa yang aku sangka.. NOPE. its not a boyfriend. just a girlfren.. konon2nya, aku nak lepas kecewa la kan.. dah study berterabur. HAH HA.. tapi, sekali lagi, dan yang hakikatnya sudah berkali kali aku silap hitungan.. leka lagi.. si dia bagi semangat, sejam pakai semngat, hilang lagi.. dan, yela.. kesimpulannya,,, pi mai pi mai, tang tu jugaklah akunye. dan keputusannya?? ofkos zaman kejatuhan aku.. result spm yang sangat ARGHHHHHHHHHHH!! sakit hati.. dan,, dalam hati aku, nasib baik, buat kesekian kalinya, abah tetap ada kerja masa aku nak ambik result spm.. dan, hari tu, aku pergi sendiri.. tak tahu bagaimana nak tengok muka abah kat rumah nanti. tak tahu macammana aku nak tahan airmata bila call umi.. tahan.. bila dah tak tahan, bagi alasan, 'ming, bisingla sinih.. nati ore tepon pahni la pulok. oe dapat 4A jah, pahni deh" terus aku letak.. atleast, aku bagitau jugak.. walopon masa tu aku menipu.. sebab? aku tak tahan! nanti takpasal2 termenangis kat sini.. HAHA..  and all of sudden, my galfren call.. she's not at scholl at dat time.. tanya aku dapat bape. wat should i tell her?? tertahan2 jugak, aku bagitau. aku tahu, dia kecewa dgn aku, tapi aku? langsung takleh nak maafkan diri aku.. DATS ALL MY FAULT!

seusai majlis, kawan2 semua nak balik.. aku, masih terfikirfikir sorang. HOW COME? macammana aku nak balik? macammana nak tgk muka umi? and, i decide, just stay here. even, it is just, ALONE. takde org pon masa tu. siyesly i'm alone.. huhu~ orang len, dgn kawan2.. tapi, aku pun xtahu, mata kau tak nampak pun walau sorang kawan aku masa tu.. tipula tak nampak.. tapi, just come, talk a bit to me, and go.. tak kisah.. sebab dalam mind aku sekarang ni,, ape aku dah buat?? kesian abah.. umi..
I'M USELESS!

cuti spm? aku duduk kat umah je.. mengubati luka2.. cuba bangun kembali.. try to be normal.. try to act like nothing happen.. ya. family aku takpernah jadi kejam.. cuma agak terkilan, dengan diri sendiri bila lihat penerimaan cool dari kakak2.. dari umi sendiri.. dan ofkos.. dari abah.. aba kate, dia ta kisah kalo anak dia tak pandai belajar.. asalkan, jaga agama.. asalkan adab ada. asalkan taklupa ibubapa.. yes. itu abah cakap.. tapi aku? ni dah kira lupa ibu bapa la ni  bah.. kalo ore igt, oe xwat gni ko abah ng umi.. dalam hati je la kan cakap cenggitu.. dalam cuti tu jugak, aku guna sepenuhnya masa buat semua kerja rumah, dari basuh kain, kemas rumah, masak.. semua la.. walopom kau tahu, tak perfect, tapi atleast cuba membantu. cuba berkhidmat kat abah umi, selama ni pon, balik ostel tahunya tidur, hadap buku dan tidur balik.. tu je keje aku.. kadang2, umi yang tolong basuh baju aku.. sidai baju aku.. yang sebeg besar, dua minggu tak basuh.. but, it is just sometimes oke. heh heh.. kalo sempat, aku basuh terus kat ostel.. aku tak suka lama2 kat rumah.. jiwa aku sakit. especially masa f4 n f5. aku taksanggup nak tgk muka abah umi lama3.. wajah2 yang aku tahu masa tu lagi, yang aku akan kecewakan mereka.. sebab tu dulu, aku suka balik awal ostel.. dan sebab yang paling2 kesebabannya aku tak homesick. sebab dok kat umah lagi sick kot. theee...

and, tibalah pula masanya nak masuk U...

_bersambung_

Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_