Monday, November 28, 2011

a.story

Assalamualaikum, hello there world =)

Teringat pula satu kisah. Kisah bertaip *bukan berbunyi, sebab aku sedang menulis dan membaca dan penulisan dan pembacaan  secara monolog dalaman tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi, HAHA*

Ada seorang penceramah yang berceramah kepada ramai orang *ofkos la ramai nama pun penceramah*  dan ada satu ketika, dia mengeluarkan sekeping not RM50#. Dia bertanya kepada pendengar, siapa yang mahukan duit tersebut. Ramai yang mengangkat tangan, nak katenya dorang nak la duit tu kan.. selepas tu, penceramah tu menawarkan sekali lagi siapa yang mahukan duit itu.. jumlah yang angkat tangan semakin sedikit, tapi masih ramai yang mengangkat tangan.. sekali lagi, penceramah tersebut bertanya, siapa yang benar-benar mahukan duit itu.. dan sekali lagi, masih ada yang mengangkat tangan, tapi bilangannya berkurangan juga dari tadi. *oke, ada part cerita yang aku twist sendiri oke, lalalalala* dan, akhirnay penceramh tu berkata..
Semua orang mahukan duit ini, tapi xde sorang pun yang bangun dan berinjak dari tempat duduknya untuk mendapatkan duit di tangan saya.  Anda kate je anda nak, tapi anda tak berusaha!

Ya. Dats the point! Kita kate je kita nak, tapi takpernah nak berusaha..  ayuhla kita cuba untuk manipulasikan cerita tersebut dalam pelajaran la katakan. Kita kate je nak dapat keputusan cemerlang. Tapi, mana usahanya? Zero. Or maybe negative one?? Or less? Hah ha.. tilik la diri kita ye.

And last story nak share.

It is about Socrates. *kalo kamu2 tak kenal, google sapekah dia*. Satu hari, ada seorang pemuda datang kepada Socrates.. dia kate, dia nak mintak  untuk belajar semua ilmu yang beliau ada.. beliau bersetuju dan mengajaknya pergi ke sebatang sungai.. sesampainya di sana, beliau menyuruh si pemuda untuk merenung sungai itu. Kemudian, di suruhnya pemuda tersebut merenungnya dekat2, lebih dekat.. tiba-tiba tangannya mencengkam leher pemuda tersebut dan menyelamkan kepalanya ke dalam sungai.. mesti la pemuda tersebut meronta-ronta. Tapi, uish.. si Socrates tidak mengendahkan dia.. beberapa ketika, di angkatnya kepala pemuda tersebut dan disandarkan badannya yang lemah ke pokok.. dalam keadaan terbatuk-batuk dan lemah, pemuda tersebut marah kepada beliau.  Namun dgn tenang, beliau bertanya, ketika kamu lemas, apa yang kamu mahukan? Pemuda tersebut menjawab, aku hanya mahukan udara. Beliau menambah, jangan sesekali tersilap fikir bahawa hikmah itu boleh diperolah dgn mudah. Beliau menyambung, apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahukan udara sebentar tadi, barulah kamu datang kepadaku.

And that’s it! Jom, belajar dan teroka ilmu seumpama kita mahukan udara ketika lemas.

Till then, gotta go, ma’assalamah *wink*

Bismillahi awwaluhu wa akhiruhu ~

2 comments:

  1. We have the opportunity to get something. If you want something? Go get it...

    ReplyDelete
  2. ya and go and get it, tak kiralah apapun obstacles yang ada RITE??

    ReplyDelete

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...