*lama tak meng-update citer ni - xde idea la nak kembangkan cerita. he he.. so, this is the previous episode
dia memandang sepi telefon bimbitnya. tidaklah secanggih orang lain. sekadar mampu menjawab panggilan, sekadar mampu membalas SMS cukup lah. tapi, kebelakangan ini macam tidak berfungsi pula telefonnya itu. panggilan tidak ada, mesej juga sama. tangannya diacukan ke telefonnya, dipegangnya kemas lalu ditekan-tekan butang-butang yang ada di badan telefonnya itu. bunyi la.. bunyi la... mesej ke??
tiba tiba..
TEET. TEET!!
> i message received.
alamak! rasa macam nak melompat je. setelah sekian lama!hatinya berdebar-debar mahu mengetahui siapakah gerangan penghantar msg. ehem2.. bismillahirrahmanirrahim...
PROMOSI ISTIMEWA. TEKAN YES UTK MAKLUMAT SELANJUTNYA!
muncungnya ditarik panjang. terus dibaling telefonnya ke atas katil. heh. celcom rupanya. ingatkan.. hmm.. satu demi satu langkah diatur ke katilnya, di capai kembali telefonnya. check inbox.. mesej yang entah seberapa sahaja di dalam nboxnya di ulang baca.. tiba-tiba matanya tertancap pada satu nama. di senarai hujung sekali di dalam inboxnya.. dari DIA.. lama dia di situ. baca dan baca mesej yang satu. ditilik tarikh, di banding masa. congak. 2bulan yang benar2 sepi tanpa berita. dia senyum, tapi tubir matanya terasa hangat. biarlah.. biarlah dan biarlah. dia tahu sedikit masa lagi dia akan berjaya mengharungi semua ini dan terus melupakan semua yang menyakitkan ini. tapi kadang2 dia sendiri tidak pasti bilakah masa yang sedikit itu. dia seka airmata yang semakin laju. bermonolog dgn diri sendiri.
come on. kau ada kehidupan sendiri. kalau ada yang tak nak hargai diri kau, kenapa kau juga mesti menghukum diri? TIDAK. ini anugerah tuhan. jangan dipersia hanya dengan perbuatan seorang individu yang mungkir janji. biarlah dia berbuat kejam pada kamu. biarkan dia dengan dunianya. biarkan. biarkan. dia tidak hiraukan kamu kenapa mesti kamu hiraukan dia?
arghhHHH.
tapi dia tidak mampu. dia tidak boleh. dia masih keliru dgn semua ini. dia masih punya satu persoalan yang tidak ada seorang pun yang mampu huraikan sehingga tiada lagi simpulan di situ. TIADA.
sampai bila ya allah??
TEET.. TEET..
_ nisya, i need u. boleh tak i nak request satu karya dari u, no matter about what it is, nor the pattern is, but i really need it by this friday. can u pliss?
terus kering airmatanya, bulat pula matanya tika itu. betul ke tak orang tua ni? laju saja dia membalas.
_ friday? hari ni rabu kan puan.. yakin ke saya dapat siapkan?
_ yup. absolutely. n dats y saya tak tetapkan apa2 pattern ataupun tema. saya cuma nakkan satu karya daripada awak. blh?
_ utk?
_ for a exhibition, a competition.
_ WAT?
_ u know o can do it right?
_ hope so.
_come on.. pliss?
_ oke, insyaallah, i'll try..
_dats my girl. thanx dear :)
No comments:
Post a Comment