DIA..

bismillahirrahmanirrahim..

salam maulidurrasul semuanya..

allahumma solli 'ala sayyidina muhammad~

kita takpernah berjumpa baginda, tapi cukup jelas dengan hadis2 yang selalu kita dgr, betapa baginda s.a.w mempunyai akhlak dan peribadi yang maha tinggi..

sekadar berkongsi beberapa mafhum hadis ::

Ketika berjalan bersama sahabat, baginda selalu membiarkan mrk jalan di depan. (Tirmizi, Ibnu Sa'ad, Baihaqi dan Ibnu Adi) 

Ketika berjalan, tubuh baginda bergoyang, tenang dan langkah yang lebar. (Tirmizi, Ibnu Sa'ad, Baihaqi dan Ibnu Adi) 

"Alas tidur Rasulullah dari kulit binatang beralas sabut." (Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah & Ahmad)

"Rasulullah SAW memiliki sebotol minyak wangi utk baginda mengharumkan diri." (Tirmizi, Abu Dawud & Ibnu Sa'ad)

‎"Ketika Rasulullah SAW berserban, baginda hulur serban itu antara dua bahu." (Tirmizi dan Abu Syaikh )

Rasulullah sentiasa tersenyum dan mendoakan kebaikan walaupun diperlakukan sebaliknya.


untuk post yang kali ini berkenaan maulud nabi, suka saya untuk sentuh perkara ini : 



nabi muhammad saw tidak pernah mengajar umatnya untuk berputus asa dalam apajua tindakan atau pekerjaan mereka.. jika benar kita cintakan baginda, jika benar kita sayang dan rindukan baginda, kenapa mesti ramai umat manusia yang cepat melatah? susah sedikit dah berpatah arah...

ayuh, ubah dimensi kita :)


Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_