pemusnahan bukanlah satu penamat..

bismillahirrahmanirrahim.. salamullah 'alaikum wbt~


dr. lothdrop stoddard dalam bukunya the rising tide of color pernah menulis :


kekuatan dakwah islam sungguh luar biasa dan tiada daya ikatannya terhadap pemeluk2nya lebih hebat lagi. sepanjang sejarah tidak pernah ada satu contoh pun di mana dalam suatu masyarakat, apabila sekali menjadi muslim, mereka tidak akan meninggalkan agama ini, mereka mungkin pernah dimusnahkan, tetapi pemusnahan bukanlah satu penamat. keteguhan islam yang kuat ini dan kemampuan untuk menjaga daya ikatan antara mereka membuatkan islam memperolehi tempat berpijak. haruslah diperhatikan sungguh-sungguh ketika mewancanakan masa depan kawasan2 di mana islam sekarang berkembang.. 


sejarah islam, diwarnai dgn kegemilangan.. 


perkembangan.... 


namun, tetap ada kejatuhannya.. tapi, kejatuhan yang penuh berhikmah.. 


pertengahan abad ke-13 pusat kekhalifahan di baghdad di hancurkan oleh bangsa mongol, namun dgn takdir allah laskar penakluk itu berbondong2 pula memeluk islam.. 


lihat pula sejarah ketika islam terusir di sepanyol pada akhir abad ke-15. 
tiada yang rugi, malah bersinar pula kesultanan turki uthmani malah berjaya pula menakluk konstantinopel.. 


apa yang menjadi persoalan kini, bilangan jiwa2 penganut islam di dunia amatlah ramai.. namun, sinar kemegahan islam seakan sirna.. sejarah silam menunjukkan kemasyhuran serta kehebatan islam, namun masyarakat generasi sekarang seakan-akan lupa kita pernah berada di puncak.. muslim seakan terpukau dgn arus duniawi, leka dengan segala bagai kesenangan. 


alahai, melampaukah andai saya kata :: jatuh bedebukkK nilai ketinggian islam dek ketidakperhatian umat islam kontemporari.. 


kita lupa, betapa umat2 islam dulu sedaya upaya mereka mempertahankan martabat islam. sanggup pula berkorban nyawa, harta benda untuk menaikkan islam ke puncak. 


lupa, 


ya, kita lupa. kita leka. kita cepat putus asa. 


jika dulu, jiwa2 yang mengaku umat islam sangat cintakan ilmu, namun bagaimana pula dgn jiwa kontemporari kini yang mengaku "umat islam" ??


 cukupkah kecintaan kita terhadap ilmu. 


bagi saya tidak, 
bukak saja buku, terus tertutup mata. 




bagaimana kita nak berada di puncak andai beginilah sikap kita?


aduh, kaum muslimin.. 


bila la kita hendak bangun kembali, bangun membina satu TAMADUN yang sebenar-benarnya? 


tamadun setanding zaman rasulalllah.. 


tamadun setanding zaman khalifah yang empat..


 tamadun setanding umayyah, 


abbasiyah, 


uthmaniyyah? 


benar.. sekarang kita seolah-olah musnah.. dan pastinya ini bukan satu penamat bagi kita..
tapi untuk muncul dengan segala kehebatan, kita perlukan ilmu..
kan?


namun, terfikir pula,,


bila agaknya akan muncul individu serta masyarakat yang tidak jemu pulun ilmu?


dan, anda yang membaca, tidakkah anda berminat untuk menjadi salah seorang tenaga kerja mengangkat nilai islam kini??


fikirkanlah..

Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_