assalamualaikum wbt~
walaupun ini ialah siang hari, namum hati tetap mahu berbicara tentang perkara yang berlaku pada waktu malam.. satu malam yang akan mengubah status terbesar seorang lelaki mahupun perempuan. status ape? bukan status quo. bukan status single kepada married, tapi status hidup kepada MATI.
nah. itulah topik kita ~
kalau malam ini kita tidur di katil yang empuk, di dalam bilik ade aircond, paling takpon bilik ade kipas berpusingpusing tanpa pening kepala sebab dia takde kepala, selimut yang berbau aroma downy mahupun softlan atau yang lebih teruk haruman neutral airliur basi , namun pada malam itu kita akan tidur hanya beralaskan tanah yang sejuk.. lembap ditemani sang cacing kerawit dan teman baiknya si cacing tanah.. hanya berselimut dengan kain kafan dan yang penting takpayah tutup lampu sebab sememangnya di dalam liang lahad tu takde lampu. gelap gelita. zulumat.
hati walaupun tak berdetak mengepam darah lagi, tapi pasti takot, bila jasad terbujur.. bila orang dah usung masuk dalam liang lahad.. bila orang dah bukakan penutup muka dan sentuhkan pipi kita ke tanah kuburan.. bila penutup keranda di tutup.. bila satu demi satu butiran pasir tanah menyemadikan jasad tanpa nyawa kita ke alam transit akhirat... sedap la tok imam,, pesan kat si mati,, wahai si mati.. jika datang padamu sang malaikat , janganlah kamu bimbang, khuatir dan takot.. dia juga makhluk allah.. ye la.. malaikat tu pon makhluk allah.. tapi bagaimana pula rupanya tok imam?? muka nya hitam,, matanya dari api neraka.. warna biru menyala-nyalaa.. hakikat. 7langkah terakhir si mayat ditinggal sendirian di dalam kubur,, datanglaah padanya malaikat rauman sebelum tibanya munkar dan nakir.. rauman memerintahkan kepada si mati supaya menulis segala amalannya di dunia.. kehairanan, si mati bertanya, en.malaikat, saye xde pena.. macammana nak menulis? maka dijawab malaikat rauman,, gunalah air liurmu sebagai dakwat, jarimu sebagai pena, dan *lalu dikoyak kain kafan si matai * dan kain ini sbg lembaran utkmu menulis.. lalu ditulislaa amalan2 kebaikannya.. dihulur kepada si malaikat.. berkata malaikat oi oi.. ni amalan baik je.. mana yang buruknya?? jawab pula si manusia :: aku maluuu laa. nah. baru nak malu? takde guna dah masa tu... lalu seusai selesai ditulis segala amalan baik dan buruknya, malaikat memerintahkan si mati mengesahkan tulisannya itu, dengan cop pakai kukunya.
nah, itulah signature kita di alam kubur...
perginya si rauman meninggalkan kita, datangla munkar dan nakir.. jika si mati orang yang soleh/ah, diriwayatkan datangnya malaikat dengan salam. assalamualaikumm.. malaikat mendatanginya dari arah kepala.. lalu berkata si kepala,, eh eh, sini takleh disoal.. kepala ni la yang selalu sujud kepada tuhannya sewaktu hayatnya dulu.. lalu pergi pula malaikat kepada kakinya.. kaki pula berkata.. sorry.. kaki ni la yang dulu selalu pergi ke tempat2 kebaikan.. pergi pula malaikat kesebelah kanannya.. berkata tangan kanannya,, sorry bro, tangan ni dulu selalu membuat amal kebajikan.. g soal orang len ye,, maka bergerak pula malaikat kearah kirinya.. berkata tangan kiri,, sorry. pliss try later.
maka, tak berjaya sesi untuk menyoal si soleh/ah tersebut, lalu pada masa itu,, dilapangkan kuburnya selapang-lapangnya.. dipakaikan si mati dengan pakaian pengantin. itu nasib bagi mereka yang beramal soleh.. apa pula ceritanya dengan si mati yang tiada amalan?? maka sengsaralah dia.. nauzubillah..
alam kubur ini, boleh jadi salah satu lubang2 neraka,, boleh juga jadi salah satu satu dari taman2 syurga.. syurga ni pula tuan2.. paling kolot pon seluas dunia ni keseluruhannya.. padanya ada 700 bilik, setiap bilik pula ada 700 katil. dan di setiap katil pula ada 70 orang bidadari,, bagi perempuan, wildan, atau bidadara.. tu yang paling kolott.. alah, kalo kita di beri peluang dapat masuk syurga sebesar satu bilik single ponn la dah hepi gilerr..
manakala berbeza halnya dgn neraka.. sedangkan neraka itu sendiri mengadu kepada ALLAH, taktahan dengan kepanasan diri sendiri.. neraka ini sebelum dicampakkan penghuni ke dalamnya, ia dipanaskan terlebih dahulu selama 1ribu tahun, menyalakan api yang merah.. dinyalakan lagi 1ribu tahun, menjadikan apinya biru.. dinyalakan lagi 1 ribu tahun, hitam legam apinya.. then, dicampakkan manusia kedalamnya.. dicampak ke dalam api?? sepanas mana? nah, preview post yang dulu k :: klik sini.
berbalik kepada aduan si neraka, then dats why allah bagi peluang kepada si neraka utk bernafas, iaitu adanya musim panas dan musim sejuk dalam neraka.. but then, musim sejuk tu xde la sampai padam api turun salji.. aku pon ase dah pernah post pasal ni,, but then, tak jumpa cari kat mane. hehe..
bercakap soal nyawa..
setinggi gunung everest pon pagar rumah kita, malaikat izrail still boleh masuk tau..
sebanyak manapun duit kita, takleh rasuah izrail utk hold pencabutan nyawa anda tau..
jadi,,
soalan penutup,, andai ditakdirkan sebentar lagi nyawa terpisah dari badan..
kita dah bersedia ke nak hadapi malam pertama kita di alam kubur nanti?
No comments:
Post a Comment