selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad SAW~
banyak-banyak hal atas dunia serta hal akhirat, benda paling simple utk kita lulus ialah mati.. satuuuu je syarat kelayakan untuk mati, iaitu HIDUP.
lagi benda simple nya, sama ada kita nak ataupun taknak akan mati, tak kena apply, takkena isi pape borang pon sbb kita telah tersenarai antara calon2 yang bakal mati, sebab kita punya syarat kelayakan tersebut, kerana kita sedang HIDUP sekarang ni...
mati... seram jugak nak bincang kan... jum.
satu hadis riwayat salman al-farisi ada menyebut, nabi muhammad SAW ade bersabda, mafhum je la ea.. nak bawak matan tak egt, hehe.. nabi kata, orang yang meninggal dunia ni boleh jadik bench mark kepada mereka yang hidup. nabi kata, lihatlah 3 tanda jika kamu melawat orang mati.. apakah tanda2 nya?
1- di dahinya ada peluh ke tak . kalo ade rinik2 peluh, alhamdulillah..
2- lihat pula matanya, ade tak air mata yang mengalir, atau sekurang-kurangnya bergenang di kelopak mata. kalo ade, juga alhamdulillah..
3- lihat pula hidungnya, kalo nampak hidungnya kembang, alhamdulillah.
*teringat pula kat ayah sid - abg sulung abah, a.k.a pak sedare aku- masa arwah meninggal hari tu.. engat lagi raut wajah jasad tanpa nyawa arwah dalam kain kafan hari tu, nampak hidung dia kembang. subhanallah. alfatihah kepada arwah ayah sid :(
itulah.. pengakhiran yang kita kira baik, insyaALLAH. tapi, takleh tolak, still ade yang pengakhirannya buruk,,, nauzubillah.. dan apa pula tanda-tandanya?
1- semasa nazak, bunyinya seperti unta atau lembu yang disembelih.
2- matinya mulut ternganga
masyaALLAH.. dia diseksa... mintak jauh..
allahumakhtim kalaamana biqaulillaa ilaha illallah..
semoga allah mengakhiri percakapan kita dgn lafaz laa ilaha illallah..
amiiin..
bila kita bercakap tentang mati pula,, proses kematian tu pula mestilah melalui sakaratul maut.. proses di mana izrail mencabut nyawa. tuhan dh janji, bila sampai ajal kita, takkan terdelay walau satu saat, takkan tercepat walau satu saat.. sakitnya? tuhan saje yang tahu.. bagaimana? bergantung kepada amalan kita semasa di dunia. even nabi SAW, makhluk, utusan kesayangan tuhan pon bersabda, kata betapa sakitnya sakaratul maut... tu nabi.. kita?? banyak mana pula amalan kita?
ada riwayat yang menyebut, juga mafhum sahaja la ea,, katanya, sakaratul maut yang paling ringan ialah umpama anda mencucuk jarum, atau besi melalui ubun2 anda sehingga ke dubur, then, sentap jarum atau besi tersebut.
astaghfirullah~ hm? nk try? boleh ah try,, praktik. huhu... tu yang paling ringan laa kan.. ya allah.. sakitnya mati..
nabi kata, orang yang bijaksana ialah orang yang selalu muhasabah dirinya.. dia menghisab dirinya sendiri sebelum dirinya dihisab di akhirat kelak..
salam muhasabah...
No comments:
Post a Comment