Monday, March 26, 2012

aku.kamu.DIA

seorang manusia mungkin boleh kata dia faham manusia lain, 
hakikatnya, dia tidak akan pernah rasa apa yang manusia lain rasa.. 
ya.. situasi mungkin sama, 
tapi kenyataannya itu hanya sama, tapi tak pernah jadi SERUPA.

****************

kesimpulannya, 
manusia lain tidak akan pernah faham situasi kita. 
apa yang kita lalui, itu yang kita rasa. apa yang mereka lalui, 
itu yang mereka rasa. mereka tidak akan pernah merasa apa yang kita rasa, 
begitu sebaliknya... 
kita juga tidak akan merasa apa yang mereka rasa..

****************

maka dengan itu, kita janganlah marah jika terasa dihukum dgn tidak adil oleh manusia lain... 
usaha kita, hanya kita yang tahu setakat mana.. 
mereka mungkin  melihat kita berusaha, tapi mereka bukanlah yang maha melihat.. 
mereka mungkin tahu apa yang kita lakukan, tapi mereka bukanlah yang maha mengetahui..
mereka mungkin boleh mendengar, tapi mereka bukanlah yang maha mendengar. 
mereka mungkin boleh faham, tetapi mereka bukanlah yang maha memahami :)

*****************

hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi.. 
dunia ini tidak berbaloi untuk ditumpukan perhatian untuk mengejarnya... 
penat lelah kerja dunia tiada labanya andai tidak disertai tulus ikhlas keranaNya..

******************

hidup yang abadi tujuan kita. 
ALLAH, peneman kita, usah diragui setianya.
usah dipersoal takdirnya. 
segala yang berlaku, baik buruknya, segala terangkum dalam perancangan abadinya. 
kita, cuma perlu ingat dan jangan pernah lupa,, 
kita hanya manusia, taraf kita hanyalah HAMBA.. 
apa jua yang berlaku dalam hidup kita,, 
serahkanlah kepadanya

****************

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...