ukhuwah.kita

dashsite represent u : a cerpen :) 
enjoy ur reading~

"Hahahaha. "  pecah gelak tawa mereka-mereka yang ada di dalam dorm pada waktu itu.

"Eh, dah la.. cepat siket bersiap. Waktu prep dah nak mula ni.."

Aku jeling dia.. nampaknya ada sesuatu yang tak kena.. jarang sekali tiada respon yang diberikan atas gurau senda ahli dorm. Stoking hitam dicapai, lalu disarung ke kakinya. Sah! Aku merapatinya. Lalu ku pegang lembut lengannya..

dik,, ni nak g prep ke nak g sekolah ni? ‘ ujarku sambil mengerlingkan mata ke kakinya.

Umpama robot, dia turut melihat ke kakinya. Kuat tanganku digenggam sambil jari telunjuknya di bawa ke mulutnya, tanda menyuruh aku diam.  Meletus gelakku, yang ada  terus memandang kami.

ai.. ni kenapa gelak dua orang je, tak fair la korang. Kenapa?? ‘ ada juga yang bertanya. Dengan sisa tawa yang masih berbaki, aku mengusiknya, seakan-akan mahu memberitahu mereka apa yang berlaku, namun dia lagi pantas menekup mulutku.

jangan la kak!

hahahahaha.. oke. Oke.. alah… merajuk ke?

Ditarik muka masam. Padahal malu..

jom,,’ kataku disambut  anggukan darinya..

…………………………………………..

Penatnya badan.. beginilah kehidupan seharianku.. taksabar pula rasanya mahu sampai ke dorm! Haih.. katil. Ye. Itu sahaja matlamat utama sekarang sehingga pelawaan temanku untuk menikmati hidangan supper bersama-sama sangup aku tolak!
Sejurus sampai sahaja, terus ku buka tudung di kepala, ku tarik sarung kaki coklat. Nampaknya aku seorang sahaja di dalam dorm. Lampu hanya satu dibuka, tanpa menukar baju kurung yang tersarung, terus aku tidur.

………………………………………….

'Kakak…'

Perlahan mata ku buka.. sebaik mendapat fokus pandangan, aku tersenyum padanya. Aku pandang sekeliling.. nampaknya yang lain sudah tidur.. tinggal dia sahaja yang masih berjaga.

'Tukar bajula.. tidur baik-baik.. sejuk nanti.. ' ujarnya setelah dilihat aku sedar dari tidurku.

'Oke,,' ujarku pula sambil menggeliat kecil, terus menuju ke locker utk menukar baju.. seusainya, dia masih di katilku.. duduk, memandang kosong ke satu penjuru. Ku tarik nafas panjang. Aku kira, ini masanya.. ku ambil tempat di sisinya..

adik oke?

Mendengarkan soalan aku, lantas satu keluhan berat dia lepaskan. Cukup, untuk aku faham bahawa dia sedang menghadapi masa-masa sukar dalam hidupnya.. aku senyum kecil memandangnya..

Kucapai tangannya, pandang tepat ke matanya lalu bertanya, 

kenapa? Taknak cerita?

penatla kak… adik taktau nak buat apa lagi…

Melihat genang air di matanya, aku tarik dia ke dalam dakapan..

’sabar… tenang dulu… oke…?’

Terasa anggukan kecil di bahuku.. Terasa aura-aura keserabutan dalam hatinya terus ke hatiku. Aku pejam mata, sambil memohon kepadaNya agar dihilangkan tekanan pada adikku itu. Aku usap belakangnya perlahan.. bimbang pula rasanya.. 
setelah keadaannya agak stabil, aku rungkaikan pelukan.. 
ku angkat wajahnya supaya memandangku..  sisa airmatanya ku sapu..

now.. what happen honey?

Takmampu memandang wajahku, dijatuhkan kepalanya ke bahuku.. 

satu demi satu masalah dilontarkan. Aku hanya mendengar, sambil cuba menenangkannya..

‘its okay sayang.. cuba buat perlahan-lahan.. memang la susah.. tapi takkan adik nak surrender? Tak kan.. kak tahu adik boleh buat.. ‘ ujarku.

Dia pandang aku, satu senyuman diberikan. 
Lekas aku balas kembali senyuman itu.. 
Alhamdulillah.

dah. Tido tido! Dah lewat ni, esok nak bangun awal

nak tido sini boleh?’ tanyanya dengan muka memohon simpati.

kenapa dgn katil adik?

tumpah air. He he..’

‘tumpah air ke buang air? Hahaha’

‘aaa.. jahat.. takpela.. adik tidur kat bawah je la dah kakak tak kasi..’ ujarnya sambil bangun.

alalalaaa.. saje je nak test.. kesian ye.. boleh2.. meh tdur sini’ kataku sambil menepuk-nepuk bantalku.

Baru hendak pejamkan mata, tiba-tiba bersuara lagi dia..

kak.. sory.. ambik masa kakak tadi..

Aku hanya senyum, satu lagi pelukan aku hadiahkan, dengan harapan dia tenang..
 pelukan aku rungkai.. cium pula pipinya 

its okay la. Dah tdo!

Mataku pejam. Dalam hati berdoa agar dicekalkan hatinya menempuh medan perjuangan ini..

 ya allah.. berkati dia.. kuatkan dan cekalkan hatinya.. peliharalah diri dan imannya di mana sahaja dia berada.. ya allah, sesungguhnya aku menyayanginya kerana Mu..’


Comments

  1. oh okayy. sejak bila jadi sweet macam ni?! tuju untuk si dia ke apa?? eheh,

    ReplyDelete
  2. hahahh.. nik nik.. dah lama kenal xkan xtau ag kdyh se-swit ini. HAHAHAHHHAA..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_