akhir

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt.. apa khabar iman kalian?

nah, penghujung ramadhan.. insyaallah, mengikut perkiraan hisabnya, esok kita bakal menyambut aidilfitri. tapi taktau lah kan, sebab kesnya di thailand semalam dorang dok memeropong anak bulan tak nampak, so hari ni dorang berpuasa lagi sehari lah. hehe. so, ibu ibu isteri-isteri berjaga-jaga la juge, mana tahu lauk pauk raya esok jadiknya lauk bersahur lagi :) hehe..takut la tu,, takut la tu,

mm..
ini mungkin hari terakhir ramadhan kita kali ini. ni juga mungkin kali terakhor, eh hambik kau terakhorr, terakhirr..  mungkin hari terakhir kita berpuasa di bumi ALLAH ini.. ce ambik cermin iman, tilik lah apa kesannya ramadhan kali ini kepada kita.. bagaimana puasa kita tahun ini? bagaimana solat kita sepanjang bulan yang mulia ini? bagaimana pula terawihnya? tutur kata kita? pernahkah kita menyakiti hati orang lain atau pernah ke kita sakit hati dgn orang lain? kalau la kita pernah menyakiti hati orang lain, haa dah mintak maaf belum? dan andailah kita sakit hati dgn orang lain, sudikah hati  kita maafkan dia? satu yang kita kena ingat, tak rugi maafkan orang lain. 
muhasabah diri. kalo orang buat salah, kita juga pernah buat salah, dah tu kenapa pulak kita nak tacing lebih-lebih kan? ALLAH suruh kita, memaafkan dan melupakan. itu yang terbaik :)

so, kepada semua, aku ni dah rasa awkward dah nak menulis, lama dah rasanya tak berblogging. nyehehe..

last sekali, selamat hari raya, maaf zahir batin :)

Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_