Saturday, August 03, 2013

waiting for mr.Perfect, eh..

saya kira post ini bakal menjadi satu post yang agak kontroversi dan sedikit merbahaya jika di baca oleh individu-individu tertentu, yang mana saya lebih selesa untuk tidak memberitahu siapakah individu-individu tersebut.

dulu, semasa saya masih muda-muda lagi, saya sering mendengar, ada orang kata, bila kita menginjak masuk ke umur 20 tahun, kita akan mula berfikir untuk berumah tangga, makna katanya akan mula berfikir, dengan sape mahu nikah. pada masa itu, saya sangat tidak percaya. hah ha.

namun, ternyata, belum pun genap umur saya 20 tahun, masuk je ke tahun ini, yang mana 29 ogos *promote n remind semua ttg bday sdiri sebenarnya* nanti genap la umur saya 20 tahun, saya sudah terfikir, maksdnya dengan lebih serius, agaknya siapa yang bakal menjadi suami saya.
aduhai..

secara jujurnya, kalau diberi pilihan mahu fikir atau tidak dengan topik ini saya lebih rela memilih untuk tidak memikirkannya. kerana apa? kerana ia satu perkara yang sangat menyeksakan *peh ayat rasa nak lempang*. sebab jadinya saya terfikir, apa maknanya menjadi seorang isteri. saya pernah membaca beberapa buku, yang membandingkan lelaki dan perempuan, yang mengajak masing-masing saling memahami dan tidak la saling menyalahkan satu sama lain. antara buku yang saya pernah baca, why men dont listen and woman cant read maps, yang mana buku nya lebih kurang dengan lagi satu buku bertajuk, men form mars women from venus, itu yang utamanya dan ada lagi beberapa buku lain. di awal tahun ini pula, saya tertarik untuk membeli dan membaca buku bertajuk sebelum aku bernikah.
jadi bila dicompile kan semua, saya jadi nampak bagaimana perjalanan hidup di masa depan. dan berikutan itu, saya menjadi takut. takut untuk menempuh kehidupan yang akan datang. di sogok pula ketakutan tu bila tgk movie-movie yang dorang buat daripada novel islamik, macam ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, warkah cinta berbau syurga, pastu muvi daripada novel biasa, SSID la, setia hujug nyawa laa.. hoh. macam mana?

takut bila memikirkan siapakah yang bakal menjadi peneman hidup saya di masa akan datang. betul takut. pernah ada yang bertanya, bagaimana seorang calon suami yang saya mahu. kebiasaannya, saya cuma jawab secara berseloroh mahu itu ini dalam hakikat sebenar mahu melarikan diri daripada menjawab soalan tersebut. yang mana secara jujurnya di pihak saya, saya tidak mahu demand lebih-lebih. kerana saya sedar, saya juga tidak sempurna. cuma cukuplah Mr. Perfect saya itu cukup solat puasanya, tahu mengaji, boleh menjaga saya dunia akhirat dan terima lebih kurangnya saya. itu dah cukup perfect. :)

bunyi macam dah senang namun hakikatnya yang ini pun susah dah nak cari sekarang.

sebab itu, kalo dapat, saya janji *tiru gaya kapel seminggu*, selama lamanya.
heh. mintak maaf la adik kapel seminggu, termengutuk pula ^.^v

okay. sebagai penutupnya, harap tidak ada yang salah faham. tambah-tambah lagi dengan gosip liar yang classmate saya buat baru-baru ini. sedang elok masa dorang buat gosip tu mood tgh di awang-awangan pasal lain, so, jangan nak kait-kaitkan hal tu dgn hal ini okay. heh heh ;) *tetibe jadi gedik mintak pelempang jugak si dayah ni*

sebelum lagi teruk merapu baik i wish u and uols happy iftar ;) ;)

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...