Monday, October 14, 2013

korban_

' aku ni haa, tiap-tiap tahun korban.. kau tu? mane? xde duit. tak usah kata nak pergi tunai haji ke hape, nak ambik satu bahagian pun tak mampu'

aduh. sinis betul gelaknya Mak Tam. dia cuma mampu menunduk. memenuhkan bakul dengan barang-barang yang dipesan isterinya. tidak ada guna baginya melayan. orang tidak akan mengerti. tidak mungkin.

' haa, tu yang beli banyak-banyak tu ada duit ke nak bayar? ke masuk buku tiga lima?'

nah. ada lagi rupanya episod sambungan -.-

'berapa Mail?' 

'RM 50.90. saya bagi RM50 je la bang Mat. lagi 90sen tu kira halal la... '

dengan senyuman kelat yang sedaya upayanya dimaniskan, dikeluarkan duit daripada sampul. duit semalam, gajinya mengajar anak-anak muqaddam di surau. 'sedikit tidak mengapa, asalkan berkat' bisik hatinya, memujuk diri. 

' setahu saya la kan bang Mat, buku tiga lima kedai saya ni tak pernah ada nama bang Mat. tapi nama, erm.. ye lah kan, taknak la cakap sape la kan, tu ada laa. katanya banyak duit, korban, haji... beli barang RM5 pon nak masuk tiga lima bang Mat.. saya jual la ye.. '
ujar Malik sambil mengambil duit daripada Mat. sakit hati juga bunyinya. 

dia senyum. 'saya beli'

Mak Tam dengan pandangan sinisnya seraya berkata 'amboi Lik, kau sindir aku ke ape? setakat kedai kau ni aku tak hadap laa. lima hengget tu? dalam beg duit aku ni duit besar-besar.. aku bayar guna seratus kan kau jugak takde baki nak kasi. huh! ' balasnya. agak kasar. atau mungkin memang kasar sebenarnya.

'ye laa Mak Tam, saya tak cakap sape pun. kalau Mak Tam terasa tu saya nak buat macam mana. dah kalau orang makan aiskrim, gigi sensitif pulak sah sah dah rasa ngilu. RM 15.'

'nah ambik ni RM50. simpan baki' ujarnya sambil mengambil barang-barangnya. rakus.

tersengih si Malik.'eh halal ke tak ni? '

Mak Tam mengangguk sambil menjeling. huh. orang tua ni.. bila la nak beli insuran mata dengan mulut tu. desus hati Malik.

--------------------------------------------------------

sepanjang perjalanan Mat mengenang. rupanya belum habis lagi marah Mak Tam kerana dia memperisterikan Laila, anak saudaranya Mak Tam yang di jaga semenjak kecil, namun wang hantaran tidak sampai berpuluh ribu dan tidak ada pula apa-apa emas atau permata yang dihadiahkan kepada Mak Tam sebagai 'bayaran balik kerana sudi menjaga Laila dari kecil.

desus hatinya, manalaa aku tahu Laila itu jodohku, kalau tahu dari kecil sudah lama dia minta ibunya saja yang menjaga Laila. dia jadi tersenyum sendiri. dia sedar, dia cuma kerani biasa. namun, elok juga daripada yang menganggur tiada kerja. hidupnya bukanla mengemis, tidak pernah pula menyusahkan orang. lagipun, di surau dia mengajar mengaji. bukannya buat kerja keji. manusia.. agaknya kalau duit bersepah-sepah barulah di anggap suci. hah.

sesampainya Mat di rumah, disambut dengan senyuman manis isterinya.. sejuk hati. paling tidak ada juga seseorang yang mampu menenangkan jiwanya. sentiasa bersama-samanya susah atau senang.

' abang dah balik, banyak nya beli barang '

' laa kata barang dapur dah habis? ' balasnya sambil tersenyum manis. baby dan barang bertukar tangan. Laila berlalu ke dapur. duduk di ruang tengah, di agah-agahnya anak sulung permata hatinya itu. 

'air bang...' ujarnya sambil meletakkan segelas teh sejuk di hadapan suaminya. tangan di hulur untuk mengambil si bayi.

'takpe, abang pegang' 

'abang, tadi jumpa Mak Tam.. dia.. err... '

Mat tersenyum. dia pandang saja Laila sambil menghirup teh sejuk.

'abang marah ke?'

'kenapa kata abang marah? ' balasnya, masih dalam senyuman.

'Laila tahu abang tak suka kalau Laila cakap-cakap pasal ni.. tapi bang Laila terasa hati. macam kita ni miskin sangat, macam kita ni tak guna sangat bang... sampai hati Mak Tam cakap macam tu'

Mat senyum.

'Laila rasa kita susah ke?'

geleng.

'Laila sayang, bukan kita je tak sampai lagi ke tanah suci. bukan kita je tak pernah laksanakan korban lembu. ramai lagi. kita hidup bukannya atas simpati orang. abang masih ada kudrat bekerja. walau gaji tak seberapa, alhamdulillah cukup.. cuma masih belum ada rezeki kita korban tahun ni. masih belum ada rezeki kita jadi tetamu Allah. makan minum cukup. tidak ada kurangnya. betul tak? '

dia cuma diam

'Laila, korban itu benar bagus jika kita mampu korbankan lembu atau sebagainya. tapi apa simboliknya? apa makna korban sebenarnya? korbanlah setiap tahun pun, apa gunanya kalau untuk menunjuk-nunjuk.. apa gunanya di sembelih binatangnya tapi sifat-sifat kebinatangan tu tidak pernah mengalir bersama-sama darah haiwan sembelihan tu.. korban itu luas sayang.. kalau mampu abang pun nak korban. tapi kita belum mampu. kita berkorban sahaja dengan cara yang kita mampu. yang penting ikhlas.  inshaallah ada nilainya di sisi Allah.. '

sambung Mat dengan penuh kasih sayang, lembut setiap katanya menusuk hati Laila..

'bang, Laila minta maaf, '

Mat senyum.

di dalam hatinya memohon agar dijauhkan keluarganya daripada hasad dengki dan prasangka. dijauhkan penyakit hati. semoga korban kali ini membawa erti. menyanggupkan sekali semua nya untuk mengorbankan nafsu, mengorbankan keseronokan dunia, korban ego dan korbankan segala sifat mazmumah di dalam hati. semoga apa jua jenis pengorbanan akan diterima. aamiin..

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...