assalamualaikum wbt..
hai apa khabar semua (bajet jadi motivator, impian tak kesampaian LAGI)
sambung siket kisah related to hospitality and foodservice industry..
percaya atau tidak, mereka yang terlibat dalam industri ini terpaksa berhadapan makanan setiap hari, tak kiralah hadap makanan dari segi kena masak, menghidang mahupun membuang makanan tersebut ke dalam tong sampah (part clearing) yang pastinya makanan ini satu bnda yang sangat sedap dan sangat lah ada auranya untuk menggugahkan dan juga menghasut kita umat manusia untuk memakannya. amboi. namun, satu kenyataan lagi yang sedikit susah untuk dipercayai di mana walaupun anda tidak menternak kutu anda pasti akan menggaru kepala yang tidak gatal, di mana kenyataan berbunyi : walaupun terpaksa berhadapan dengan makanan setiap hari namun mereka yang terlibat dalam industri perlulah memiliki tubuh badan yang ideal. namun, percayalah cakap saya yang mana saya tidak kisah jika anda menggigit jari sampai putus sekalipun, bahawasanya, mereka yang terlibat dalam industri sebenarnya tidak mempunyai masalah (kecuali segelintir sahaja) untuk melawan nafsu makan kerana pada awalnya saja mereka girang melihat pelbagai jenis makanan, namun bila tiba di satu titik, mereka akan muak dan tidak ada selera makan.
maka ubatnya ialah, mungkin berhenti kerja. oke, tipu saja. HAHA. takde la sampai berhenti kerja namun, memang serius, selera anda akan putus. masak lah makanan sesedap mana atau semahal mana, anda tidak akan ada nafsu membuak untuk makan. bila anda benar-benar lapar sahaja anda akan makan. faktor sebenar ialah salah satunya sebab keletihan manakala lagi satu faktor ialah jemu. anda yang lihat makanan itu, anda yang 'memproses' makanan itu, from zero to hero (ehh??) daripada ayam seekor tu anda lah yang potong andalah yang guling-guling dalam tepung, sambung guling dalam telur sambung guling dalam breadcrumb dan seterusnya menggorengnya. lepas tu buat pulak blackpepper sauce daripada chopped ingredients kepada saute mereka, buat brown sauce, campur dalam bahan tadi perasakan, tunggu didih sampaii la terhasil blackpepper sauce. pastu anda jugakla yang susun ayam tuang sos hias-hias. dah penat tu agaknye ada selera tak? absolutely no.
cuma yang hairannya, walaupun tak lalu makan kadang-kadang tukang masak ni still ada yang gemuk. kenapa? mengikut cerita dulu-dulu la kan, zat-zat makanan utama yang hilang semasa proses memasak tu, dah kena hidu dengan tukang masak. nah. sebab itulah walaupun tak makan tukang masak still berisi :P
okai la, muqaddimah pun dah masuk banyak giler aksara :P
persoalannya, kenapa mesti orang dalam industri perlu kurus?
satu untuk mengekalkan stamina. ye lah. kerja ni perlukan staff yang sentiasa cergas dan bermanis muka. woi, kau ingat kalau penat tu boleh nak paksa muka jadi manis? dan walaupun bole paksa, kau ingta customer suka la tengok muka kau yang dah layu tu? so thats the reason. to serve the best, we need to have enough stamina. we need to be fit. energetic. sebab apa, cuba tanya mereka yang berisi *sorry no offense* buat kerja sikit mesti mengah kan? pastu pergerakan slow sikit. believe me. tak percaya, makan la banyak-banyak sampai gemuk. HAH !
seterusnya ialah untuk jaga imej. oke bayangkan waitress kat satu restoren terkemuka dengan uniformnya yang kita semua tahu biasanya semua tide-in, cantik atau tidak jika mereka yang bertugas sebagai front-liner ni masyaALLAH, gemuk-gemuk? nampak semua lemak-lemak. ternyata mereka pengumpul berjaya. dan kalau bercakap soal agama Islam, dah tak pasal-pasal jatuh hukum berpakaian ketat. kan? one of the way to avoid pendedahan aurat guys. kalau yang kurus, bagi la baju ape pun baju tu takkan jadi ketat. terpelihara la siket bagi muslim yang terjebak dalam arena ini. thats why for me untuk jadi kurus itu merupakan satu tuntutan. perlu. selain menjaga imej syarikat, imej agama juga terpelihara. inshaallah. betulkan niat. :)
kurus yang dikatakan di sini bukanlah sampai tahap kepada tinggal tulang saje. maknanya fit. bentuk badan yang ideal. normal BMI nya. kalau badan yang ideal, penyakit pun susah nak dapat kan..
dan untuk menjadi kurus ni maka eloklah jika dijalani gaya hidup yang sihat. bukannya dengan makan pil. bukannya dengan cucuk dadah. bukan sampai bullimia mahupun aneroxia. tidak. kawal pemakanan, bersenamlah secukupnya. amalkan gaya hidup yang aktif, gaya hidup sehat. ewah.
sebenarnya, aku buat post ni setelah membaham heavy supper di jam 9.30 malam. HAHA. jadi, peringatan dan amaran kepada diri sendiri sebenarnya. dan sape-sape yang mahu bersama saya, ayuhlah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat. marilah kita mendapatkan berat badan yang ideal *senyum*
No comments:
Post a Comment