assalamualaikum wbt..
hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi satu pandangan berkenaan satu isu : kaitan beragama dan industri foodservice dan hospitality.
saya yakin dan percaya kita semua faham benar, sebut sahaja hotel besar, pasti terbayang arak. pasti terbayang ada kolam renang. pasti terbayang staff-staff front of the house yang pastinya tidak bertudung, seksi dan sebagainya. atau, sebut saja hotel bajet murah, pasti agak sinonim dengan mak-mak ayam yang menjual 'anak-anak ayamnya' atau tempat melampiaskan nafsu muda-mudi, bahkan juga golongan yang sudah lanjut usianya. dan bercakap pula tentang kedai makan, atau mana-mana foodservice establishment, pasti bangkit stau isu : halal atau tidak. bersih atau tidak, selamat atau tidak. dan yang tidak kurang popularnya : ke mana duit itu akan dilaburkan.
satu cabaran besar buat mereka dan juga saya yang beragama Islam, yang berkecimpung dalam industri sebegini. namun, syukur juga kerana setakat ke hari ini, mentaliti masyrakat telah sedikit demi sedikit berubah terhadap sektor ini (kenapa aku rasa macam buat karangan BM ni?)
bila sebut hotel, at least masyarakat takdelah memandang serong sangat. serong sikit tu masih ada lah lagi, tapi kiranya cukup la kelegaan di pihak kami. hehh heh.
tapi hakikatnya, cabaran itu yang perlu disahut oleh mereka-mereka dan aku yang terlibat dalam industri ini. bagaimana mahu berhadapan dengan budaya kerja yang kebanyakannya tidak benar-benar menghormati prinsip Islam. bukan tidak ada, ada saja yang tempat bertaraf banyak bintang yang tidak mewajibkan pekerjanya untuk seksi, untuk membuka tudung masing-masing.bukan tidak ada, malahan ada saja tempat yang mewajibkan chefnya memasukkan sedikit arak ke dalam setiap hidangannya. dan kta yang tukang makan ni, main makan sajalah. takdenya nak check tempat atau hotel tu disahkan halall atau tidak segala makanannya. yang kita tahu, baik makan hotel, confirm penyediaan yang bersih. dan makanan sedap. memang, memang sedap dan bersih tapi faktor campurtangan arak ke dalam makanan itu perlu di ambil berat..
ada satu kisah. tidak ada niat saya untuk menjatuhkan maruahnya, jauh sekali untuk membuka aibnya. namun sekadar berkongsi kisah, untuk kita jadikan rujukan bersama, inshaallah. (dan kepada individu yang saya ceritakan ini, jika anda membaca, saya minta maaf.)
sekali pandang, si fulan ini seorang yang baik. solat selalu di awal waktu. di mana saja dia berceramah. nampak saja perkara yang tidak kena di matanya terus saja terhambur kata-kata teguran. nampak saja perkara mungkar dia lah orang pertama yang lari. jauhkan diri. tidak bagi kerjasama. dia cuba mempamerkan identiti atau sikap untuk mengajak orang lain mendekati akhlak yang syumul. namun, apa salahnya sehingga rakan-rakannya tidak selesa justeru menjauhi dirinya. oh. lupa. dia juga seorang pelajar dalam bidang ini, bidang food and hotel lah. maka, faham sajalah. bilamana kehadiran seorang yang kelihatan 'warak' kelihatan bagus, jika tidak kena cara penyampaiannya maka automatik dalam area ini akan disisihkan. mudah kan. ya. mudah bagi orang lain dan susah bagi individu itu sendiri.
sambung cerita.
namun, sebenarnya mereka yang terlibat dalam industri ini tidaklah sekeji itu. terpulang juga kepada pembawakan individu yang katanya mahu membawa Islam itu sendiri. ya benar,dia selalu solat di awal waktu. bagaimana rakan-rakannya tahu? kerana apabila ada kelas yang waktunya 12-3, berkumandang je azan zohor dan pensyarah berhenti mengajar, maka dia pun lesaplah. setiap kalinya begitulah. dan hampir habis kelas baru masuk semula. lama nya munajat atau lokasi masjid yang agak jauh daripada kelas?
kelas serving. sesi terakhir ialah sesi server itu yang akan membantu geng memasak di dapur untuk melahap. dan bayangkanlah jiwa muda, apabila terpaksa 'berlakon' formal di hadapan guest, dengan keadaan yang diri sendiri lapar (ambil contoh bulan puasa), maka sesi melahap makanan sampai licin atau sampai perut memboyot ternyata satu sesi yang sangatlah menggembirakan dan memberi seribu makna. cewah. maka dalam kegembiraan dan kegegak-gempitaan tu tanpa diduga satu hari dia bangun dan berdiri di atas kerusi lalu berceramah-jika tidak silap tentang adat makan, kisah nabi, ah, begitulah. maka yang mana baru sahaja menyuapkan nasi ke dalam mulut, tidak sempat menutup mulutnya, nasib baik tidak ada lalat yang masuk ke dalam mulutnya bagi di kunyah bersama-sama. dan mereka yang sedang galok ketawa maka juga stay dalam keadaan ternganga lalu mulut di tutup perlahan-lahan.
dan tidak kurang pada suatu hari dia membantah sekeras-keras dan mengeji perbuatan rakan-rakannya untuk menganjur satu program pameran, dan juga satu lagi program bersosial, iaitu beriadhah bersama-sama. katanya melalaikan. dan tidak membawa kesan yang baik untuk agama. dia mengeji dan membenci kemungkaran, namun cara penolakannya juga dia memilih dengan bahasa yang keji. tanpa dia faham skop dan konsep asal pelaksanaan. tanpa dia melihat keseluruhan aspek Islam. dia pandang fardhu ain, namun seolah dia menolak fardhu kifayah.
dan terbaru, khabar daripada teman, cerita praktikal. betapa untungnya dan besarnya rezeki dia apabila ditempatkan di satu tempat untuk menjalani practicum di satu syarikat yang paling besar, dalam banyak-banyak pilihan yang kami ada. sesi pertama sudah tentu minggu orientasi. dan satu slot di dalamnya ialah apabila di bawa mereka menjelajah seluruh kawasan working-area. lalu sahaja di tempat arak, dia terus tidak tentu arah dan berdalih keluar untuk bersolat Asar. pastinya staff yang mengendalikan slot itu tidak mengizinkan-bukan kerana tidak beri waktu solat namun slot masih belum tamat, nanti dia juga susah tak kenal itu tak kenal ini- namun dia berkeras dan tetap mahu menunaikan solat. malas melayankan maka dia di beri kelepasan. dan tertanya juga, lewat sangat ke habis waktu lawatan, jawabnya teman, pukul 5.30 petang dah habis sesi. oh. takde la lewat mana, kata hati aku lah. namun, mungkin lewat bagi orang yang selalu solat awal waktu.
namun, cop. setahu aku, dengan ilmu yang tidak banyak mana tentang agama, antara pengecualian yang ada untuk menangguhkan solat ialah semasa kita menuntut ilmu.
andai kita mencuri masa sedikit untuk bersolat, dalam keadaan kelam kabut, masih mampukah kita untuk khusyuk? pasti hati kita terkejar-kejar, dan tidak dapat bertenang dan fokus pada solat. kecuali kalau memang organisasi itu tak benarkan kita solat lainlah.
dalam konsep ini, mereka-mereka golongan yang giat memperjuangkan agama, atau sepatutnya seluruh muslim yang terlibat dalam industri sebegini seharusnya mempamerkan contoh yang baik. mintak izin dan pergilah bersolat seperti yang dijadualkan. jangan lah tinggalkan kerja kita di waktu peak hours, semasa semua orang tengah sibuk, semasa kita diperlukan, jangan lah sewenangnya tinggalkan kerja. tolong faham dan bezakan di mana waktu kita boleh meminta izin keluar untuk bersolat, benar, agama dan solat itu yang utama namun, gunalah akal. ada waktu kita dibenarkan untuk melewatkan sedikit solat. fikir dengan rasional dan penuh ilmu.
pendekatan kita. kalau benar mahu menegur, tegurlah dengan cara yang baik. yang paling penting, diri kita dahulu yang perlu menunjukkan sikap yang boleh dicontohi. kepimpinan melalui teladan adalah yang terbaik. jika kita pun tidak betul namun sembang punye la kencang nak suruh orang 'kembali ke pangkal jalan' jangan harap orang terima. benci adalah, mungkin.
dan dalam industri sebenarnya kita benar-benar perlukan golongan umat yang berkualiti untuk mengajak industri kembali kepada pangkalnya. untuk membiarkan Islam didirikan di dalamnya. perlu. dan dengan cara yang betul.
lupakah kita, jika kita tidak dirikan agama di dalam diri kita, bagaimana kita expect untuk agama itu berdiri di dalam masyarakat dan negara kita?
sama-sama fikirkan.
No comments:
Post a Comment