menipu diri sendiri tu benda paling susah nak buat adik kakak.
throw back.
and keep asking myself, why?
kenapa aku begitu bodoh. begitu bodoh sehingga terjun ke lubang yang sama dua kali?
kenapa aku begitu bodoh dan tidak mampu belajar dari pengalaman lalu?
kenapa aku begitu baik melupakan kepedihan dan kesakitan, dan kenapa begitu bermurah hati menawarkan diri untuk mengulang satu kesilapan dulu? lupakah aku pada sukarnya bangun kembali?
kenapa aku lalai?
bukan aku mempersoalkan takdir. bukan aku merajuk dengan ketentuan. tapi aku kecewa dengan diri sendiri. aku kecewa. kalau saja masa boleh diputar. aku hanya mahu ulang waktu itu sahaja. keputusan yang aku buat lima minit itu yang bakal merubah segala. ya Allah, bagaimana lagi mahu aku ungkapkan kekesalan ini ya Allah?
sebelum ini dugaan lagi teruk aku boleh hadap. tapi kenapa kali ini tidak?
ya Allah, apa jua dosaku ampunkan..
sungguh, tidak ada walau seorang yang benar mengerti.. aku tidak mahu percaya siapa-siapa lagi ya Allah. tidak ada yang faham. tidak ada yang dapat membantu. seluruh pengharapan aku cuma disandarkan padaMu. semoga peluang kedua itu aku tidak silap mengambil keputusan. ya Allah, Engkau Maha Mendengar.. aku yakin Engkau mendengar doaku.. ya Allah Engkau Maha Mengetahui, aku yakin Kau tahu betapa sakitnya hati aku.. ya Allah Kau Maha Berkuasa.. aku yakin dengan kuasa Mu tidak ada apa yang mustahil. ya Allah jika ada rezekiku permudahkanlah. jika itu hak aku, perkenankanlah. permudahkan. permudahkan. kurniakan.
namun ya Allah, jika yang berlaku sebaliknya, jauh tersasar dari apa yang aku harapkan, maka tabahkanlah. redhakan lah hati aku. kuatkan aku.
ya Allah, aku tahu ujian ini untuk mendekatkan aku denganMu. aku tahu, ujian ini untuk menguji iman. maka ya Allah, aku redha. namun, jika kau datangkan ujian ya Allah, datangkanlah bersama-sama dengannya satu kekuatan.. ya Allah, aku hambaMu yang lemah. jangan tinggalkan aku
No comments:
Post a Comment