Friday, June 28, 2013

bila bila bila

okay mula-mula lagi nak bagitau awal-awal la kan. taktau la nak kata post ni sebagai post yang gedik atau dewasa atau macam mana.. ehemm..

kadang-kadang bila aku masak-masak kat dapur, bila kemas rumah.. bila buat kerja rumah.. bila dok layan adik-adik. it was like, anything, when I'm doing all-womens/girls work, macam terfikir, agak-agak sape laa yang nnti jadik suami aku.

HAHA.

uh. kbye

kesan

aku tengok drama tadi. si lakinya buat salah bla bla bla pastu bila dah menyesal datang kat wife mintak maaf. i'm like. ohh senangnya kan.. baut je salah banyak-banyak pastu datang r mintak maap. haha. simpe.

pasal maaf ni.

dia senang je nak analogikan. umpama bila kita buat salah tu kita memaku satu paku. bila buat salah lagi paku lagi satu paku. nah. dan analoginya, bila kita mintak maaf tu kita cabut la paku yang kita paku tadi. maaf, ye boleh diberi.. tapi, walaupun paku tu dah dicabut, kesannya masih ada. kau ambik la simen ke ape tampal situ kan still akan ada kesannya. nampak bezanya. thats why smampu mungkin, jauhilah daripada buat salah silap kat orang ni..

aku pernah.

aku pernah alaminya.. peh kau. sakit hati jugak la kan. bila mereka datang mintak maaf, takde masalah, aku ni bukan jenis yang berdendam..maafkan je. tapi kadang-kadang kenangan disakiti tu datang balik. tambah-tambah lagi bila orang yang sama asyik buat ta*k je dgn kita. amboi, tebal beno kesabaran aku.

suka hati kau laa.. xpe, selagi aku mampu maafkan silalah buat salah dengan aku
time kasih la sudi uji kesabaran aku

banyak benda aku belajar kenal dengan kau.
time kasih sekali lagi

Thursday, June 27, 2013

sakit lagi sakit lagi

okay. aku bagitau rancangan sebenar. rancang balik rumah ni sebenarnya nak hilang kan batuk yang dah lama tak hilang since setahu dan seingat aku, ada satu ubat kat rumah yang mana tak payah makan (tu yang aku suka tu sbnrnya, tak payah makan ubat) sapu je. pastu batuk bole hilang. so, dah alang-alang pulak aku pon dah lama tak balik jenguk rumah so, ape lagii kan.. redahh je la balik.

sekali tuptup hari selasa,malam, yang mana a day before aku depart (depart uolss) tu tetibe rasa sakit perut. okay. flashback siket la kan. malam sebelum tu dah rasa sakit macam gastrik. so aku telan ubat dgn penuh keterpaksaan. jadi je yg malam tu, dia xjadi sakit. hari selasa tu, as usual, terkejar sana sini lewat la siket cerita makannya. takde la lewat mana sebenarnya, standard jugak la makan pukul 2.30 petang. makan. pastu, petangnya rasa tak lapar, tambah pulak dan dan tu la takde selera makan. so, aku tak makan. ntah ade ape petang tu kena siapkan bnda ntah so aku balik bilik pon lewat sket. owh. sebut psal lewat-lewat ni dua tiga menjak ni mmg aku tdo lewat sket la kan.. main-main je lebeyh. sembang nak kencang kata nak buat keje tapi end up tak jalan mane pon kejenya. ada laa settle sket2.

so, berbalik pada cerita malam rabu tu, aku ada meeting event. okay. dah rasa siket sakit. tahan lagi. pastu balik bilik. tahan lagi. makan. aduhai. macam tambah sakit. okay. buat keputusan telan ubat lagi. baring. golek-golek. mesej-mesej. tapi sakit lagi. cuba tido. masa tu dah agak lewat dah. pejam pejam tapi tak tertido. gile. sepatutnya masa gni pukul gni dgn aktiviti rutin tu dah terlelap tak sedar diri dah. TAPI KENAPA TAKLEH TDO?? tetibe rasa sakit membuak-buak. okay fine. surrender! dia datang serang dahh. nooooooooooo!! so mula la episod ulang alik ke tandas. vomit muntah vomit muntah. pukul 3.30 pagi sampaiiiiiiiiiiii la ke pagi besok balik. bangun esok tekad pergi hospital. biasanya satu malam je proses muntah ni. tapi kali ni lain. aku dah agak, bila lama tak kena gastrik ni mesti teruk punye lah. melarat la sampai ke nak naik bas. wuwuuuu :(

dalam bas vomit lagi. samai rumah malamnya dah tunjuk muka seposen kat umi. malam tu pon xleh tdo asyik ulang ulang ke tandas je.. nak masuk tghri tadi je baru boleh minum air telan makanan.. fuh. dua hari vomitting! teruk betul kali ni. and now, sakit itu masih ada. bongkok-bongkok macam makcik tua. damn. balik ingat nak tolong umi ke ape hancusss. harap cepat sembuh tu je.

sakit oii :( nyesal dah (entah kali ke berapa menyesal) lepas ni janji taknak tdo lambat, taknak makan lambat. wuwuuuuuu :(

keSUSAHan

#bismillah..
apa yang susah? bila nak deal dengan manusia.. kenapa? sbb kita takleh nak expect macam mana sebenarnya perangai mereka. dia dan dia, dua orang, so dua karakter yang berbeza. kalau tambah lagi dia dia dia dan dia?? banyak la lagi perangainya.

ye. mungkin dia boleh berkata itu dan ini di depan kita.
tapi di pihak kita kalau boleh janganlah beri 100% kepercayaan kepada mereka.

berhati hati dan berwaspada.
sangat lah penting dalam kehidupan seharian sekarang ni.
bukan nak berburuk sangka cuma berjaga-jaga.

we didnt know whats going to happen in future.

dan kalau la berlaku apa-apa kepada kita, siapa yang bakal hadir untuk menolong?
dan berapa yang akan masih setia sedang pastinya ramai yang akan memaki hamun.

yes, so typical right.

tak salah mencari kawan. meramaikan kawan. cumanya waspada selalu perlu diletakkan di tempat pertama.
tak salah bekerjasama atau sebagainya. tapi dalam bekerjasama atau berorganisasi, sekecil atau sebesar mana sekalipun, satu perkara yang kita perlu kita faham ialah, pembawakan organisasi itu bukanlah atas dasar nama individu tetapi atas dasar nama berkumpulan. jadinya, setiap apa keputusan atau perbincangan, perlulah mendapat kata sepakat SEMUA. bukan sekadar seorang individu atau dua orang atau tiga orang. nah. itu juga satu kesusahan  yang sebenarnya takde la susah mane.
apa yang perlu dibaiki cuma pengurusan di peringkat seorang ketua dalam organisasi. kalau yang tu okey maka okey lah.

sekali lagi perkara ini juga berbalik kepada hubungan kita dgn manusia lain.
bagaimana kita perlu berurusan dgn manusia biar bersesuaian dgn caranya.
bagaimana kita mahu sesuaikan  cara kita dgn cara mereka supaya mereka mampu menerima.
yes, itu sangat susah.
dan perkara itu juga menjadi kerisauan di pihak aku, sekarang.

but then i believe takde apa yang mustahil.
boleh. takde masalah.
and again, susah bukan bermakna mustahil.
cuma yeahh, usaha kena la lebih sedikit.

last word : gudluck dalam berurusan dgn manusia. :)

Monday, June 24, 2013

FINE reveal

pernah bercakap dgn seorang kawan..
bercerita.
bila cerita pakwe-makwe dibukak, aku bagitau dia,
ak tak suka and tak willing untuk kapel sbb takmau main perasaan.
kalo sape serius come and seek hand for marriage.
hah.
ade jugak org buat ni lamar terus nak kawin,
(lepas aku kate xnak kapel dgn dia)
tapi still xde la kan trima terus.
aku cerita kat mmber aku masa tu.
she was like excited at that time.

aku?

aku cakap ape kat dia :
yang kita tunggu takde pulak nak datang, yang tak tunggu tu laa yang sebok-sebok nak datang

mata dia terus buntang. HAHA.

the big question is : sape yang aku tnggu oii.

gile. boleh pulak terlepas cakap.
nasib baik xtercakap nama individu tersebut.

terus tukar topik. hah langkah selamat. 

dia datang

dia datang.
sekejap. sekadar perlu sahaja
tapi it was like, tak sempat
or maybe we should review the plan

strategically

but as i said it earlier,
it was good then for beginning.

progress? okay. just nice and fine

nak kata terlalu slow tidak juga
and ofkos, tidak terlalu cepat.

i've read..
searching huh?

hope u'll find the right-o

or.. is it me who'll make it be right?
hah ha !

we'll see how.

big project, so pelaburan pun kena banyak right?
hasilnya macam mana kita tak tau..
so, usaha saja dulu,
hasil kita kira kemudian hari..

unfinished task.
sokay la dayah,
ni bukan task yang senang..
hopefully task ni akan settle dgn berjayanya one fine day

aaamiinn!!

Friday, June 21, 2013

cerita malas

aku sebenarnya ada masalah tak mengantuk dan masalahnya ialah besok aku ada modul pagi sampai petang.. rancangnya nak study ke ape. tapi end up, macam biasalah tak jadinya nak study. omong kosong. nak mintak maaf kat sape? mintak maaf je kat diri sendiri. haha..
sebenarnya bukan la masalah takleh tdo sangat.. tadi penat sangat rasanya. dah cancel 'appoinment' dgn anis, end up 8.30 lagi zzZZZZzz.. part paling best off fon. haha. dont disturb me. pukul 1 bangun mmg la malas dah nak tdo.. lambat pulak mendalah video ni nak di-upload. playslist aku pon senyap dah. habes lagu dah nak main. (pehh sembang nak kencang padahal saje je main playlist yang ada belas-belas lagu je :3  )

tajuk entry dah tak berinspirasi. haha. gile jgak. banyak cerita mengarut sejak dua menjak ni. ye lah. takkan nak cerita bnda-bnda yang setegheh full je kan. aku ni jenis yang work hard play hard :D

balance kan hdup aku? kan?? kan?? *tanya sambil acu pisau kat leher korang*

semenjakdua menjak ni walaupun kalendar dirinya full je selalu tapi i'ne learnt a lot.
betul-betul nampak sape kawan sape lawan.
nampak sape yang ikhlas sape yang tak
sape yang cerdik sape yang bodoh dan bangang (ambik kau kena kutuk)
tak kurang ade juga yang makan maki hamun aku, hah, ape? ingat aku ni baik sangat ke.
sopan santun tu ade la, tapi bila dah mengamuk aku lupe dah berapa tinggi aku.
kesah pulak aku dgn tinggi semua tu . huh.

*stretching*

hai laa.. aku sebenarnya risau ni.. harap-harap projek mega kitorang foodservice, utk hospitality exhibition ni berjalan lancar. nampak fun tu.. cuma aku harap betul-betul fun.aku harap boleh jadi KP terbaik. aim aku,satu batch dapat A untuk event, maknanya, yg part masa final tu aku takleh tolong korang la.. tapi part organise event tu aku harap korang participate dan bagi kerjasama. dan harap sangat takde gadoh2. takde spoil mood tgh2 tu.. *pgg tg pandang langit dan berdoa*

pape pon, aku sonok keje dgn korang sem ni. mostly dah semakin matured :)
luv uolss. hihi..

ape lagi?
hurmm.. since title pon tak bape nak motivate, so, end sini la. malas dah.

daaaaaaaaaaa.. :)

lupa

dah lama jugak since my past post kan.. so aku dah terlupa yang aku masih belum settle lagi edit blog heyy.
bz xsempat. maaf encik blog sayang <3

nnti sempat i bagi u final touch ea ;)

HARAPan?

bismillahirrahmanirrahim..

setakat hari ini aku melihat beberapa situasi.. antara seorang yang kita panggil pemimpin atau ketua.. 
dan juga bagaimana layanan dan penerimaan anak-anak pimpinannya..

aku hairan sebenarnya bila aku dicampakkan ke dalam satu 'family' yang sangat pelik.

pertama sekali, aku tak pernah kot tengok keadaan yang sangat runcing begitu.
yes,
sometimes somehow i was like :  REGRET 
seriusly.
tapi bila aku fikir semula, takde ape yang perlu di ratapi. 
kamon, kita hidup ni ada aturannya.

again and again, trusting and believing that every single thing happens for a good reason/s

keduanya, 
bilamana menjadi seorang ketua, apa yang kita harapkan apa-apa sahaja daripada ahli bawahan kita, seharusnya kita dulu yang memberi. 
terutama sekali dari sudut HORMAT. 

respect is EARNED not given. aku pegang ayat itu.. 

dan ofkos, tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima, yadul aula khair minal yadussufla.

jangan kita harapkan intan permata daripada ahli bawahan kita jika sebutir pasir pun kita gagal beri kepada ahli bawahan kita. bagaimana kita expect orang nak dengar cakap kita apabila kita khianati mereka di belakang? 
sedar atau tidak kita tika itu?
aku tak menolak, ada juga jenis manusia yang kadang-kadang dia tidak sedar dia sedang buat salah.
susah juga over konfiden dan terlalu percayakan diri sendiri ni.. haha (sarcastic laugh)

tapi, sampai bila?

masalahnya apabila bila kita terima teguran dan nasihat daripada tidak kira siapa jua individu tersebut, kita sepatutnya benar-benar meletakkan ego dan ego dan ego kita di tingkat groundfloor. kalo underground lagi bgus, eh. ermm. 

tak perlu sekadar melafazkan, saya letakkan ego saya di tahap paling bawah, tapi hakikatnya mulut sahaja yang berbicara tapi tidak hati. cukuplah even kita tidak memberi tahu tapi hati kita benar-benar sedia untuk terima teguran dan yang paling penting, mindset kita, teguran, terima dengan baik dan seterusnya cuba untuk berubah.. as simple as that. 

nothing can change you except yourself

the most dissapointed part is when everybody believe nothing more that we could do.

no. 
sukar bagaimana pun mesti ada penyelesaiannya.
mesti dan pasti
tolak tepi la secara lembut ke secara kasar..

seriuosly i never seen and never experienced keadaan sebegini runcing.

ni la yang kita panggil retak menanti belah. peh hebat juga ilmu peribahasa aku

and sometimes i'm like, whatis actually happening??

kenapa keadaannya jadi seteruk ini?

agak menyedihkan. oh. bukan. SANGAT menyedihkan.

di peringkat aku, aku cuba untuk duduk dan muhasabah. dengarr dari semua pihak. harapnya tindakan ini betul dan tidak disalah ertikan oleh pihak-pihak lain sebagai berlakon dan menjadi talam dua muka ke, batu api ke, gunting dalam selimut ke ape ke.. sebab, 
1. motifnye nak gunting selimut?? 
walaupun sekarang ni musim panas tapi ada masanya jugak hujan turun perlukan selimut. 
2. kuih talam dengan kuih seri muka lagi best daripada jadik talam dua muka. errr?
3. dunia dah maju, pakai je mancis ke lighter ke, stove ke buat kuar api. orang dah tak pakai batu dah sekarang ni kecuali masa-masa terdesak.

pehh kiasan tinggi, harap orang faham. kalo orang tak faham sia-sia aku berkias :3

dalam masalah, ada dua keadaan.. yang mana kita perlu teliti.. siapa yang mahu mencegah masalah daripada menyebabkan masalah itu membawa masalah-masalah lain dan sape yang mahu menyelesaikan masalah.

depends on situation. keutamaan. keputusan perlu bijak. fiqh aulawiyat. tahu mana yang utama dan mana yang tidak. dan perlu faham, keutamaan juga bukan sesuatu yang statik. boleh berubah mengikut masa.
cuba dulu. buat. dan lihat hasil. kalau tak sampai target, semak balik. apa salahnya. take corrective action. aku rasa macam tgh jawab final management pon ade jugak ni sebenarnya. 

boleh. kita boleh.

kita punya banyak masa. tapi kenapa lebih banyak masa yang kita sia-siakan dengan putus harapan daripada masa-masa kita berusaha.. begitulah selalunya.

aku faham, aku masih baru. mungkin sakit hati dan upset yang aku rasa dan lalui tidak sehebat mereka. shame on me. shame?? tapi, aku ni kadang-kadang jenis xtau malu. bukan. malu perlu bertempat. 
how to say ehh?? 
okay kita konklusi. masalahnya takde komunikasi yang telus sebenarnya. tu susah. sebab bila berkait dengan hati manusia ni kita bukan boleh paksa hati orang. 

ohh kalo boleh paksa senang laa.. paksa je hati lecturer bagi markah banyak kat kita. paksa je hati sape2 yang kita berkenan supaya berkenan balik kat kita. hah. (rasanya lagi huru-hara kalo boleh paksa hati orang suka hati)

*deep breath*

nevermind. we'll see how.

satu bnda juga that i keep reminding myself.
banyak kali kita terlupa, kita usaha, usaha juge. tapi at one point, kita perlu dan patut serahkan balik kepada tuan empunya. tawakkal. bilamana usaha kita dah sampai jalan buntu.. :)

tapi di peringkat aku, usaha takde sehebat mana lagi jadi belum sampai tahap tawakkal.. 
sbb tawakkal itu sendiri maknanya berserah selepas berusaha bersungguh-sungguh. :)

cuma berharap, ada yang masih sudi bersama-sama dan percaya everything gonna be okay
dan masih sudi bersama-sama aku fix these things, paling kurang bertahan.

lastly, suka untuk aku ingatkan, aku tak malu pape. i'm not officially with you. kalau korang jatuh aku takde kesan pape pon pada nama baik aku. aku cuma nak tolong sekadar ada kemampuan aku. semuanya terpulang balik kepada kamu. dan kamu juga perlu tahu, aku tak salahkan kamu. aku faham. aku tak minta apa-apa selain bertahan. dan bertahan lagi. sikit lagi. 

satu lagi peringatan, kesalahan bukan untuk di-appoint kepada satu pihak. tapi salahnya pada satu kumpulan (okay mungkin ratio kebesaran kesalahan tu la yang berbeza-beza kan). kita sama-sama salah. masing-masing ada salah masing-masing kan? sbb ape? sbb nobody's perfect, kita pernah ada seorang sahaja yang sempurna, cuma baginda sudah tiada. terima kekurangan masing-masing. dan yang kurang tu mintak sangat la jangan sombong. or more accurate : jangan la bodoh sombong. thats it

cuma persoalannya, kita mahu tinggal nama baik atau nama buruk ? *soalan cliche. 


tata ;)

ouh, no hard feelings guys. ni pandangan aku. i have my right : freedom of speech right ;) ?

lots of luv,
author blog : miss daSh.

Tuesday, June 11, 2013

monlog sorang jelaaaa

harapan aku, entah kesampaian entah tidak.
aku harap sangat dapat berkongsi pandangan dengan kau
berkomunikasi secara dua hala
adil
sayangnya, selama ni komunikasi memang berlaku secara dua hala,
tapi biasanya semua melibatkan aku sahaja.
kau tak pernah bercerita tentang kau
atau mungkin pendapat aku buat masa ini tidak relevan di mata kau
*senyum*
tapi,
kata kawan.. walaupun kau tak pernah kata, tapi aku assume bila kau sudi mendengar dan memberi maklumbalas aku kira sebagai kawan berkongsi masalah la kan..

aku cuma harap,
kau akan berkongsi masalah dengan aku
kau sudi berkongsi pendapat dan pandangan dengan aku, dengan lebih telus
biasanya dengan aku kau tapis-tapis je
kan

but then its good for beginning
cuma kau kena sedar,
masa kita tak lama
sampai bila nak kekal di takuk beginning?
kau dah nak habes belajar
aku pon dah nak habes belajar
kalau kau terus sia-siakan masa,
its gonna be nothing
sbb ape?
pengalaman aku, bila kawan dengan kawan dah tak duduk sekali ni everything might be happen
sayang
kadang-kadang terus lost contact,
nothing
zero.

aku cuma harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila
aku cuma harap, kau terus ada di situ
sebab kau je kawan aku yang pernah menegur aku
tegur salah aku
direct kepada aku
aku appreciate
kau je yang pernah nampak salah aku
dan tegur dengan cara baik, pastu still kawan dengan aku

tapi xtaulah kalau aku tak perasan ke kalau kau sbnrnya menyampah dengan aku ke macam mana kan..

tu aku takleh paksa la
ape orang nak sangka dan fikir pasal aku,
cuma aku betul-betul harap, we gonna spend some time together,
sebelum kau habis, sebelum aku habis, sebelum kita xtau bila dan atas dasar apa lagi boleh jumpa
aku harap sangat kita boleh buat satu sharing moment,
aku nak dengar pendapat kau,
tentang banyak perkara
banyak
tapi untuk setakat ni xpernah sempat
kau bz, aku pon bz
susah nak jumpa padahal kau dan aku dok pusing area sama je

drama sangat kan,

harapan sangat, kalaula kau baca blog aku
masalahnya entah kau tahu ke tidak blog ni wujud
dan aku rasa kau tak pernah jejak kaki kot sini

:)

takpela,

aku doa je.
kalau betul ada kesempatan, inshaallah ALLAH permudahkan...
dan semoga ALLAH menjaga persahabatn ini yang aku harap kekal sampai bila-bila

Sunday, June 09, 2013

dilamar.

semalam, menyaksikan aku dilamar. atas beberapa dasar dan faktor yang dipertimbangkan juga, aku terima. dengan harapannya keputusan yang aku buat ni adalah keputusan yang terbaik.

well.

dengan bismillah aku dilamar dan dengan bismillah aku terima lamaran tersebut.

huh?
dah ada yang fikir pelik. sbeut je perkataan lamar terus ingat nikah tunang kawin ye?
bukan.. tidak, ini lamaran lain.

aku teringat, 
dulu ak pernah katakan perkara yang sama kepada orang lain
dan semalam kata-kata it dipulangkan kepada aku.

Mr. H kata :
sebenarnya kena ingat, pada hakikat dan dasarnya, pilihan ini bukan keputusan daripada kami, tapi Allah yang menggerakkan hati-hati kami untuk pilih dayah

now
rasa terpukul dengan kata-kata itu

istikharah?
no, boleh dikatakan tanpa istikharah aku menerima.

why?
sbb ada certain things, when it comes tu bnda yang kritikal dan penting no time for istikharah
lagipun, tak semestinya nak tahu keptusan baru terhegeh-hegeh nak buat istikharah..
apa kata jadikan istikharah itu sebagai amalan?

so,
nak kata tanpa istikharah langsung pun tidak juga, cuma berbekal istikharah tempoh hari, dengan penguatnya nama ALLAH, aku terima lamaran tersebut..

tertarik dengan pandangan seorang rakan aku, bila aku beritahu tentang hal ini.. dia kata :

'bagus la tu.. kite asyik komplen, tapi bila bagi peluang ramai lari'

yeah, you got the point Mr. I..

banyak faktor. 
aku timbang tara baik buruknya. dan i do hope that this is the best decision I ever made.

suka untuk aku berkongsi kenapa dan mengapa aku bersetuju.
kerana pada dasarnya, gile sebenarnya bila aku katakan YA.

sebab dan faktor :
  1. sebab yang macam MR. I utarakan, aku dan kami selalu nya tau komplen sahaja. when the things come to us, why shoud i run?
  2. keputusan mesyuarat. apabila sebulat suara bersetuju kenapa perlu aku pertikaikan pandangan pihak-pihak legalised yang membincangkan hal itu (walaupun aku sendiri kurang pasti bagaimana mereka memilih dan mula buat keputusan)
  3. aku lihat perkara ini sebagai hak dan tanggungjawab serta amanah aku. aku pernah menolak tentang hal ini, once. dan jika perkara ini bukan hak dan tanggungjawab aku kenapa perkara ini Tuhan datangkan lagi sekali untuk menjadi pilihan aku? 
  4. aulawiyat dan ukhuwah. aku bina hubugan dengan mereka. tapi bila mereka berada dalam kesempitan dan kesusahan kenapa perlu aku lari dan biarkan sahabat aku terkontang kanting seorang diri?
  5. alasan peribadi. aku tengah mencabar diri dan dalam proses membalas DENDAM atas keputusan dan kelalaian aku masa SPM. this is the chance to prove that kesibukan dan komitmen lain bukanlah alasan dan penyebab seseorang itu taleh excell dalam study dia. they can go both. pembinaan diri dan juga kemampuan untuk menjadi seorang bijak pandai dan get a high score. tapi, alasan sebenar ialah kekurangan kemahiran mengurus emosi dan masa serta sifat MALAS. help me to prove this, guide me to finished ths experiment!

itu sahaja sebab-sebab aku yang mana jika ada sebab lain maka secara automatik ia terangkum dalam hal-hal di atas...


so now,
tajdid niat. kuatkan hati. cekalkan semangat. 
and i dont know apa lagi yang nak mendatang selepas ini.

bicara soal amanah.
:)
pastinya sesuatu yang bukan mudah.

namun,
satu perkara yang aku yakin dan pegang sampai ke hari ini
jika aku menolong agama allah, maka allah akan membantu aku dan mengukuhkan tapak kaki ku

INSHAALLAH

till then, wish me luck

thank guys :)

Tuesday, June 04, 2013

suntuk

dah tak lama tinggal. suntuk sangat masa..
menari depan mata
dekat, tapi jauh.
dalam jauh tapi dekat.

*tarik nafas*

kadang-kadang harap jugak kata hati ni org lain bole dengar.
tak payah susah2 cakap
takpayah susah2 sorok.

acting here and there.

kawal.
sabarr..

how??


agak-agak apa pengakhirannya?


kau faham tak?

kenapa kau tak faham??

#seksa

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...