Friday, October 28, 2011

the same!

setiap kali, itu soalan aku, itulah jawapan mereka.

dengarlah wahai kawan-kawanku, aku nak buat gtu, tapi bakpo susah sgt???

tolong la.. 

but, i think this time i'll be strong enough, very strong enough to face it again.

why?
because i've got the same answer for the 5th time. YEAH. 


wake up doe dayah..

it will just take short period of time, insyaallah.

n. thanx frens =')

Wednesday, October 26, 2011

kata, janji dan maaf.

bismillahirrahmanirrahim..


assalamualaikum wbt..


lidah tak bertulang. senang je nak menuturkan janji.. senang je nak berkatakata kan? tapi sedar ke tak, sekali lidah lembut yang tak bertulang tu melafazkan sebaris ayat yang ambik masa tak sampai pon 5minit, mungkin kan menyebabkan kelukaan parah ke hati org len sampai kena masuk "ICU". kan? nasihat aku la kan.. kalo korang nak cakap ape2, nak janji ape2, ce cuba fikir dulu dalam2, cuba jangan tergopoh gapah nak berkata2.. terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata buruk padahnya... xde insurans dah.. sekali terlepas, xleh tangkap balik dah. kecuali kalo orang tu pekak la kan.. yes. maaf pon senang je nak dilafazkan.. dari sebelah pihak lagi pula, senang je nak kate, xpe, aku maafkan.. tapi, hakikatnya, luka memang pastinya kan sembuh, tapi parutnya pasti tetap ada.. terpulang pula kepada orang tu, nak terus pandang dan kesalkan parut yang ada atau nak abaikan dia dan lupakan segala yang menyebabkan wujudnya parut tu.. 


maaf, satu lagi.. senang je nak kate kita mintak maaf. tapi, bagi aku la kan. xde gunanya kata MAAF kalo sekadar diucap masa tu, tambah worse lagi kan kalo ditutur dalam keterpaksaan dan tak ikhlas tapi, ape yang penting pada maaf ni ialah tindakan susulan kita lepas tu.. setuju? oke contohla.. ade orang yang tumpahkan air ke baju orang len, pastu dia kate maaf.. then, esoknya, dia buat tumpah lagi, maaf lagi.. lusanya tumpah lagi, dah, nak kate maaf lagi?? aku bukan nak kate xlen kali xpayah mintak maaf, tapi ape yang aku nak kate, kalo dalam situasi tadi, seharusnya lepas si yang menumpahkan air tu tumpahkan air dan kate MAAF sepatutnya dia lebih berhatihati, kot2 tertumpah air lagi, kalo kena kat orang len2 xpe la derr.. tapi buatnya mangsa tumpahan air tu orang yang sama? takke naye? kan..


so, kata, janji dan maaf..


anda renungkanlah.

Tuesday, October 25, 2011

gagak

bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum wbt..

gagak? cukup la bagi gambaran kat kita semua, gagak ni sekoq binatang yang kotor. sampai orang buat poem, the dead crow, rujuk kpd gagak jugak untuk menggambarkan betapa pencemaran alam yang teruk sampai burung gagak yang paling la pengotor pon xtahan akan seksaan kekotoran..

tapi, perasankah anda dalam alquran ada jugak kisahnya tentang burung gagak... kisah apa? cuba tengok balik surah almaidah ayat 31, yang menceritakan, allah swt mengutuskan gagak utk mengajar Qabil mengebumikan mayat Habil..

see?

kesimpulannya, setiap ciptaan allah ada baik buruknya.. tidak ada walau satu dibiarkannya untuk membawa kisah buruk saja di muka bumi ini.. yang pastu, terpulang kembali kepada kita untuk memilih. BAIK ATAU BURUK.


*the shortest post i guess*

Monday, October 24, 2011

anNeesyA part2

previous episode


tangannya lantas menggapai sebatang pen.. biasalah.. menulis lagi..


1030pm


HAH... ada juga yang melontarkan soalan itu padaku.. rasanya, takperlu aku menjawab.. tapi, aku mengerti dirinya juga memerlukan satu keyakinan yang perlu utk aku iya kan.. tak.. takpernah hati aku menyimpan walau sekelumit dendam atau benci.. walau seteruk manapun hati terasa dilukai, tapi, aku tetap tidak pasti si dia yang melukakan hatiku ini sedar atau tidak dalam tindakannya.. ya.. kadang2 aku sendiri buntu.. aku sendiri tidak tahu.. cuma, apa yang aku tahu, aku bukan seorang pendendam.. dan aku juga bukanlah seorang hipokrit yang mampu menjadi talam dua muka tanpa ada rasa bersalah. tidak.. aku tidak mampu berlakon.. walau hakikatnya aku cuba menyembunyikan perasaan berkecamuk dalam diri dan banyaknya yang aku berjaya, namun aku tetap yakin, masih ada mereka yang mampu menilik air mukaku yang kadang2 berubah mendadak sekali.. aku yakin.. dan aku juga tidak mampu menanngung derita seorang diri.. kadang2, apa yang aku lafazkan bererti sebaliknya.. tapi yakinlah.. aku tidak pernah berbohong andai aku kata aku sayangkan seorang sahabat aku. tidak pernah walau sekali.. bagi aku, sayang itu terlalu "fragile" untuk dipersendakan.. kalau sekali pernah hadir dalam diri aku, selamanya aku akn menjaganya.. apath lagi sayang kepada seorang sahabat.. takpernah sekali akanku lupa. walau sayang dibalas benci atau seumpamanya pula, takkan aku menaruh dendam.. bagiku, sayang dan dendam mana mungkin bersatu..

kamu diari... terima kasih menumpangkan dadamu untuk aku mencalit sesuatu dan terima kasih wahai dakwat, kerana sudi menangis bersamaku lagi.. dan kaum penaku, terima kasih juga kerana sudi dipeluk erat jari jemariku, merungkai keresahan dalam diri...

anneesya..

ehem.

huahhh.. ponat kot hari ni.. dah ke keje kat dapur dekat pukul 4 baru habes... kenapa lambat ye hari ni ? hmm.. lepas asar pulak, sesi mengecat rumah. huuu.. habes seluaq aku no~ takkesah la, asalkan puas hati..

actually, saje, berceritaceritu di sini.. lama tak meroyan sini. mm. ah. s'hari dua ni baru aku dapat jawapan. nak tahu pasai apo? aku musykil sebenarnya.. nape aku punye compact powder, dulu awal sem masa aku beli, xde la macam pelik sgt bila aku pakai, i mean, xde la ketara sgt bila aku pap pap kat muka aku neh. tapi, bila masuk tgh sem, rumet aku suka je cakap, wei, ko tgk muka dayah, pakai bedak aku tgk dh macam ape. aku pon heran, nape kontra sgt. haha. aku egtkan, biasa je. sbb muka aku memang, pakai bedak kejap je lekat, pastu dia kembali ke kulit asal. HAHA. dats y aku macam tak kesah la, macam opera ke, ape ke, sebab kejap je. dalam 10-15 mint lepas tu, xde ah. haha..

n aku dapat jawapan, bila aku g melawat naim.. cikgu2 kat naim, ade la sorang dua yang cakap,, bakpo jadi koho gelap nih. HAH. n untuk mendapatkan kepastian, aku tanya la jugak member2 aku neh. memang sah la. patot la compact powder aku macam kontra ng muka aku neh. aduyai. haha. tapi, do i care? xkan la aku nak beli baru, membazir! heh heh.. siyesly takde la terkesan sgt bila muka aku jadik burn siket, tapi a bit hmmm~ la kan. haha.. xde ah.. aku pon tak perasan. nak kate xteruk sgt, nape ramai yang menegur begitu? haha.. pelik la jugak. hmm.. tapi takpe lah.. kite tak kesah. jgn sampai jadik macam negro suda~~ kih6~

pape hal, inni akramakum 'indallahi atqakum =)

hehe..

gotta go~

ma'assalamah!

sesat di hujung?

bismillahirrahmanirrahim..


assalamualaikum wbt.


apa khabar hati? apa khabar iman..


biasalah.. iman manusia yazid wa yanqus kan.. alhamdulillah bagi yang masih sedar.. alhamdulillah bagi mereka yang masih ada daya usaha untuk top up balik iman.. jangan drafnya menurun saja. 


haih.
hidup di dunia yang penuh pancaroba di era globalisasi modenisasi ni, pastinya banyak kekusutan yang melanda diri umpama ombak badai tak hentihenti menghantui diri, lagi parah bila emosi turun sekali dan akal pula gagal membatasi segala gerak geri lalu meranap sebuah ketenangan yang hakiki di dalam hati dan tanpa sedar pula diri sendiri pula tak habis menangisi, tanpa ada usaha memperbaiki segala apa yang telah terjadi dan hanya membiarkan saja ia menarinari, menerombosi hati dan nurani hingga terlupa pada Ilahi, yang tak hentihenti mencurahkan kasih sejati...


kan?

leluhur pernah berkata, sesat ke hujung balik ke pangkal.. tapi, macammana pula kalo pangkalnya jauh, hujungnya belum tiba.. tapi. jalan kebenaran.. tak akan selamanya sunyi.. rasa macam susah.. di persimpangan la pulak kan, nak balik ke pangkal, macam sayang sebab dah terlanjur mengatur sebuah perjalanan kehidupan.. tapi, kalo tak balik, masalah tak settle sebab kusut neh, kusut! so, macammana kita nak teruskan semua ni? 
nak berhenti dan mengalah?  
NO WAY!
 tidak walau sekali apatah lagi untuk berkalikali ! 


the solution is...

memang kita kena kembali ke pangkal.. so, meh kita wat post mortem, apakah pangkal yang perlu kita balik.


kita ada masalah > masalah kita berkait dengan manusia > oke. so, masalah akan selesai kalo kita settle dengan manusia


>>>> TRYING >>> TROUBLESHOOTING >>> ERROR >>>> 


alamak! manusia tu keras hati. tak tahu macammna nak paham dia. taktahu macammana nak settle lah


 >> bertenang > oke.


 > pangkal kepada masalah ni, ialah hati manusia tersebut > so, kita kena settle dengan hati dia > so, kena la settle dengan tuan punya hati > so, manusia tu la tuan punya hati dia


 >> ERR?? macam sama dengan jawapan tadi >> 


JAP,, >>>>>>>>>>>>>>>> SCANNING >>>>>>>>>>>>> SALAH. 


> bukan manusia yang punya hati tu, tapi ALLAH yang punay hati dia!


 >>>>> got the answer>>>

lets prove it.


ambik wudhu' >> solat taubat >> solat hajat >> doa dilembutkan hati dia >> *eh, kenapa hati aku pon macam lembut jugak * >> masalah macam settle siket >> ulang langkah2 di atas


CONCLUSION ::: 
eksperimen berjaya! maka jawapan pangkal yang harus kita kembali ialah kepada 
........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA..

pati dengan seyakinyakinnya, dialah sebaikbaik penyelesai masalah =)

tak caye, CUBALAH.

Sunday, October 23, 2011

gala genta memoir..

bismillahirrahmanirrahim..

salamullah 'alaikum wbt..

alhamdulillah, betul2 taksangka i u, program yang terlintas dalam kepala secara tibatiba, tibatiba je jadik kenyataan! HAH. legaaaaaaaaaaa... really didnt expect that it will run veeeeeeeeery smooth!
and seriously, never expect that the girls enjoy the programme very very much!

tambah2 lagi masa lagu senam si tommy tu. hahah.. korang nak tgk video tak? haha.
lets roll VT~


sronok je kan...

post sal ni, jus nak bagi penghargaan je.. kepada sahabat2 Unit Fasilitator Tingkatan Empat 2009 n Saff Pimpinan BADAR 2010 atas kerjasama menjayakan program.. and tak lupa kpd nik nur fatihah sharir n aina kamil, yang dok usha2 kat skul. hehe.. nway, korang mmg best!

really hope that  this programme will achieve it s goal.. gala genta memoir, yang bermaksd dari segi istilahnya,, bergegarnya seluuuruh loceng2 memori kami bersama2 dahulu.. huhu~ semoga ukhuwwah kita kekal selamanya.. semoga kita samasama berjaya didunia dan akhirat, amiin~

so, thats it!

thanks all.. love ue all damn much!

syukran =)

Thursday, October 20, 2011

hmm?

*in the name of allah*

hey.
actually just wanna pass by and say HELLO to mey dear blog, 
but,
oke, it is long time *ye ke* since my last update here XD

well. *short speech. HAHA*

VERY TOO MANY SURPRISES TODAY !!!

pape pon, ya.. admit it. ALLAH always know the best.
FOR EVERYTHING !

 ya, saya betulbetul maksudkannya =)

till then,

gotta go ^^

*ade projek mega esok !  yeahhHH. here i go~~ *



Monday, October 17, 2011

anNeesyA..

gundah.. entah apa lagi cara dia mampu merungkai segala kekusutan dalam hatinya.. bingkas pula dia bangun, mungkin saja hatinya mampu tenang bila sucinya air mutlak menyucikan dirinya dan lantas melayakkannya untuk menyembah Ilahi.. diadukan lagi masalahnya kali.. dan, entah bila pula kekusutannya akan selesai. total. 


tenang menyelimuti hatinya kini.. alhamdulillah...


lantas Anneesya menarik sehelai kertas.. penanya pantas menari-nari, mengikut rentak hatinya, berdansa menenangkan sebuah kekalutan dalam sanubari..




cinta, kasih dan sayang punyanya hati... 
datang dan pergi.. 
niat hati, benci untuk menangisi.. 
tapi apakan daya, kerdilnya insani.. 
kehendak makhluk sekecil hati juga dituruti.. 
mujur saja akal masih mampu membatasi.. 
walaun hanya beberapa kali.. 
sungguh.. 
hati ini kurang mengerti.. apa sebenarnya yang perlu untuk aku jalani.. 
jalan mana lagi yang perlu aku tempuhi? 
onak ranjau mana lagi yang belum aku redahi?
 badai mana lagi yang bakal menghempasi diri? 
kekusutan mana lagi yang perlu aku huraikan dengan sabarr melingkari?? 
dan.. 
bila pula detiknya pengakhiran semua ini.... 
rabbi.. jahil itu fitrahku sejak azali..
 maka tunjukilah aku sabilMu yang hakiki....

aNneEsyA~


senyum lagi dan cuba memujuk diri.. biarlah.. hahaa.. biarlah apa jua pedih yang harus ditanggungnya.. asalkan hanya dia dan tuhannya yang tahu rahsia itu.. ya.... dikhabar juga kepada temantemannya.. tapi, seremuk mana hatinya, separah mana lukanya, tiada siapa mampu mengerti....
BIARLAH.... senyum termanis diukir...





Thursday, October 13, 2011

kepanjangan masa berubah-ubah?

miss 1 : can i talk u for a second??
miss 2 : i donnoe,, second is like a long time..


hey guys.. assalamualaikum wbt...


refer to the dialoge, "second is like a long time" long time??


is it long?? so, thats true,, poet once said that


 'masa ialah satu kuantiti fizik yang abstrak, tidak boleh dipercepat atau dilambatkan, xleh diundur atau dikembalikan, tetapi sentiasa boleh dibuang"


*shift language*

ape yang aku nak fokus ialah, masa ni pelik tau.. akan terasa masa panjang giler bila kita terpisah dgn orang yang kita sayang atau suka.. masa kita tgh sayang dan suka giler2 la kan.. tapi, bila dgn org yang sama, cuma rasa kita yang berbeza, bnda yang sekejap pon rasa cam bertahun-tahun.. tak contact lama pon ase macam kejap. sebab ape? sebab dah tak peduli.. haha. lucu. manusia memang lucu. pelik kan?? aku pon tatau la sebenarnya nak cakap ape lagi.. so,, dats why i'm going to ask ue,, how about ue????



jalan2 ke sana ke mari~~

assalamualaikum wbt~


hikhik.. nama pon cuti.. rabu ke SMKA NAIM LILBANAT and khamis pulak ke SK ISMAIL PETRA (1).. a.k.a sekolah rendah dulu~~ hmm.. citer ke naim, macam biasalah.. cuma, ya.. tiap kali jengah je ke naim, mesti ada, kalo xbyk pon, sepontet la yang berubah kat mane2.. begitulah..
 sebelom pgi, kitorang bncg gak, nak makan kat mane, sihah kate, dia nak makan kat tempat yang xde aircond, aira kate, kantin la. sekali, kitorng sampai, mmg makan kat tempat yang xde aircond la. ce teka kat mane?? 


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. 

restoreng 5starrrrr naim, iaitu D'mas lorh~ haha.. xsengke i~~ ade ke ustzh pggl kitrg pgi tgk us wos yang tgh handle kem BA kat adk2 f2. hahaha.. pgi je la, TENGOK je oke.. stuck gak la kat dmas,, dok bual2 ng ummi.. hehe.. then, baru pgi area skul.. macam biasala, dgn pelbagai ragam kami yang suka mengomen potpet2 pasal bnda2 yang tak masuk di akal.. heh heh..
*dan sekali lagi, niat hati nak bertemu mata dgn sum1 pon still tak kesampaian jugak.. bz stdy la kot.. huhu.. biarkan..

yang nak citernye, jalan2 ke sekolah rendah dulu.. ye, mmg tak de la ase cam artis sgt kan kalo g melawat sekolah rendah, sebab sejak aku masuk naim, memang tak pernah lagi rasanya jejak kaki ke SKIP 1.. entahla,,, masuk naim jadi bz.. takde pulak masanya nak melawat sekolah rendah.. n macam biasalah, aku ni selalu je tercampak sorang2 di bumi asing kan.. dulu, yang dari SKIP, aku je yang tercampak ke naim.. n skang kat UiTM, aku je yang tercampak dari naim. haha.. lucu, memang lucu =.=*


bukan tu la jugak nak citer, g melawat SKIP pon sbb hari ni ada hari terbuka perpustakaan,, ada pasaria, perpustakaan bergerak dan macam2 lagi la.. bak kata adek aku, zaim,


 "nati ari khamis ni, xkeno bowok duit bank negara malaysia,, kena bowok kupon jah


hmm.. ye lah.. sebab dorang punye pasaria kena guna kupon.. 


memandangkan aku turun sekali dgn adk2 aku g sekolah, maka sampailah ke sana awal~~ wah~~ sambil2 mengimbau kenangan masa muda2 le katekan.. haha.. hadui~ ada persembahan, story telling, lakonan, nasyid, magic, menyanyi dan sebagai nye lah.. malu gak la dok sorang2.. adek2 ak, macam chipsmore.. kejap ade, kejap takde.. jenuh nak carinya.. paling taley blah, ade budak darjah 6 nak tackle aku. WAT?? terasa kemuadaan itu. HAHAH.. aku kate ak dh masuk U tanak caye. wah3~~ haha. lawak sekolah *bukan lawak kampus* adui.. 


bila tgk balik kelas darjah 6 dulu,, hmm.. tengok balik tempat kitorang maen lompat tali dulu,, hehe. tgk tiang2 yang kitorang men "berebut tiang" dulu... tengok tmpat perhimpunan yang dulu tmpat paling boring.. tengok bangunan sekolah yang dulu warne merah maroon dah tukar kale biru.. tengok semua2 lah.. menggamit memorri~~ *nada radio klasik nasional*


aku pon tatau canne aku boleh sampai tergerak hati nak g SKIP.. dh la sorang2. haha. agak la kegilaan tu.. entahla.. fosure, asal hujung minggu je ase cam nak demam skang ni.. demam ape? demam rindu. batuk yang ri tu lagi pon tak ilang2 lagi neh, aduyai~~~ hmm. 


so, xtahulah nak kate ape lagi.. gtu jelah.. 


wuhuu.. gotta go~~~

Sunday, October 09, 2011

bila....

special.msg.4.uE ::::


bila hati aku rindu kat kamu, ape yang perlu aku buat? perlukah aku memandu airmata dengan kelajuan 500kn sejam menuruni lekuklekuk pipi?? perlukah aku meneroka kecomelan dan keindahan alam fantasi setiap malam sebelum tidur? perlu ke aku melayanglayangkan diri dan fikiran menerombos dinding-dinding kenangan silam?? atau perlukan aku parkingkan mata aku lamalama atas site gambargambar kita bersama?? perlu ke aku terkilan bila kamu dah tak macam dulu?? susah sangat ke aku nak faham kamu yang sedang sibuk sekarang?? kenapa aku tak boleh jadik profesional? kenapa aku takboleh berhenti kat junction " SAYA FAHAM SITUASI ORANG LAIN ".. dan kenapa mesti aku terluka dengan semua sikap dan layanan kamu, sedangkan kau tahu bukan niat kamu begitu..


PERLU KE? 

tak. tak perlu kot. aku tahu! AKU TAHU. 
sepatutnya, aku takpernah lupa doakan kamu seusai wirid selepas solatku.. sepatutnya aku tak pernah lupa nak sertakan nama kamu dalam setiap sesi solat hajatku.. seharusnya aku tahu nak didik hati aku supaya lapang terhadapmu, sepatutnya aku ikhlaskan segalanya.. dan seharusnya aku yakin bahawa Allah itu maha mendengar setiap patah doaku lagi pula dia maha berkuasa untuk mengabulkan setiap untai permintaanku.. 

YA. itu sepatutnya aku.. bukan perlunya aku pinta supaya namamu terhapus dalam kotak ingatanku.. tapi seharusnya aku terus doakan ukhuwwah kita mekar ke akhirnya... seharusnya aku doakan kekuatan untuk aku jalani harihari penuh kerinduan kepadamu, bukannya aku mohon tumbuh rasa benci terhadapmu. HAH. apelah adanya pada benci.. jahilnya aku..

maaf ku hulur kepadamu..
sungguh aku,  dalam kejahilan terbelenggu...


Friday, October 07, 2011

tadhiyyah?

bismillahirrahmanirrahim~

assalamualaikum wbt~

before that, referring to our topic, tadhiyyah.. ma hia tadhiyyah??
tadhiyyah itu maksudnya pengorbanan.. tadhiyyah itu bahasa arab, and in english it is sacrifice =)

yah, satu bnda yang paling ssh kita nk buat right? bukan sng kita nak korbankan sesuatu yang hak kita kepada org len.. pengorbanan ni pulak banyak aspeknya.. boleh jadi materi, dan boleh jugak jadi sumthing yang abstrak, like tenaga, buah fikiran and so on... 

tapi, persoalannya, ofkos, pengorbanan ni satu bnda yang teramatlah ssh kita nak buat.. ya. mungkin, masa buat tu takde la rasa sangat.. but once kita lihat kesannya, bila kita rasa kehilangannya benda yang kita tadhiyyah-kan tu, masa ni la keihklasan kita diuji.. so, ini bermakna, tadhiyyah sangatlah berkait rapat dgn keikhlasan.. tanpa keikhlasan, tak mungkin kita akan rela dengan apa yang kita korbankan.. 

but it doesn't mean that we have to have the sincerity before we sacrifice. NO. sincere will come after that.. cuma, apa yang perlu ialah, kita ajar hati kita utk ikhlaskan apa yang kita tadhiyyah kan. and ONE MORE TIME, masa ni ialah masa paling sakit.. and how to coop with this situatuion??

oke. LOOK.. kita cuba fikir balik.. cuba utk muhasabah balik.. dunia ni sape yg punya? and ofkos, org2 non-muslim pon mengetahui bahawa empunya dunia ini secara mutlak ialah Allah SWT.. *coz wujud dlm diri mrk tauhid rububiyyah kan??* and kita kena yakin yang segala urusan, harta kekayaan serta diri kita dan semua apa sahaja walaupun sebesar zarah ialah kepunyaan Allah.. so, bila fikir balik, apa yang kita korbankan tu bukannya milik kita secara MUTLAK, tapi hanyalah pinjaman, right? jadi, buat apa kita nak kesalkan, ratapi apa yang dah kita perkorbankan, kan?? sebab kita pun tgh meminjam kan.. see?

so, pape hal, turn to allah.. mohon dia pinjamkan keikhlasan pada kita.. dan percayalah, setiap pengorbanan kita ada balasannya, kalau bukan di dunia, di akhirat sana.. 

jadi,
 taksalah, malah amat digalakkan kita berkorban.. its okay kalo bendanya pahit, sbb balasannya nnti manis... ya?? n berkorbanlah demi cinta kpdNya..
 insyaallah =)

gotta go,, ma'assalamah =)


*dedicated to ::::  miss aira afiqa

Thursday, October 06, 2011

PLASTIKKK!!

assalamualaikum wbt..

anda tahu apa itu plastik?? plastik itu ialah SAMPAH yang paling banyak kat Malaysia ni..
walaupun yang namanya PLASTIK SAMPAH tu wanenya HITAM, but still walopon apepun warnanya plastik, its either PUTIH, PINK, HIJAU, MERAH, atau ape2 sahaja,, PLASTIK YANG DIBUANG MERATARATA TETAP SAMPAH OKE!! 

bukan setakat plastik yang HAKIKI, tapi, plastik MAJAZI pon byk kat Malaysia ni.. anda tahu apa itu plastik MAJAZI?? apabila orang yang hidupnya tahu berpura-pura. 
HELLOOOOOOOOOOOO~
 perlu ke berpurapura hah? anda nak ape dgn berpurapura??

tunjuk baik,, KONONNYA la baik kan.. hakikatnya??? tanak tuduh, wallahu a'lam! 
but, kalo ye pon u nak capai keinginan u, jadik terbaik,, jadilah PLASTIK sorang2 u, takpayang nak pakai kePLASTIKan u tu buat cerita pasal orang lain. HELLO! be professional oke!
tolong la..

and one more, kalo anda namanya salah seorang mujahid au mijahidah islam, islam tak ajar kita naik dgn menjatuhkan orang lain,, oke. malu la siket,, jgn la tunjuk contoh takbek.. kita ORG YG MEMPERJUANGKAN islam, tapi cakapnya? haih. macam org tak belajar agama.
 LOOK. 
ilmu tanpa amal ibarat pokok xde buah oke. pliss. 
SAYE TK SUKA ORG YG GUNAKAN ISLAM UTK KEPENTINGAN PERIBADI.
 jika anda muslim sejati, amalkan cara hidup islam sebenar, faham baik2.. 
sebelum anda "ceramah" org len, anda muhasabah diri tu dulu..
 kok ye pon, jgn la hentam org len oke.. PROFESSIONAL CKET!

mohon maaf andai terkasar bahasa!
ye, mgkn sy tak sebaik anda, tapi AT LEAST sy tak keluarkan PERKATAAN2 KESAT utk hentam anda, walopon kata2 sy agk kasar =)

till then, PERmISI!

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...